Wednesday, October 19, 2011

Pangkor Trip - Part 2

Untuk second day, aktiviti bebas! Pepagi lepas bekpes terus sambung terjun laut. Sesi berendam n sun bathing lagi!! Paling syiok mestila si Master Yoda Iman. Main air tak ingat donia. Naim macam biasala. Setakat rendam kaki je. Checkout pukul 12 tengahari. Memandangkan masih banyak masa lagi, so we decide to ronda-ronda sekitar pulau. Kami amik 1 speed boat kecik dengan harga RM30 untuk ronda-ronda the island for about 15 minutes. Bolehla. Tekong tu tunjukkan few spots yang ada batu bentuk ikan paus, bentuk penyu ngan bentuk boya. Sorry ye guys, tak sempat snap gambor sebab gemuruh ngarung laut ngan speedboat kecit! Cuak aku walaupun pakai life jacket bagai. Lepas ronda tu sedang elok pukul 11 pagi. Terus balik bilik, siap-siap untuk checkout. 

 Cantikkan..tenang jer



Skodeng port sket




Sebelum tu, we olls ronda-ronda sket sepanjang jalan. Window shopping sajo


 Iman: "This is last warning okay..no more mamarazi here!!"

Layan berjemur anak aku...ngalahkan omputeh!!


Ko ada nak sun bathing macam ni?? 


Yuk, ronda pulau! 


Jom, terjun laut!!!


Stakat gigi air je boleh arr belagak!


Settle semua urusan chekout, kami naik bot dari Pulau Pangkor jam 1.00 petang. Sampai Lumut pekena Char Kuay Tiaw buat santapan di waktu tengahari. Minum pulak aku amik cendol. Pergghhh..terasa santan dia. Memang lemak manis abih la. Gedebuk gedebak pukul 3.00 petang gerak dari Lumut. Dalam kereta ape lagi, aku and anak-anak berjemaah la tido. Sian Peja drive sorang-sorang. Sorry ye laling. Letih main laut katanya! Huhu. Bye-bye Pangkor. Ada rezeki jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment