Salam hari Sabtu semua. Selamat berhujung minggu. Sementara mood ada skit-skit ni bolehla aku update pasal trip 3 hari 2 malam ke Hat Yai. Nasib baik masa gi tak berlaku kejadian bom tu. Aman damai masa kami kat sana. Mak Incik bila dengar berita Hat Yai kena bom terus dia telefon aku. Siap jerit-jerit lagi..."Nasib baik ko D..nasib baik!!" Alhamdulillah, perjalanan kami tempoh hari dilindungi Allah SWT. Jangan lupa, kalau nak jenjalan kemana bacalah:
"Bismillahi majreha wamursaaha
inna robbi laghofururrohiim."
InsyaAllah akan dipelihara Allah dari segala kejadian yang tak diingini. Ayat tu Mak Incik yang ajar. Kita orang gi aritu ngan bas je. Senang, tak yah nak drive, tak sesat. Takyah bayar tol, duit minyak. Naik dan tidur! Hehehe. Naik bas ALISAN kat Pudu. Harga tiket RM55 sehala. Naik malam, pagi esoknya dalam pukul 9 dah sampai Hatyai. Sebelum Subuh korang akan sampai kat area Bukit Kayu Hitam untuk urusan Imigresen. Bila tiba sini, korang kena turun, angkut segala beg dari perut bas dan beratur untuk cop pasport. Lepas cop pasport, korang kena scan beg kat kastam Siam. Bas akan tunggu kat belah Siam nun. Bas Alisan ni akan berenti kat depan kedai makan Rocky. Ok, kali ni aku akan story ikut tajuk eh, bukannya ikut susunan day by day. Senang sikit korang nak search or buat panduan.
Dalam bas. Masa ni dah masuk Thailand.
HOTEL
Sebelum gi sana, gigih aku duk beragoda la, berhotels2thailand.com la nak cari hotel. Tapi, bila bukak forum cari, ramai otai-otai cakap kat Thailand ni sila booking hotel melalui travel agents sebab diaorang punya rates biasanya lagi murah berbanding dengan walk in rates or internet rates. So, dari forum tu jugak dapat contact number local travel agent yang highly recommended from otai-otai, iaitu Lovely Tour, no tel: 074 232738. Bila call, semestinya aku cakap nak stay kat Lee Garden Plaza (hotel yang kena bom tu) or Grand Plaza Hotel (sebelah Lee Garden) tapi memandangkan tarikh nak ke sana tu ialah pada cuti sekolah, maka hotel area hot spot tu sudah sold out! Ha sudah! Haru! Tiket bas dah beli. Hotel pulak takde. Aku mintak staff Lovely Tours tu cari hotel yang murah-murah tapi dekat ngan hot spot area. So, they all suggest Cholatarn Hotel. Cuak jugk bila search internet tak jumpa pun review pasal hotel ni. Usah ke review, gambor pun yillek! Hadoi. Tawakal je la. Bila tanya budak Lovely Tours tu dia kata hotel ok. Rates aku dapat 550 bhat. Bolehla...and at last,
Nilah ropanya hotel kami tu. Ok, takdela burok sangat. Yang penting ada lif.
Okla kan dengan harga yang dibayar, 550 bhat per night
0 comments:
Post a Comment