Monday, March 18, 2013

Barang baby & ummi ke hospital

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Salam hujung minggu. Masa lepak-lepak bermanja bersama keluarga tercinta! Yeay!! Semoga semua urusan kawan-kawan dan saya sekeluarga dipermudahkan Allah Ta'ala. Amin!


Alhamdulillah, hari ni usia kandungan dan genap 36 minggu. Kejap je dah masuk 9 bulan. Rasa macam baru je pregnant 2 3 bulan! Muahehehe. Barang-barang baby rasanya dah cukup kot. Untuk permulaan ni, baju-baju banyak rembat yang abang-abang dia punya. Baju Naim pun still elok lagi dalam simpanan. Macam baru. Dah 8 tahun tu! Tapi, ada jugala belikan untuk baby dua tiga pasang baju yang baru. Kesian jugak asyik pakai yang second and third hand je. Hehehe. Tapi barang-barang breastfeeding semua Ummi beli yang baru untuk baby! Kira adil la tu kan?

Huh, di saat entry ni ditulis, another 28 days to go! Itu pun kalau baby keluar ikut tarikh duelah (13.4.13). Kalau lambat Ummi ok je. Boleh jenjalan lagi. (Hah, perasan tahap gaban! Mak jalan pun dah macam pingu!) Kalau cepat, haa...bab ni yang saspen skit sebabnya barang-barang Ummi untuk ke hospital belum kemas lagi!!! Huawaaa. Beg baby, alhamdulillah dah selamat packing. Itu pun sebab nurse yang bebel bila daku bagitau belum kemas. Masa tu checkup klinik 8 bulan. Ohohoho. Orang lain 7 bulan dah prepare agaknya. Untuk barang baby, saya buat dua beg. Satu beg untuk pakaian masa dalam wad, satu lagi ialah beg plastik je. Beg plastik ni untuk dibagi pada nurse masa dalam labour room. So, tak yah la nak bimbit beg besar-besar masuk labour roomkan. Jom skodeng apa barang-barang yang ada dalam beg baby.

Beg Baby:
(Untuk dipakai masa dalam labor room)

  • Baby oil - 1 botol besar (kat Hospital Putrajaya, nurse bersihkan baby dengan baby oil)
  • Diaper - 1 keping
  • Baju lengan & seluar panjang - 1 pasang
  • Barut - 1 helai
  • Mitten n booties - 1 pasang
  • Kain bedung - 1 helai
  • Tuala - 1 helai


 (Untuk dipakai masa dalam wad)

  • Diapers - 7 keping
  • Baju & seluar - 3 pasang
  • Barut - 3 pasang
  • Mitten n booties - 3 pasang
  • Kain bedung - 2 helai
  • Sapu tangan kecik - 1 helai
  • Baby wipes - 1 botol besar (senang, main tarik-tarik je)
  • Baby toiletries - 1 set (yang travel kit punya) *yang ni takyah pun takpe. Boleh bantai yang spital punye je. Kuikuikui.

Beg Ummi:



  • Blouse - 2 helai 
  • Skirt - 2 helai (ampun....daku memang fail tahap dewa kayangan pakai kain batik. Kang haru spital dibuatnya kalo kain batik tercabut. Tu pasal dari kain batik tukar jadi skirt . Moden la konon)
  • Panties - 5 helai (nak pakai yang disposable boleh gak)
  • Overnight pad - 1 pack
  • Nursing bra - 3 helai*
  • Nursing pad - Tak payah. Idoknye satu hari kat spita breast kome terus nak menitis nitis susunye. Kalau nak jugak, bawakle 2 pasang. 
  • Sweater -1 helai (daku tak pakai pun)
  • Stokin - 2 pasang
  • Selipar - 1 pasang 
  • Tuala mandi - 1 helai
  • Mom's toiletries (facial wash*, berus n ubat gigi, shower gel, deodorant, bedak, sikat, lip balm)
  • ESP (ini dalam labour room pun dah minum ni, kasik tenaga nak push baby)*
  • Instant drink (Milo, Horlicks)
  • Makanan (Kurma, biskut, roti)*
  • Air mineral - 2 botol besar*
  • Plastik - 3, 4 helai (untuk isi baju kotor or uri)
Yang bertanda * tu masih belum ada dalam beg. Uhuhuhu

Handbag Ummi
  • Kad lawatan klinik (buku pink)
  • Purse (IC, kad nikah, duit)
  • Handphone

Abah kena standby:
  • GL (standby je walaupun skarang ni pakai e-GL konon)
Beg baby alhamdulillah dah complete semua. Beg Ummi je belum complete kemas lagi ni..uhuhu, aduyaiii! Tapi lepas entry ni ditulis, daku dah prepare sikit-sikit. Esok siap la kut beg sendiri.


Kiri; beg baby dalam wad
Kanan; beg baby dalam labor room


Ok dah kut list saya ni kan kawan-kawan? Uhuhu, beranak 4 tahun sekali. Banyak dah tak ingat! Dah fefeling macam bersalin anak sulung pulak gayanya. Ekekeke. Kalo ada yang nak tambah baik, nanti kawan-kawan komen eh? Muchos gracias amigos!! Muah!


0 comments:

Post a Comment