Wednesday, September 24, 2014

Shaklee Effect

Apa khabar semua. Harap semuanya sihat-sihat selalu. Nak ingatkan sekali lagi, bulan ni promosi Collagen Powder, beli 6 dapat 7 kotak dan juga promosi Mealshakes, beli 3 dapat 4 canister. Yes, double promotion! Baikkan Shaklee Malaysia ni, nak bagi rakyat Malaysia sihat dan cantik! Collagen powder tu orang lelaki pun boleh consume tau. Bukan sahaja kulit jadi cantik, insyaAllah kalau ada sakit-sakit sendi tu boleh lega sikit. Nak lega lagi sakit sendi tu, boleh tambah Advance Joint Health Tablet. Itu nanti kita cerita kat entri lain.

Hari ni saya nak cerita pasal #shakleeeffect. Saya rasa saya perlu kongsikan dengan semua. Banyak sangat positive effect yang saya dapat selepas bershaklee. Dulu saya cepat letih. Bila cepat letih, saya jadi malas! Bila malas badan jadi gemok! Bila gemok, kita jadi stress! Bila stress kulit jadi kusam dan naik jerawat! Lepas tu stress balik sebab orang kutuk kita gemok dan muka banyak jerawat. Lepas tu kita marah semua orang. Hahaha...See?? Banyakkan rentetan benda yang negatif, berpunca dari satu masalah sahaja..LETIH!

Benda pertama saya consume ialah B COMPLEX sebab masa tu saya mengandungkan Hana. Ya, saya baru je bersahklee. Baru setahun lebih. Rasa menyesal pun ada juga sebab kenal Shaklee dah lama, dari zaman sekolah lagi, tapi tak pernah amik port. Tapi takpe, biar lambat dari tak merasa langsung. Hehehe. Nak dijadikan cerita, masa tu juga saya kerja kat kaunter khidmat pelanggan. Macam-macam ragam customer yang nak kena deal. Memang saya cepat stress. Nak marah customer pun tak boleh, so pendam je lah. Tapi, lepas consume B Complex saya memang rasa BEST! Mood saya jadi okay! Serius ni. Tak tipu! Saya boleh handle customer dengan tenangnya. Ambil sebiji je sehari lepas sarapan pagi, insyaAllah hari anda akan relax je. 

Kemudian, tiap-tiap bulan saya akan asingkan sikit duit gaji saya untuk beli supplement. Tag line saya masa tu, 1 bulan 1 supplement Shaklee. Hehe. Selepas berESP, masyaAllah, saya rasa sangat sihat! Rasa tak lemau, rasa bertenaga, rasa cantik, kulit makin glowing, tak kusam, parut jerawat makin pudar. Tambah lagi dengan Vitamin C, Vitamin E (yang diambil selepas bersalin) dan hampir semua produk Shaklee saya amalkan, saya rasa lebih sihat dan lebih cantik! Biarlah orang nak kata saya perasan ke apa, tapi itulah yang saya rasa. 

Lepas bersalin, rambut mula gugur dengan kroniknya. Sampai ada satu tahap saya tak berani sikat rambut. Sekali dapat, secekak! Dah macam orang sakit. Saya guna set ProSante Hair Care, penjagaan rambut Shaklee. MasyaAllah, saya sangat kagum! Masalah rambut gugur yang kronik beransur pulih. Dah tak pandang dah iklan shampoo kat TV. Hanya ProSante Hair Care je pilihan hati. Tak percaya? Meh cuba meh! Mama saya pun memang pakai shampoo ProSante je sekarang ni. Nama shampoo tu Purifying Shampoo. Bila call tanya macam mana lepas pakai shampoo Shaklee siap puji, "rambut Mama dah makin tebal ni D! Tak banyak dah gugur." Suka hati saya bila dapat membantu orang lain, lebih-lebih lagi keluarga sendiri. 

Dan effect yang paling bermakna yang saya rasa ialah saya dengan asbab Shaklee lah yang membuatkan saya makin dekat dengan Yang Maha Kuasa, pemilik segalanya di alam semesta ini. Subhanallah, Maha Suci Allah yang pertemukan saya dengan Shaklee. Melalui leaders-leaders hebat Master Alin, Master to be Sue, Master to be Nik iaitu susur galur group Jutawan di bawah empayar Presidential Master Kak Cery, mereka banyak sangat guide saya, peringatkan saya untuk sentiasa mendahulukan Dia yang Maha Agung. Dengan mengajak dhuhanya, tahajudnya, zikirnya, sedekahnya, zakatnya..Allah...tak pernah saya jumpa MLM yang sebegini. Kalau tak join Shaklee di bawah group hebat ini, mungkin saya masih 'angkuh' dan 'sombong' dengan Pencipta sendiri. Mungkin masih hanyut dengan longgokan dan timbunan kerja hingga lupa pada dhuha. Mungkin sentiasa lena diulit mimpi sehingga terlepas tahajud di sepertiga malam. Mungkin..? Ya, pasti! Alhamdulillah, syukur dijodohkan dengan Shaklee. Bisnes sambil mengenal tuhan, adalah lebih indah dari berbisnes mengaut keuntungan semata. Lebih nikmat! 

Inilah #shakleeeffect saya. Pengalaman saya sebelum dan selepas saya berShaklee. Apa yang saya rasa, saya nak kongsikan dengan semua. Nikmat sungguh rasanya jika dapat membantu orang lain, kearah kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Jom, siapa mahu mengalami #shakleeeffect bersama saya? Contact me now! 




Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD di kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya
KLIA & KLIA2

0 comments:

Post a Comment