Thursday, February 28, 2013

Advanced Joint Health Tablet



Yeazza!! Testimoni dari ibu sendiri wokeh! Real real punya dari mak bonda tercinta di Kampung Raja. Suka sangat-sangat bila Mama call bagi tau kaki dia dah tak sakit. Sebelum ni memang kesian tengok Mama. Member jenis kuat berjalan. Masa sihat dulu-dulu, Mama memang lincah orangnya. Ke sana sini cepat dan pantas. Cikgula katakan. Dah tua-tua ni kalau jalan banyak sikit, kaki Mama memang akan bengkak. Jalan pun terhincut-hincut. Ngurut tak payah cerita la. Macam-macam tukang urut dah try. Ok kejap. Lepas tu sakit balik. Bulan lepas, Shaklee buat promotion Advanced Joint Health Tablet ni (AJHT). Daku pun beli la sebotol bagi Mama try. Serius, rasa nyesal pulak beli sebotol je masa tengah promosi tu. Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat hadiahkan AJHT tu kat Mama and dapat positive feedback. Orang tua happy, kita pun lagi lagilah happy. Oh ya, AJHT ni bukan hanya untuk golongan VVIP (warga emasla maksudnya) je tau, kita yang muda ni pun kalau selalu sangat sakit-sakit sendi pun boleh consume. Maklumlah, terlebih aktif. Banyak sangat guna pergerakan sendi. Sebab tu boleh sakit-sakit. Meh kita skodeng testimoni kawan-kawan yang lain mengenai AJHT ni. 

 
Apa yang ada dalam AJHT ni? Meh kita share sama-sama.
Ekstrak Boswellia - Menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama estrak Boswellia ialah asid Boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. 

Ekstrak Jagung - Bertindak sebagai kusyen bagi membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen. 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C -  Memelihara tisu penyambung yang sihat. Sebagai nutrien penting dalam sendi, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalam tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin c memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 

Itulah serba sedikit info mengenai AJHT ni. Kalau kawan-kawan berminat nak hadiahkan untuk ibu bapa di kampung, bolehla roger saya ye? Hehehe. Atau yang nak cuba untuk diri sendiri pun boleh. Tak ada masalah. Untuk maklumat lanjut dipersilakan roger saya. Jangan tunggu lama-lama. Jangan biarkan sendimu merana. Hehehe. Okies, adios!!

0 comments:

Post a Comment