Monday, June 16, 2014

Resepi Aiskrim Mealshake Oreo bikin sendiri

Nin dia..resepi mesti cuba di kala musim panas. Kawan-kawan, silakan mencuba aiskrim buatan sendiri ini di rumah. Jimat, sedap dan berkhasiat. Aiskrim Mealshake yang lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral. Belum ada lagi di pasaran nih. Eksklusif dari dapur sendiri sajo. Jom tengok bahan-bahannya. Senang je. Takde pun yang pelik-pelik. Boleh didapati dengan mudahnya di Kedai Zainal depan rumah. Ngeee (^_^)


Bahan-bahannya:
  • 1 1/2 gelas susu full cream. Saya guna low fat je (boleh tambah atau kurangkan ikut kecairan atau kepekatan masing-masing)
  • Setengah tin susu pekat manis (boleh kurangkan atau lebihkan, ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu kecil ovellette
  • 1 sudu besar mealshake 
  • Biskut oreo yang di patah-patahkan, masukkan ke dalam bekas
Cara membikin:
  • Campurkan kesemua bahan (kecuali biskut oreo) ke dalam blender. Blend sehingga gebu gebas.
  • Tuang ke dalam bekas yang ada biskut oreo tadi. Kacau rata.
  • Bekukan di dalam freezer semalaman. 
  • SIAP


Perghh..memang menjadilah! Ala-ala aiskrim oreo Mc'Flurry kat Mc'D tu. Buat buka puasa tadi memang sedap! Terasa kevanilaan dari Mealshake tu. Oh, ya! Lupa nak bagi tau. Kalau takde Mealshake, meh beli ngan saya meh. Heeee (^_^). Kalau taknak beli, boleh ganti dengan setitik dua esen vanila. Tapi tak surelah timbul ke tak rasa kevanilaan tu. 

Ok, selamat mencuba. Jom beli Mealshake.

Diyana Atan
019-6976889


3 comments:

alias mardhiah said...

assalamualaikum...diyana...saya mohon nak share resepi nih..nampak macam sedap jee...:)

Cik Mek said...

Waalaikumussalam alias mardhiah...boleh2..silakan. Mana yang baik kita kongsi2kan..hehe..

Ibu Riana said...

lepas ni boleh cuba resepi ni plak..

aiskrim mealshakes

Post a Comment