Ramai kengkawan aku tertukar, aku keje Imigresen or Kastam, sebabnya ramai jugak yang call tanya, "D, nak buat pasport nak dokumen apa ek?" Alahai...korang pun, internet ada, search jela. Tapi takpe, sebab aku kawan yang baik, aku tolong searchkan untuk korang semua. Muahehe. Seingat aku, bawak IC and gambor ngan duit RM100 untuk 2 tahun. Pastu ada plak orang tanya, "Eh, surat beranak tak payah ke?" Pulak dah... Oleh sebab dah timbul kekeliruan macam tu, jom kita terjah laman web Jabatan Imigresen Malaysia, skodeng mende sebenarnya dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
Cara Memohon Pasport Kali Pertama:
a. Pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen
b. Lengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97). Borang boleh didapati di kaunter pejabat pasport ATAU dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara PERCUMA. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
Bagi pemohon 18 tahun ke atas, perlu bawa:
1. SATU salinan MyKad. (Satu je cukup. Kalau korang nak fotostat banyak-banyak pun takpe)
2. Kalau MyKad takde, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) diperlukan
3. Gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm) - 2 keping
Bagi pemohon 18 tahun ke bawah, perlu bawa:
1. SATU salinan MyKad
2. Sijil lahir
3. MyKad bapa / ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
4. Gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm) - 2 keping
Cara Permohonan Gantian:
Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan dan perlu membawa bersama Pasport terakhir yang digunakan
Bayaran Pasport:
a. RM 100.00 untuk 2 tahun
b. RM 300.00 untuk 5 tahun
c. RM 150.00 untuk 5 tahun (KANAK-KANAK kurang dari 12 tahun semasa mengemukakan permohonan dan REMAJA kurang dari 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan
Kalau korang stay kat area berdekatan ngan Putrajaya, tempat buat pasport bukan kat Presint 2 tu tau. Itu utuk urusan visa, maid, pekerja asing dan lain-lain. Kalau untuk buat pasport, sila ke Presint 15 Diplomatik yang dekat ngan Mydin, Bank Rakyat tu ye. Kalau boleh, korang isi siap-siap borang pasport tu, and pastikan semua dokumen yang perlu telah mencukupi. Kalau boleh lagi, datanglah awal, takdelah lama korang menunggu. InsyaAllah urusan korang akan dipermudahkan dan memang dalam masa sejam lebih je korang akan dapat pasport korang! Yeaayy! Lepas ni, kalau orang tanya perlu bawa surat beranak tak untuk buat pasport, korang tanya umur dia berapa ye. Hehehe
* Kalau kata korang terlupa nak fotostat or amik gambor, biasanya kat pejabat pasport tu dah ada bisnes fotostat ngan gambar pasport. Sediakan duit je. :-)
2 comments:
didiey,
kena bawak SATU salinan fotostat IC tu... satu je, takmo banyak2.. hehehe :))
Ha'ahla..kene edit ni..kekgi ore mari bawak IC jah..hok fotostat takdok..aiyakk..TQ saing!
Post a Comment