Saturday, November 9, 2013

Kisah peti es rosak dan stok ebm BabyHana

Assalamualaikum...selamat hujung minggu semua..Halu youolls!! Lama tak bersua kan? Rindu la teww. Hari ni nak buat sesi luahan rasa. Al kisah hari Isnin lepas. Sob..sob..sob...sedih!! Sungguh sedih di hati hamba ni..mengenangkan peti sejuk yang buat hal kat rumah. Maklumlah, peti dah tua..mulalah datang macam-macam penyakit. Beli peti es tu masa mula-mula kawen dulu. Dah 9 tahun dah peti tu menabur bakti. Tak hairanlah kalau mula buat perangai. Sabor jela.

Tapi tak berapa dapat nak sabor jugak, sebabnya dalam peti es tu kita simpan stok ebm BabyHana. Adala dalam 30-40 botol, penuh berisi 5oz setiap botol. Huhuhuhu. Sebak!!! Balik keje buka peti es, abes dah cair semua stok ebm tu. Huhuhu...nanges dalam senyum ambil semua botol tu basuh. Menitik air mata, tapi senyum. Haritu susu yang tengah perah terbalik tumpah satu botol pun daku meraung satu rumah, ini kan pulak satu peti es! Bolehla kot disamakan dengan tajuk lagu Aishah, "tangisan dalam senyuman." Terdetik dalam hati, "jenuh nak buat stok balik." Tapi, cepat2 saya bisik kat diri sendiri, "boleh ni cover stok..boleh punya." Alhamdulillah..dalam ketandusan stok, masih mampu susukan BabyHana sepenuhnya dengan susu badan sendiri. Saya terpaksa bekerja keras untuk kumpul stok balik memandangkan stok ebm yang ada ni ala2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kat office dapat 2 botol. Kalau tak busy, petang sebelum balik dapat lagi 2 botol. Malam bila dah sampai rumah, BabyHana memang tak bagi chance mak dia nak ngepam. Asal nampak muka kita je nangis. Kenala dokong, tumpu perhatian kat dia sekejap (nasib baik gak ada SSC, tu pun pinjam yang Eppi punye, kendong dia sambil buat keje). So kaedah nak ngumpul stok ni kenala KORBANkan masa tidur dan buat POWER PUMPING(klik). Hohoho..sangat mencabar wokeh! Sebab tu saya kata tadi saya kena kerja keras!!

 Kenangan terindah time stok ebm meriah dalam peti es. 
Takpe2, kita kumpul balik. Boleh punya! 
Yes!! I CAN DO IT!!!

Waktu tidur saya sekitar jam 12.30 tengah malam (ini setelah semua kerja rumah selesai kadang tak sempat gak). Jam 4 pagi kena bangun mengepam sampai la ke pukul 5 pagi. Dah tu terus siap-siap nak gi kerja. Kat office pulak bertugas sebagai front-liner. Kang ko salah senyum ke, salah intonasi suara ke, mampus kena complaint. Nasib baikla ada B-Complex Shaklee. Dapat juga kawal emosi dan alhamdulillah, takde masalah stress2 ni. Mencabar jugakkan tugas ibu menyusu yang buat stok ni? Tak kena gaya memang lingkup. Hahaha. Demimu anak...mak akan berusaha gigih!! 

Nasib baik amik supplements Shaklee. Kurang skit rasa letih tu dan dapatla buat stok. Halo kawan, bukan kata amik supplement susu terus jadi banyak. Kalau ada kata macam tu, auta lebih. Konsep asas penyusuan korang kena paham betul-betul dulu. LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN. Supplement ni diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria. Secara tak langsung mampu membekalkan susu kepada si anak. Yela, kalau badan letih, tak bermaya, ko nak ngepam pun takde mood kan? Itu yang susu merudum tu. Jiwa kacau. Hehehe.

Mind setting pun banyak memainkan peranan.  Always think positive. Selalu bisik dengan diri sendiri "susu saya banyak..susu saya banyak.." InsyaAllah... Ini ko sebok cakap kat orang kata "susu takde, tak dapat nak susukan anak," lelama memang takde susu. Abih tu, cakap lagi macam tu. Setiap yang kita cakap ni kan doa. Jadi, sebut yang baik-baik je. Amalkan zikir, doa. Ini makanan kepada rohani kita. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Bila rohani bersih, jiwa bersih, barulah kita dapat ketenangan. Bila tenang, dapatla kita mengepam dengan baik, dapatla buat stok banyak-banyak. Khen? 

Haa, sape nak SET SUSU BAJET dari Shaklee boleh roger saya ye. Amik ESP serius beb, badan bertenaga. Bukan kata ko jadi badang, gagah perkasa..tak letih2. Letih tu tetap ada, tapi KURANG LETIH. Sebut ESP ni, saya pernah buat eksperimen dengan BabyHana, bila saya amik ESP dia cepat kenyang dan tidur lama. Kalau time malam tu sekali menyusu je, lepas tu dia tido baek punya sampai ke Subuh. Berbeza bila saya tak amik ESP. Skejap skejap dia menyusu. And I notice that bila amik ESP susu tu macam pekat skit. Nyum nyum nyum, delicious (bak kata Dora the explorer).

Okla, stop sini dulu arr. Lain kali sambung lagi. Tata. Muah muah muah (sila buat gaya mcm Datin & Shery dalam citer Mr.Arrogant)

I'm Diyana,
Your Shaklee Independent Distributor (891121)
Tel: 019-697 6889

2 comments:

Sofea Suhaimi said...

waduh waduh.. kisah tragis sungguh... sabo je la nak wat guana... bergaduh laki bini pun tak sebok sayu sedey macam tu kan.. hahahha..... moraknya - kena gaduh lebih skit?? hahahhaa.... no lah.. moralnya - ujiann... kena sabooo....

Cik Mek said...

uhuhu..gaduh2 manja bolehla cik sofea..mengeratkan hubungan..kikiki

Post a Comment