Day 3 (13.2.2020)
Pagi itu cuaca sangat cerah. Sangat cantik untuk bergambar. Selesai checkout dari Jeju Myung House, kami meneruskan pengembaraan pada hari ketiga menuju ke 1100 Altitude Wetland, dengan harapan dapatlah memburu salji. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan Gunung Halla, with a little taril around a pond. Terbayang di fikiran salji memutih seperti di Narnia World. Sesampainya kami di sana, kami di sambut dahan-dahan pokok yang berceracak seperti di musim luruh. Semalam hujan, pagi ni cerah. Salji tentulah mencair. Yang ada seketul dua macam ais kepal je lah! 😆 Tapi sebab cuaca cerah dan kami semua posing cantik, 1100 Altitude Wetland tetap meninggalkan kenangan manis buat kami semua.
Kalau time snow turun lebat ni, sure putih je kawasan ni. Tapi nak jalan confirm licin.
Adalah snow sikit kat area parking. Bolehla buat hilang kempunan nak tengok salji 😝
Next, kami ke Camellia Hill. Sebenarnya, kalau tak ke sini pun tak apa. Sebab masa kami ke sini, pokok-pokok bunga banyak yang masih menghijau dan masih belum mengeluarkan bunga. Dengan entrance yang agak mahal, kalau pergi di luar musim, rasanya kurang berbaloi. Parking fee ialah 2 ribu won untuk satu kereta, dan entrance fee pula 8 ribu won seorang.
Lunch kami makan apa yang kami sediakan awal pagi tadi di homestay, sebelum checkout. Hari-hari mesti bawa bekal. Kalau tak kopak la poket. Bekal meggi goreng dan nasi goreng habis licin! Habis makan, sambung berjalan. Di sini ada trail yang anda kena lalui. Kena follow la trail tu. Each check point akan ada tempat untuk bergambar. Kalau bunga banyak, of course la meriah kan nak berposing. Our favorite is kawasan reflection mirror ni. You all kena kreatif la nak bergambar di sini. Nasib baik cuaca cerah. Suka!
Hello twinnie!
Selesai berposing di Camellia Hill, kami menuju ke Seogwipo kerana kami akan bermalam di kawasan ini. Sebelum menuju ke tempat penginapan, kami singgah sebentar di Starbucks Coffee di Jungmun. Bukan nak minum sangat pun. Tumpang toilet dan berposing je sebenarnya! Hahaha. Tapi beli jugaklah airnya. Buat syarat. Di kawasan parkir kereta berhadapan Starbucks ni ada disediakan ruangan musolla kecil. Kami solat di sini (ini sebenarnya agenda utama kenapa berhenti di Starbucks).
Loovveee sangat cuaca hari ni. Langit membiru!
Kabin kecil ini dijadikan musolla
Ruangan ambil wuduk
Selesai solat, kami singgah ke E-Mart di Seogwipo untuk membeli sedikit bahan-bahan steamboat untuk makan malam nanti. Hati-hati ketika memilih bahan makanan di sana. Nasib baik ada terjumpa kad ini. Tunjukkan sahaja kad ini kepada penjual. Mereka akan mengatakan "Okay..okay" sekiranya barangan tersebut boleh dimakan oleh muslim dan akan membuat tanda pangkah sekiranya ada unsur-unsur tidak halal dalam barang tersebut. Kos kami membeli bahan-bahan steamboat adalah sebanyak 22 ribu won.
Next, kami menuju ke rumah penginapan. Untuk malam ketiga kami memilih Dream & Green Pension. Harga untuk satu malam di sini ialah 75,650 won. Hostnya baik hati. Ada mesin basuh baju dan boleh digunakan secara percuma. Tetapi yang tak tahannya, tempat ini banyak anak tangga yang nak kena hadap. Next kalau 'balik kampung' lagi tak akan stay dah kat sini. Sebabnya, dengan beg kami yang berbondong-bondong itu kami terpaksa angkut 5 6 kali ulang alik turun naik tangga. Fuh! Penat! Beg pulak ya rabbi punya berat! Hahaha. 😆
Dinner kami malam tu. Steamboat! Bahan yang dibeli kat E-Mart tu banyak lagi lebih, so kami boleh bawa bekal untuk keesokan harinya
Macam asrama. Bertingkat gittu rumahnya. Nasib la dapat tingkat 1. Tapi kereta kami nun kat bawah sana. Kena turun naik tangga lagi menuju ke tempat letak kereta!
Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari ketiga:
Parking di Camellia Hill = 500 won
Tiket masuk ke Camellia Hill = 8,000 won
Beli bahan steamboat = 5,500
Dream & Green Pension = 18,913 won
Beli bahan steamboat = 5,500
Dream & Green Pension = 18,913 won
Total = 32,913 won (lebih kurang RM118)
0 comments:
Post a Comment