Wednesday, April 2, 2014

Second Hand Shop Semenyih

Semuanya bermula sejak pulang bercuti dari Melaka. Al kisah berlakunya kejadian ni ekoran daripada tidur atas katil King Size kat Hatten Hotel. Haha, hebat betul penangan tido kat hotel. Baru kali ni terperasan. Serius selesa! Saya, Naim, Iman & Hana n Peja menyelit sama...atas 1 katil...still SELESA! Dengan katil Queen sekarang, muatan dua orang setengah pun dah rasa sendat. Pulang je dari Melaka, terus google "katil king size" dan terjumpalah beberapa blog yang suggest kedai ni. Nak beli baru riban-riban. So, kita try beli yang second hand dulu la. Try test. Miahaha. Maka, pada hari Ahad baru-baru ni, gigih kami suami isteri ke Semenyih (macam la jauh sangat dari Putrajaya) mencari kedai Second Hand Shop. Kalau dari Highway Putrajaya, amik exit Semenyih Rinching. Dalam dua ke tiga kilometer, anda akan nampak Second Hand Shop di belah kanan. Kedai ni betul-betul di tepi jalan. Kalau anda dah melepasi Mc' Donald, maka dah terlajak la tu. Sila buat pusingan U di trafic light Taman Pelangi. 

Kedainya macam tempat pelupusan barang gittu. Dalam gudang. Macam scary jugak tempatnya. Tapi no worries, ada je orang yang singgah sini. Kebanyakannya barangan second hand dari hotel macam sofa, kerusi, meja makan, katil, tilam, lampu tidur. Banyak jugalah barang. Tapi kena pilih betul-betul. Takut ada yang calar balar. Sampai kedai ni, kami terus je pergi ke bahagian katil. Memang ada seketul katil king size sekali dengan tilam dari jenama king koil. Kata Bangla yang jaga kedai ni, baru sampai. Ayat diala kan. Sedap aja! Harga dia letak untuk katil dan tilam tu RM550. Saya tawar RM350, dia tak bagi. Haaa, over kan harga yang saya mintak. Minta selagi boleh. Haha. Dia bagi kurang RM500. 50 hengget je diskon?! Peja intai-intai lagi dalam kedai tu. Dia pulak nampak excited. Rupanya dia sangkut ngan satu meja komputer ni. Harga Bangla ni buka RM100. 






Kedai ni ada siap sekali ngan lori tau. So, senang tak payah nak cari lori lain. Pakai je perkhidmatan dia. Sekali ngan hantar ke rumah, saya minta harga RM450. Ketawa besar Bangla ni. (Again, harga over). Dia kata, harga RM450 boleh kasi, tapi kakak angkat sendiri. Ces, dia kenakan daku ye?! Tawar punya tawar dia bagi harga RM550. 

Katil king size + Tilam (RM450)
Meja komputer (RM50)
Sewa lori dari Semenyih to Seri Kembangan (RM50)

Okla kan? Kita lunyaikan dulu katil dan tilam tu, sambil kumpul duit lagi untuk konon-konon beli yang baru. Hahaha.  

1 comments:

Malay Operion said...

Syarikat kami mengadakan promosi yang hebat! Kami servis untuk membina laman web e-commerce dan juga web informasi.
Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan laman web bolehlah melayari http://perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk menghubungi kami.

Post a Comment