Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 1432H

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan lagi balik ke kampung halaman untuk merayakan Aidiladha walaupun pulangnya sehari sebelum hari raya. Dari minggu lepas lagi aku duk mikirkan pasal Tom & Jerry. Dua ekor nun manalah aku nak letak. Ari Jumaat petang tu, balik dari keje pi tanya kat pet shop, kalu boarding brapa hingget. Memandangkan depa masih kitten, sekor kena RM30! Dua ekor dah 60 hingget! Nak balik kampung kurang-kurang lima hari. Umangai, 300 hengget tu! Pengsan kejap! Nak tinggal je kat umah, takde sape pulak nak mintak tolong bagi makan. Yang bagi makan satu hal. Takkanlah tak lepas ke tanah budak dua ekor tu sepanjang lima hari. Kesian la pulak terkurung je dalam sangkar dekat seminggu. Last-last, kami beli menatang ni kat pet shop tu...

*

*

*

*

*

 Tadaa...ha, menatang ni la kami beli. Senang nak punggah Tom & Jerry masuk dalam ni hangkut wat balik kampung!

 Duk la ko dendiam dalam ni. 

 Siap sedia untuk dihangkut bawak balik kampung!!!

Hari Sabtu, kami gerak pukul 10.00 pagi dari rumah. Tinggi harapanku moga-moga takdak orang la ari Sabtu tu mengenangkan berduyun-duyun dah warga Pantai Timur balik kampung ari Jumaat kot. Rupa-rupanya melecet sama sekali apa yang aku harapkan tu. Nak masuk tol Gombak dah slow dah. Bersusun kereta. Seb baik pakai Smart Tag. Zasss potong line. Kononla sangat. Lepas je tol Gombak terus stuck! Masa tu dah pukul 11 lebih. Perut lapor mintak diisi. Berenti kejap kat BP pump station kat highway tu. Takdak pilihan, mentekedarah nasik kandar la kami tengahari tu. Kompem punye kat Petronas Karak nun ramai umat manusia. So, sementelahan kat BP pump station ni tak ramai yang nyinggah, settlekan semua perkara kat situ. Makan, minum, kencing, bezak ngan  isi minyak sekali! (Pssstt...minyak BP lagi jimat seh! Lagi lebih kilometer skit dari Shell).


Lama jugak la duk berenjet-enjet semut kat highway Karak tu. Pukul 12 lebih baru bayar tol Karak. Lepas tu apa lagi, pecut la sebab lalu LPT! Kiki. Kalau masuk kut Bentong tu potong jari, tak bergerak punya! Layan pecut dengan tenang. Dalam pukul 4 petang tu lepas dari Kuantan, ada nampak satu eksiden. Baru lagi kena. Kat lane laju nampak sisa tayar yang pecah. Luluh jantung aku wei, nampak sekujur tubuh dilitupi dengan sorat kaba. Luluh berderai lagi bila aku toleh kebelakang aku nengok maybe si ibu kot memangku anaknya yang mungkin sebaya Naim, dan anak itu juga dilitupi dengan sorat kaba. Esoknya, kemalangan tu masuk sorat kaba. Bukan 2 yang meninggal, tapi 3! Al-Fatihah untuk mereka sekeluarga. Difahamkan, kejadian berlaku sebab tayar pecah. So, hati-hati semua. Sila perhatikan tayar kereta anda masing-masing! Ni ada berita dalam KOSMO pasal eksiden tu.


Dalam pukul 10.00 malam, akhirnya sampai juga kami kat Kampung Raja. Badan penat, perut pun udah lapor. Kami pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar, Kuala Besut. Sedap!! (time lapor semua sedap!) Jemput jamu mata semua. Kekeke.




Alhamdulillah. Selamat semuanya. Samapi rumah teruz pengsan! Esoknya...

 SELAMAT HARI RAYA QURBAN semua!!!!

 Dengan bahagianya dia main-mainkan makanan dia! Arghhh!! Sakit jantongku! 


Lepas bermalam dan berhari raya di Kampung Raja (gambor raya tak snap) esoknya balik Kota Bharu pulak. Alhamdulillah, semua adik beradik Peja ada time ni, meriahla sikit. Kesemua lima cucu Pok Ya dapat berkumpul bersua muka. Masing-masing nak tunjuk bakat time ni lah!



Kan aku dah kata, macam-macam bakat ada!! Yang katogeri dewasa sikit tak main dah tiup-tiup belon ni. Duk tekun main games kat laptop. Abih mak-mak sedara dia punya laptop digasak dan digodeknya. Eh, baru empat. Mana cucu yang kelima??

*

*

*

*

*

Tadaaa...Pok Ya sedang mengagah cucu kelimanya. 

Ha,yang ni bakat belum tahu lagi. Ce teka, boboi ke gegel??
Sian korang, penat berteka-teki...diperkenalkan, Nur Adriana Insyirah!! Cucu pompuan tunggal Pok Ya (buat stakat ni la, ko tunggu dik, Ummi keluarkan yang new version! Muakeke)

Yang geng-geng tua ni pun macam-macam aktiviti yang nak dibuat. Malam tu sedang anak-anak tunjuk bakat, mak pak pun tak nak kalah, nak tunjuk bakat gak! Jom bakar membakar!





Yeayy!!! Yameehh! Jom makan! Selamat Hari Raya Haji semua! Maaf zahir batin!

0 comments:

Post a Comment