Wednesday, April 18, 2012

Kursus oh kursus

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Pepagi cam gini update blog bagus gak. Line tengah laju. Muahehe. Ujung minggu ni nak kena gi kursus la pulok. Nun ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman, Terengganu. Nok kata balik kampung dok jugok. Sebabnye Besut ngan Kemaman tu dalam 4 jam lebih perjalanan, bersamaan lebih kurang 232 kilometer!!! Satu peta Terengganu tu round! Huhuhu. First time nak berkursus di INTIM ni. Selalunya kalau kursus ngan INTAN apply dekat-dekat je. Makanya tak pulangla ke Kampung Raja tercinta! Uhuk uhuk. Tapi kebetulan jugak, memang tak dapat balik kampung sebabnya Mak Incik ngan Pak Incik turun KL time aku berkursus tu. Biasala, checkup Pak Incik kat Hospital Selayang.

 Bagi mereka-mereka yang kurang arif tentang subjek Geografi. Tengok tu. Kan aku kata tadi, satu peta Terengganu tu lalu dari Besut nak ke Kemaman. Tapi view bestla. Tengok pantai je.

Bercerita pasal kursus ni, dulu (2007) dapat kursus Bahasa Mandarin tiga minggu kat INTAN Jln. Elmu, PJ. Merdeka tak yah masuk opis dekat sebulan! Yang bestnya Peja pun dapat kursus tu sama. Tapi we all tak bagi tau sape-sape pun yang we all ni husband and wife. Semua geng kursus tu macam cakap sok sek sok sek jugakla sebabnya masa hari pertama time sesi perkenalan, masing-masing cakap dah berumahtangga. So, geng kursus ni duk ngumpatla konon laki orang ngorat ngan bini orang. Nak tergelak aku! Tak sangka jadi bahan umpatan. Tapi aku buat dek je. Memang dah pakat ngan Peja, last day baru nak bagi tau semua. Tapi rahsia tu dapat disembunyikan selama dua minggu sahaja. Kebetulan pulak aku kena demam panas. Gi HKL dapat MC lima hari (tapi aku cuti dari berkursus dua hari je. Sayang wei, keciciran kelas nanti.) Lepas tu Peja bagila MC tu kat our lecturer. Lecturer tu tanya la macam mana Peja pulak yang dapat MC tu. (Rupanya lecturer kita orang pun duk syak wasangka juga!) Last-last Peja bagi tau yang we all ni husband and wife. Riuh kelas tu stengah jam. Masing-masing cakap.."Ooo, patutla berdua je! Kita orang ingatkan ada skandal!" Hatoii!!! Bila aku masuk kelas balik masing-masing pakat duk cubit aku. Wakaka. Orang hebat memang pandai simpan rahsia!

0 comments:

Post a Comment