Thursday, March 21, 2013

Set berpantang

Yuhhuuu...buat apa tu kawan-kawan semua? Tengah makan ke tu? Kita tak buat apa-apa pun ni. Tengah ada mood nak update blog. Sian blog, lama tak de cerita baru. Huhu. Hari ni nak membebel pasal set berpantang. Uishhh, dulu-dulu memang pening wooo nak pilih set lepas bersalin yang mana satu. Tersangatlah banyak di pasaran. Dari yang murah sampaila ke mahal. Macam-macam jenis ada! Tepuk dada, tanya poket je la. Huhu.

Zaman Naim dulu saya guna produk Salindah. Amik yang complete set iaitu set mengandung dan set selepas bersalin. Kongsi-kongsi dengan Miz Elle. Pil dia kan banyak dalam 1 botol tu. Lepas tu masing-masing pulak makan bukannya disiplin sangat, so banyakla lebih. Hehehe. Maklumla, ngandung dekat-dekat, sebab tu boleh share-share. Khadija lahir bulan April, Naim pulak bulan Julai. Tambah pulak masa tu saya pun belum kerja lagi. Lagilah perlu kepada konsep sharing is caring ni. Hihihi.



Hasil penggunaannya, okla. Kebetulan atau sebab guna Salindah ni ke...wallahualam, masa mengandungkan Naim saya takda apa-apa alahan. (Masa ngandungkan Iman pun takde apa-apa alahan juga. Tapi masa Iman takde amik apa-apa pregnancy supplement. Just makan ubat yang nurse bagi masa tiap kali check-up). Alhamdulillah. Lepas bersalin pulak, hmm...okla. Rasa sihatlah kot? Saya suka L7 tu, a.k.a ubat luka. Cepat je luka jahitan kering. Taruk kat pusat baby pun boleh jugak. Yang botol L11 tu saya tak minum pun. Tak sempat ke atau lupa mungkin. L11 tu kiranya macam tonik istimewa untuk memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. (oo, sebab tu kot masa Naim dulu saya sembelit! Tak amik yang ni la kunun). Serius, sangatlah blur masa ni. Tak tahu apa pasal pantang dan juga pasal penyusuan susu ibu! Uhuhu.

4 tahun kemudian, lahirlah Iman. Zaman Iman pulak saya pilih set berpantang dari Nona Roguy. Kenapa pilih Nona Roguy..? Hmm, sebab tengok testimoni macam best kot? Muahahaha, boleh gitu? Nak beli Sendayu Tinggi tak mampu. Lepas tu dia lebih kepada jamu. Nanti takut baby panas. Sebab tu la kot? Testimoni, hmm...dalam banyak-banyak botol yang ada dalam set ni, saya suka yang PhytoNatal tu je, a.k.a ubat berak! Sebab masa zaman Naim dulu, time nak membuang sangatlah ngeri nak masuk toilet. Berdebar-debar rasa bila perut dah start memulas. Makan PhytoNatal ni best woo! Telan 2 3 biji time pagi, petang kang mula la terasa nak membuang. Buang pulak takyah nak teran-teran. Duduk and relax je. Muahahaha. Lulur dia pulak guna sekali dua je. Peja tak tahan bau rempah satu rumah. Dah pulak! Plus, diri sendiri tak berapa rajin nak menenyeh lulur. Yang air akar ngan ubat cuci tu, kira okla. Saya guna juga sampai habis. Kesan dia? Hmm, okla.


And now, after another 4 years, daku bakal melahirkan...soon! Sekarang ni rasanya macam dah tak payah pening-pening nak pilih set berpantang yang mana. Sebab sepanjang mengandung pun memang amik supplement dari SHAKLEE. Sangat-sangat-sangat berpuas hati (nanti kita buka entry lain untuk set mengandung ni eh). Dek kerana berpuas hati dengan supplement mengandung dari Shaklee ni lah, maka saya tanpa ragu-ragu lagi memilih...



Set berpantang Shaklee! Tak sabar nak buat testimoni sendiri bila guna set ni nanti. Set ni dah ada dalam simpanan, tunggu nak guna je. Yang best lagi, set ni boleh terus consume sebaik sahaja lepas bersalin tanpa risaukan baby yang menyusu sebab ianya bukan macam jamu, kena tunggu dua tiga hari baru boleh start makan and kalau jenis baby yang tak tahan nanti kena cirit-birit, sebab jamu tu kan panas. Korang jangan buruk sangka tau. Konon kata mentang-mentangla dia jual Shaklee, nak promote la tu. Uhuhu. Bukan itu niat daku. Daku jadi Shaklee Independent Distributor (SID) selepas guna set mengandung dari Shaklee tu la. Bukan nonong terus jadi SID. Sebab bila dah guna product tu, dah rasa sendiri ke'best'an supplementnya, itu yang buat saya yakin untuk jadi SID dan berkongsi kebaikan product tersebut dengan keluarga dan kawan-kawan semua. Jangan salah anggap niat suci murni saya ni ye? Hihhi. Kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan saya yang still lagi blur-blur nak pilih set lepas bersalin yang mana, dan tergerak hati nak cuba Shaklee sebab ianya SELAMAT & SEMULAJADI, jangan segan-segan, boleh contact saya. 

*Errr, beg sendiri nak ke hospital belum complete lagi! Huh!!!









2 comments:

Set Hamil & Set Bersalin-Salindah said...

Boleh baca info lanjut berkenaan produk Salindah (Set Hamil & Set Bersalin) di blog rasmi www.edaranSalindah.com

Pengurus Ordersaja said...

www.edaranSalindah.com

Post a Comment