Wednesday, April 4, 2012

Iman kena HFMD

Owh kesian anak Ummi. Tetiba plak boleh terkena HFMD. Lagu mana buleh kena, kat mana kena kena pun tok tahu kawe nok jawak. Yang perasannya petang smalam lagi. Nampak dah naik merah-merah kat kaki dia. Tapi tak banyak. Kebetulan pulak smalam Ijan tanya pasal HFMD ni macam mana rupanya. Aku pun google la. Alih-alih, arini Iman lak yang kena. Adushh.

Ni gambar yang digoogle smalam

Pagi tadi bangun nampak dah ada bintik-bintik kat tangan and bawah bibir dia. Zaazzzz..hati aku kata ni macam dalam gambar yang aku google smalam. Pagi tu jugak bawak Iman gi KKPJ Presint 9. Doktor Zaidi check kat semua spot; tangan, siku, lutut, kaki and mulut. Memang kompem kat semua tempat tu ada biji-biji merah. Luckily Iman tak demam kuat and takde banyak biji sangat naik kat dalam mulut dia. So dia makan berselera macam biasa. Takde ubat khusus untuk merawat sakit ni. Just sapu calomine lotion setiap kali lepas mandi should be fine. Hari ni dah 4 hari kena so far biji-biji merah tu macam nak surut dah. Hopefully Iman cepat recover, Isnin ni boleh gi hantar kat nursery macam biasa. Amin!! Cepat sembuh ya sayang!!!


 Bebiji merah kat kaki dia. Ni nampak dah nak surut ni...

 Kat tangan ada sikit

Steady...siap silang panggung lagi! Kuikuikui

Kalau nak info pasal HFMD ni, sila  berkunjung ke blog DrAzwan. Kata Dr. Azwan, yang penting:

ELAKKAN JANGKITAN
* basuh tangan dengan sabun setiap kali lepas tukar lampin anak
* boleh guna air sabun untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yangterkena najis atau air liur mereka
* jangan bawa anak-anak ke tempat terbuka seperti kolam renang atau shopping complex. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

JANGAN PANIK!
Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyakan HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak anda tidak demam, selera makan macam biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

0 comments:

Post a Comment