Sunday, September 9, 2012

The Extend Day at Kota Kinabalu

Muahehehe. Punyala projek baik ngan Ijan. Maklumla, kursus kami abih pun pukul 5 petang. Nak kemas beg bagai, tak sempat kalo nak gi airport terus. Last flight pukul 6.30 petang kut kalo tak silap. For sure tak sempat. Sebab tula kami stay 1 hari lagi kat Sabah ni, bukan suka suki je taw! (ye ke?). Habis je kursus terus berkejaran ke bilik kemas beg bagai, kami pun tumpang rakan sekelas kami yang stay kat Kota Kinabalu. Jimat skit duit teksi. Thank you geng! Sal tak boleh nak amik sebab dia kerja petang. Janji jumpa malam kang bila dia dah abes keje. Persinggahan kami ialah di Seri Borneo Hotel. Lokasi memang superb! Betul-betul berhadapan dengan Pasar Kraf. Takdela betul-betul sangat sebab hotel ni di area belakang skit.

 Mintak mahaple dik non, excited punya pasal lupa nak amik gambor hotel and bilik. 
Ni pinjam gambor AsiaRoom.

Okla bilik dia. Sesuai ngan harga, RM80...kiranya budget hotella. So, don't expect more

Lepas settle bilik semua, kami pun menapak kat hot spot, amik angin. Yela sangat, padahal nak cuci mata and terkam mana yang boleh! Muahehe. Cuaca sangat bagus untuk bergambar. Apa lagi, posing sakanla...ngalahkan retis!





Jalan punya jalan, tetiba kaki kami terberhenti kat Pasar Ikan Masin dan tersinggah kat kedai Sabira Enterprise neh. Membeli la kami kat sini bagai nak rak. Udang keringnya, ikan bilisnya, sotong keringnya, kopinya. Kopak gak abes kat sini. Balik hotel senyum bawak barang sekotak sorang. Letak kotak kat kaunter lobi, pastu sambung lagi tawaf! 



Next, kami singgah kat belakang Pasar Kraf tu. Ada port makan seafood. Pilihla mana yang berkenan. Jangan lupa tawar harga, macam yang pernah aku pesan dalam entry dulu. 



Lepas makan, kami menapak balik hotel dengan perut yang kekenyangan. Kaki dah lenguh tapi mata ligat lagi pandang kiri kanan. Masuk dalam pasar kraf takde bende yang berkenan. Sekadar pusing-pusing cuci mata je dan meneruskan perjalanan balik ke Seri Borneo Hotel. Tu dia!!! Depan hotel dah bertukar wajah! Dah jadi pasar malam pulak dah! Apa lagi, jelajah pasar malam pulak. Banyak barangan mutiara jual kat sini. Keronsang, butang baju melayu, rantai, gelang...macam-macam lagi la. Tapi satu pun tak beli. Ronda-ronda cuci mata je. Otak dah takleh terima dah. PENAT! Naik bilik dulu tido and rest kejap. Sambung jenjalan malam pulak. 

Malam tu Sal datang hotel, bawak kami pi makan lagi. Konon cakap cam kenyang sebab petang tu dah balun makan ngan Ijan, tapi habis gak sepinggan nasik! Hahaha. Habis makan kami ronda pasar malam depan hotel tu sekali lagi. Kali ni lepas rest baru otak segar, maka kami berjaya merembat barangan di pasar malam dengan jayanya! Hehehe. Sampai tengah malam jugakla kami kat sini. Kesian Sal, dah la baru abis keje, teman kami soping lagi. Thank you kawan! Balik bilik start kemas barang skit-skit. 

Esoknya, pagi-pagi lagi kami pegi SAFMA (Sabah Fish Marketing) ngan Sal, cari barangan basah pulak. Flight kami tengahari kang, so pagi ni topup mana yang tak cukup lagi. Kat Safma ni beb, harga ikan...Ya Rabbi, murah-murah! Ikan kembung rega RM2! Berpinau mata pilih. Tapi hati-hati, kena tengok jugak ikannya. Takut nanti belah atas dia letak ikan elok, yang bahagian bawah depa taruk ikan busuk. Beli mana yang berkenan, lepas tu bawak gi packing kat kedai ni:





Kami tinggalkan barangan pasar basah kami kat kedai packing ni, janji tengahari kang amik. Sementara tu, kami meronda pulak kat Pasar Besar Kota Kinabalu. Pergh, nasib baik duit dah menipis, kalo tak for sure memborong lagi kat sini. 1 tip kengkawan: JANGAN beli kat Pasar Ikan Masin tu, harganya mahal dari Pasar Besar ni. Contoh: Kopi Tenom (kalo nak beli kopi tenom, sila beli yang cap cincin, dijamin sedap!) kat Pasar Ikan Masin harga RM5, kat Pasar Besar RM3 sahaja! Semua barang yang kami beli kat kedai Sabiha tu, semuanya murah lagi kat Pasar Besar ni. Argghh..takpe, takpe. Kata pelancong, harusla terkena sikit kan (ayat sedapkan hati konon).


Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai kat Kota Kinabalu Airport. Thank you Sal. Awak memang kawan yang baik. Sal tolong semua urusan kat airport. Alhamdulillah syukur, barangan takde terlebih kilo. Ngam-ngam ngan syarat MAS. Hehehe. Kalau Air Asia ni kompem dah kena bayau. 



Bye-bye SABAH. Ada jodoh, kita jumpa lagi!

1 comments:

harrizam said...

Salam,

mesti seafood terbaik...hujung tahun lepas kami ke sabah terlupa nak ambik gambar muka depan pasar besar KK nie...jadi nak minta kebenaran guna gambar pasar besar tu ke blog saya...tq

Post a Comment