Sunday, April 14, 2013

POWER PUMPING

Assalam semua. Selamat berhujung minggu. Hari ni tetiba je rasa macam nak share pasal POWER PUMPING. Dulu masa Naim saya sangat miskin ilmu penyusuan. Macam yang pernah saya ceritakan dulu, Naim sempat merasa susu ibu sekitar dua minggu sahaja. Masa lahirkan Iman, alhamdulillah, ilmu itu berkembang sikit demi sikit. Banyak input yang saya dapat dari pembacaan dan juga pencarian di internet. Now, turn adik baby...masih lagi menggali dan mencari tentang ilmu penyusuan susu ibu. Jom kawan-kawan, kita fahami...

Apa itu Power Pumping?
  • Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu peningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu, secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

  1. Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk ransang penghasilan susu.
  2. Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.

Kaedahnya?
  • Untuk Single Pump / Hand Expression - Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit. Tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya. Setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump - Pam kedua-dua serentak selama 10 minit. Rehat 10 minit, kemudian sambung lagi pam selama 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
  • Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada waktu ini.

Power Pumping di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa pada weekdays. 

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau 'pam angin' semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. JANGAN PUTUS ASA. USAHA, DOA dan TAWAKAL...insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang MUSLIM, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, andaboleh mulakan pagi anda dengan solat sunat, terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenagan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih.
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45 minit ke 1 jam selepas pengambilannya.
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat. Ini membantu ransangan.
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam.
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusu. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.
  • Pam setipa 2-4 jam sekali.
  • Be kind to yourself. Apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah dan senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik. 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi / hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain. 

Supplement dan penyusuan susu ibu


Seandainya anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Bila badan ibu sihat, ibu ceria maka secara tidak langsung si ibu mampu membekalkan susu ibu kepada si manja. Konsep asas penyusuan perlulah diperbetulkan terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN. Ingat tu. Bukan semedang bergantung pada supplement dan vitamin. Lepas tu, kalo tak banyak susu salahkan vitamin. 


Happy Breastfeed kawan-kawan.!


0 comments:

Post a Comment