Monday, October 10, 2011

Tom & Jerry

Salam uolls! Sehat semuanya...? Tobat! Berbulan-bulan tak update blog! Ampun!! Kikiki. Last topup cerita bulan Ogos. Cerita bulan September, nehi hey...yillek!! Nak cerita pasal raya pun dah naik segan wei! Dah masuk bulan Haji dah kak oii. Ke lautla cerita raya tuh. Kim salam. 

Takpe-takpe. Kita cerita pasal mende baru. Ni, nak habaq mai, ada ahli baru dalam keluarga kecik aku ni. Huhu. Ada baby baru. Kembar lagi!!! Bila kembar ni hadir dalam keluarga aku, Naim beria nak namakan depa ngan nama Kasih & Alia. Adushh, romantikusnyer Naim ni! Tak zezuaii. So, tukar la nama. Aku bagi nama Rambo & Thor. Pahlawan-pahlawan omputih. Barula gagah gitu! Dah Peja pulak tak suka. Katanya payah benor nak nyebut. Dia pun bagi nama lain pulak. Dah bertukar lagi nama kembar kami. Seb baik takyah daftar kat JPN, kalo tak mau mengamuk kerani pendaftaran kat kaunter tu. Ada yang nak kene hempuk kang. Nama yang Peja bagi ialah Tom & Jerry!!! Simple sesangat dan mudah untuk diingati! Ececece...nama omputih lagi! So, inilah Tom & Jerry kami...

 
sakan bergurau senda


Muakekeke...suspentot eh? Korang ingat aku lama tak update blog ni sebab berpantang baru lepas beranak? Kiki, pandai je korang. Dua ekor kembar ni alkisahnya malam 14.9.2011 (aiyakk..baru prasan tarikh dalam gambar tu adalah fitnah semata-mata) time Peja nak kluar gi mamak depan umah, nampak budak berdua ni duk ngekor kereta dia. Tak sampai ati punya pasal dia hangkut buh dalam kotak, lantas menghulurkan kotak tersebut pada aku yang geli geleman ni. Adoiii! Lemah lutut nak handle budak2 kecit nih. Cecepat dia gi 7-E beli whiskas. Tom & Jerry bedal sampai licin!! Lapor terbiar ditinggalkan ibu kandung kekdahnya.

Comot je budak berdua ni time mula-mula datang. Maklumla, time tu baru lepas hujan. Beria makan tak toleh kiri kanan dah.


Hoyeh! Hoyeh! Dah ada rumah baru depa berdua ni.


 Ni lah Master Yoda Tom & Jerry.
Duduk, baring terlentang semua gaya ada layan budak berdua ni.

 Hohoho...Masyer Yoda sronok bawak Tom & Jerry ronda-ronda

Uishh..seronok Master Yoda melayan Tom & Jerry. Tapi kene perati jugak. Silap-silap aribulan ekor Tom & Jerry di pegangnya. Hadoi.

1 comments:

Unknown said...

lamanya tunggu hapdettt.........

Post a Comment