Friday, July 1, 2011

Apam Dot Dot

 
 Berseri kan kan kan? Selamat meleleh air liur ye kengkawan!

Huhuhu, alhamdulillah. Percubaan membuat apam dot dot kali ni menjadi! Percubaan kali pertama sungguh GAGAL! Terkeras la pulok. Terlebih tepung kut. Biasala, uolls...kita belajar dari  kegagalan dulu kan? Ini aku buat masa hari Selasa aritu. Jom skodeng resipi.

Bahan-Bahan
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk). Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan/sudukan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. (aku guna cup yang keras tu, so tak yah pakai lapik dah)
4. Picitkan/sudukan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan/sudukan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Kalau uolls nak, boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

PENTING: 
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah. 
Jangan buka penutup sebelum sampai masa, nanti kempis
Ada yang kata penutup kukus tu kene balot ngan kain, kalau tak nanti apam tu lubang2 (tapi aku tak balut pun, ok je apam aku. Huhu)


Selamat Mencuba :)

6 comments:

Unknown said...

hari tu mu buat cara serupis ke cara lain.. aku tgk byk resepi kata "Masukkan semua bahan".. Memang cara ni dok leh percaya... telur n gula biasanya didahulukan dan tepung biasanya paling belakang....

Cik Mek said...

hari tu aku buat cara serupis jugek, tapi main agak2 jer sebab takdok penimbang. terlebih tepung kalu, tu jadi kenras!! Kali ni buat aku gi beli penimbang kat MyMydin u!! Muahaha..Suksess!!!

Unknown said...

aku buat sabtu tu guna 270g tepung, aku rasa kalu kurang lagi harus lagi lembuttss... mu guna inti gapodioo...

Cik Mek said...

aku buat inti blueberry jah..senang buat cup besor2..dok renyoh..huhuhu

Mijoe said...

salam Mek!

pasni bila dah boring dgn keje skrg, leh aa Mek bukak bisnes! Jadi bisneswoman yang berjaya! InsyaAllah!

:)

Cik Mek said...

Muahahaha..raya nak dekat ni
Bolehhla Mijoe tempah ngan Mek kan..??
Hak hak hak

Post a Comment