Monday, April 4, 2011

Manfaat Kapur Barus

Duk tercerita pasal kapur barus ni, aku google la sket. Rupa2nya banyak manfaat seh mende ni! Slama ni kita (aku je la kut) kalau sebut pasal kapur barus je mesti sinomin dengan mayat, jenazah, orang mati..(kan ke semua tu sama je Mek oi! Huhu) Kapur barus ni terhasil dari pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora). Jaman dulu2, kapur barus ni digunakan sebagai bahan perasa dalam minuman. Terkejut kan?? Huhu (aku la tu yang sokmo jakunnye)

Selain itu adalah beberapa manfaat yang diperolehi dari kapur barus iaitu :-

1. Sebagai Penawar Kaki Bersisik
Caranya ialah dengan mengambil 3 ketul kapur barus dan satu cawan minyak bijan. Tumbuk sehingga lumat kapur barus dan masak bersama minyak bijan. Setelah ia sejuk bolehlah disapu pada kaki yang bersisik itu pada sebelah malam.

2. Menghindarkan Nafas Berbau
Mula-mula makan 10 biji buah pelaga pada setiap hari. Selepas itu ambil 3 ketul kapur barus dan tumbuk hingga hancur dan masukkkan ke dalam kain putih yang bersih, kemudian sedut dengan hidung setiap hari selama seminggu. Minum air limau nipis setiap kali selepas makan.

3. Menghalau Tikus
Tumbuk kasar kapur barus tersebut dan letakkan pada setiap lubang tempat tikus bersarang. Cara ini akan menjadikan tikus kurang senang dengan bau kapur barus tersebut dan akan lari meninggalkan lubang tempat makhluk ini bersarang.

4. Kekabu Bantal Tetap Segar
Pada sesiapa yang menggunakan kekabu sebagai isi bantal bolehlah praktikkan dengan tabur kapur barus untuk mengelakkan bantal dari dimakan bubuk.

Ha, apa lagi, try la!! Selamat mencuba!
Pokok kapur barus

2 comments:

Gadap said...

saya guna daun ni untuk ubat batuk...agak2 sape batuk cam kuda tak elok2 berbulan2....elok sgt diamal...bubuh air panas dengan 2-3 keping daun dalam gelas..pastu minum...confirm elok!

Cik Mek said...

Ahaha..Encik Gadap..batuk cam kuda tu takleh tahan! Hehehe..oo, boleh dicuba tu. Kadang ubat batuk macam2 tajuk telan tapi batuk tak reda2..thanx sudi share! :-D

Post a Comment