Sebenarnya, ini kali kedua kami bercuti ke Pulau Jeju. Kali pertama adalah pada tahun 2018 ketika musim bunga (nanti saya buat entry lain untuk yang ni ye. Nak mengingatkan cerita 2 tahun lepas agak mencabar minda). Ahli jemaah trip masih sama seperti yang dulu, 4 orang semuanya. Tahun 2020 kami memilih musim sejuk pula. Tapi, sebab dah hujung-hujung winter tak terasa sejuk sangat pun. Lebih kurang macam pergi waktu spring dulu. Trip kali ni kami lebih santai, tak terkejar-kejar sebab mostly tempat yang kami dah pernah pergi dulu kami tak cover dah. Kita cari port baru pulak.
Ahli jemaah
Day 1 (11.2.2020)
Flight berlepas dari KLIA2 jam 8.00 pagi. Perjalanan selama 6 jam saya habiskan dengan tidur. Sampai di Jeju jam 3.00 petang (waktu Jeju awal sejam dari Malaysia). Selesai urusan di imigresen, kami mencari surau untuk tunaikan solat. Sebenarnya, airport Jeju dah ada surau sekarang. Tindakan pihak pengurusan airport menyediakan tempat solat ini harus diberi pujian memandangkan ramai Muslim yang melawat Jeju, mostly dari Malaysia. Tapi, cari punya cari surau, tak jumpa. Last-last kami tanya dengan Ahjusi di kaunter informasi kat arrival hall. Dia kata surau sebelum imigresen. Macam kita orang ni dah kira terlepas dah rupanya. Aduhai. Lepas tu Ahjusi tu kata, "Are you Malaysian? Many Malaysian pray here..." (depan kaunter dia, di sebalik tiang besar, ada tempat tersorok sikit). Maka, kami pun solat di situ. So, remember guys. Surau di airport Jeju sebelum imigresen ye, area kedai-kedai duty free shop tu, hujung sekali!
Yeayy..! Dah sampai kampung 😝
Tengoklah beg kami. Ni baru sampai punya beg ni.
Lagi 5 hari tak tahulah beranak macam mana
Selesai solat, kami keluar dari airport menuju ke bus area. Maka, berbondong-bondonglah kami dengan beg yang banyak itu menaiki bas untuk ke tempat sewa kereta. Kali ni kami sewa kereta dengan Lotte Rent A Car. Kalau booked through booking.com, dapat lagi 20% diskaun. So, sewa untuk kereta Kia K3 sepanjang 5 hari kami di sana ialah USD150. Urusan lebih mudah berbanding dengan company yang dulu. Orang kereta sewa tu pun terkejut tengok beg kami. Siap cakap tak muat ni dalam bonet. Hehehe, don't worry. Kami pakar dalam menyusun beg! 😆
Sebab dalam bas tu kau dan geng-geng kau sahaja, makanya bas itu kami yang punya. Dalam bas pun hingaq posing amik gambar. Dalam bas je ponn 😆
Saya rasa lebih senang berurusan dengan company ini. Lebih profesional. Oppa tu akan terangkan keadaan kereta, terangkan cara macam mana nak pakai GPS, siap adjustkan terus ke dalam bahasa Inggeris, siap terangkan sini signal, sini wiper, snow chain ada dalam bonet. Memang A lah! Tak macam company yang dulu tu, terkontang kanting kami berempat duk godek macam mana nak englishkan GPS tu. Eh, tiber.. 😝
Kan dah bagitau tadi..kami memang pakar menyusun beg!
Alhamdulillah, settle urusan kereta sewa. Destinasi pertama kami ialah Dodu-dong Road. Tarikannya ialah barisan kerusi berwarna warni je pun. Tapi kalau dah kaki posing, tepi jalan pun jadi. Kalau dari atas awan tadi memang nampak Dodu-dong Road ni betu-betul sebelah airport. Tapi bila naik kereta tu, pusing-pusing jugalah nak boleh ke sampai, tak jauh pun. Cuaca petang tu agak gloomy. Tak seceria masa spring dulu. Pergi trip waktu winter memang begitulah keadaannya. 😆
Walaupun cuaca gloomy, kami tetap ceria!
Tengok tu, sepanjang jalan tu ada kerusi warna warni. Ni kalau pergi time spring or summer ni cantik. Pakai baju warna putih, naik seri gambar.
Saranghae! 💓
Bersebelahan dengan tempat kami posing ni ada satu kawasan lalang kering. Apa lagi skuad, jom terjah!
Amik close up macam ni lawa la
Dapatlah amik feel pergi Jeju time autumn kan. Gittewww!
Padahal, ini ha tempatnya. Kalau kat kampung sendiri takdenye nak masuk dalam lalang macam ni. Tak pandang ponn!
Settle berposing di tepi jalan, hari dah makin gelap. Perut pun lapar. Last makan masa dalam flight tadi (tapi tak beli meal pun. Bawak bekal macaroni goreng dari rumah!). Okay, next..on GPS kita cari kedai makan. Jom ke Badajanchi. Restoran di Jeju sekarang banyak dah yang Muslim friendly. Dah tak risau bab makan. Tapi kalau sepanjang trip nak makan luar, mau koyak jugakla poket. Melainkan kau memang orang kaya, dipersilakan. Kami kami ini semuanya budget!
Total makan di Badajanchi untuk kami berempat ialah 100 ribu won. Kau rasa, hari pertama saja dah makan RM350.00. Tapi puas hati lah. Asam pedas sedap, mackerel dia segar. Memang lumayan la bab makan. Sedap!!! Bila lagi kan nak merasa authentic Korean food! Tak aci la makan ramen cup je . Gittewww! Sudah makan, perut kenyang, mata pun mengantuk. Untuk berehat pada malam ini, kami check in di Staz Hotel Jeju Robero. Kat hotel ni kami akan stay 2 kali, iaitu pada malam pertama dan malam terakhir kami di Jeju. Hotel ni bagi saya harganya agak mahal jugaklah. Untuk malam pertama ialah 81 ribu won, lebih kurang RM283.00. Sebab lokasi dia dekat ngan Jungang Underground Shopping Mall dan Daiso tu yang buat kami pilih hotel ni. Settle check-in, letak beg, kami terus berjalan kaki ke Jungang Shopping Mall dan Daiso. Singgah sekejap amik feel and buat tinjaun barang apa nak aim nanti. Tapi sempat juga membeli.
Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari pertama:
Sewa kereta = RM155
Makan di Badajanchi = 25,000 won
Hotel Staz Jeju Robero = 20,250 won
TOTAL = 45,250 won + RM155 (lebih kurang RM315)
Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari pertama:
Sewa kereta = RM155
Makan di Badajanchi = 25,000 won
Hotel Staz Jeju Robero = 20,250 won
TOTAL = 45,250 won + RM155 (lebih kurang RM315)
0 comments:
Post a Comment