Monday, October 17, 2011

Pangkor Trip - Part 1

PULAU PANGKOR

 

Ni la first time dalam seumur hidup menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Dah besor panjang ni baru nak sampai sini wei. Rupanya ada lagi tanah-tanah Malaysia yang tak abis aku jejak lagi. Ke Pangkor ni sebab opis Peja ada buat family day. Kira sporting abesla geng-geng opis dia sanggup meronggeng gi Pangkor. 3 jam jugak kalo drive dari KL. Kalu sek sek opis aku tu mau berperang bagai dulu. Dari tahun 2008 aku masuk HQ ni (masa tu tengah ngandungkan Iman 2 bulan) dah dengar ura-ura nak buat family day...sampai la anak aku dah omo 2 tahun 1 bulan, ntah kemananya family day depa tuh! Gerak-gerak khas dari rumah pukul 9.00 pagi. 2 kali jugak brenti. Biasala kalo berjalan bawak budak-budak ni memang renyah. Kang yang nak beraknye, yang nak kencingnya. Sakanla kami melangut dalam kreta anak beranak. 3 jam wei redah highway. Sampai Lumut pukul 12 tengahari. Menggelupur cari makan tengahari. Pagi tadi santap roti je buat alas perut. Kalo dah perut Melayu tu, nak kena telan nasik jugak. Selesai lunch kami menuju ke Terminal Jeti di Lumut sebab pukul 1.45 petang nak naik feri menuju ke Pulau Pangkor! Huhu...akhirnya!!!


 Peja kata ni Estima ngan Alphard. Jangan segan-segan, silalah naik.

Lebih kurang dalam 30 minit menyeberang laut, sampaila kami kat Jeti Pulau Pangkor. Bila keluar je terminal tu ko akan nampak bersusun teksi pink panther ni tunggu ko. Petik jari je...zasss sampai! Apa lagi, terus naik teksi pink panther ni ke tempat berteduh kami yang dah di booked. Iman boleh lena pulak dalam teksi pink panther ni. Syiok agaknya terlambung-lambung oleh keempukkan kerusi teksi kut.  Resort kami ni terletak di Teluk Nipah. Jauh jugakla kut dari jeti sebab masa naik van teksi tu rasa cam lama je. Jeng jeng jeng, akhirmya sampai jugak. Cekidaut...Palma Beach Resort. Okla chalet ni. Cantik, view cantik. Yang best tempat ni happening! Jalan depan sikit dah jumpe laut. Pastu kiri kanan jalan penuh ngan kedai yang jual macam-macam...T-shirt, keychain, fridge magnet. Happening sampai ke malam! Tak mati keringla kalau korang bermalam kat sini.


Tapi yang letih sikitnya, chalet ni ada 2 tingkat. Kalau kene belah bawah syiok arr. Macam aku kene umah atas wei. Ketar jugak la pale lutut ni nak turun naik tangga. Sampai kat resort ni dalam pukul 3 petang. Of coursela tido dulu seround dua. Lepas Asar tu enjoy minum petang yang disediakan oleh pihak resort. Next activity mestila terjun laut!!! Best wei. Pantai dia takde batu. Syiok je mandi sambil kaki main-main ngan pasir gebu. Yang hantu airnya sah-sah la Master Yoda Iman. Si Naim pulak tergedik-gedik kat gigi air. Penakut! Bila ajak mandi jerit-jerit taknak join. Adeh. Gasak ko la nak. Mak ngan adik ko nak berendam.

 Jom terjun laut!!

 Sesi berendam mak ngan anak


 Yang gebu sorang ni takat gigi air je dia berani. 


 Penat wei aku ngayat dia, Last2 mau jugak turun. Tapi kene berjemput le. Takde maknanya nak turun sendiri. Pegang tangan aku kemain kejap!


Duk main ombak tepi pantai pun nak berdakap lagi. Dia kata nanti Naim masuk laut!!



Selain sesi berendam, petang tu pun ada games untuk budak-budak ngan mak pak budak-budak. Naim join few games. Amik bahagian jugakla. Aku ngan Iman berendam sampai kecut tangan-tangan. Peja petang tu eksen, tak nak join. Anak-anak memang enjoy abisla, dengan main pasirnya...dengan berendamnya. Malam tu ada makan-makan. Pastu aktiviti bebas. Kitaorang tawafla jalan-jalan yang berdekatan dengan resort. Sempatla jugak beli fridge magnet, keychain and 2 3 lai baju t-shirt. Pastu balik bilik, tido! Huhu. 






 Ni pun main game gak..game sodok pasir





1 comments:

Unknown said...

besnyerrrrrr... naik bas reramai ker.. lagi best!

Post a Comment