Day 4 (14.2.2020)
Selesai urusan checkout dan turun naik tangga mengangkut beg dari homestay ke kereta, kami memulakan pengembaraan hari keempat ke Seogwipo Maeil Olle Market. Di sini kami beli local products berasaskan oren yang dibuat menjadi jam and sweets and few other foods untuk dijadikan ole-ole. Ada juga kami beli perfume di kedai yang sama. Kedai ini macam more to souvenir store. Kedainya di tingkat atas. Nanti kat bawah kedai ada oppa akan pancing anda dengan memberi sweets. Kami terjebak akibat dari dapat gula-gula free itulah. Dalam satu kedai ada jual macam-macam barang, tidak terhad kepada produk makanan sahaja.
Inilah kedai yang pasang 'jerat' sweets tu. Hati-hati korang 😆
Ini antara yang kami borong. Berbotol-botol lah seorang membelinya. Selain boleh dibuat jam, ia juga boleh dibancuh menjadi minuman. Minum sejuk-sejuk, perghhh...nyaman!
Perfume ni best sangat. Spray kat baju, lama tahan
Ni kedai yang lain pula. Kedai ni best sebab oppa tu tahu apa itu "halal". Dia siap cakap lagi, "I learn. I know halal. You can eat this. This one cannot. Not halal". Sebab tu la kami bergambar dengan oppa ni depan kedai dia.
Selesai membeli lebih kurang (sebab target shopping last day nanti di Dongmun Markert), kami singgah ke Hyeopjae Beach. Pantai ni tahun 2018 dulu kami pernah singgah juga. Rindu kot, tu yang ulang pergi sini. And sebab free tak ada entrance fee, so boleh la repeat. Hehehe.
Nasib baik ada prop, selendang kuning. Warna baju dah nak sama ngan warna laut.
Yeay! Unni masih ingat pada kita orang, walaupun sesi pengenalan diri seperti ayam dan itik. Campur-campur cakap English dan Korea. Dia marah kenapa kali ini kami tidak menginap di rumahnya. Nasib baik kami pandai pujuk. Kami bagitahu kami nak rasa experiance di tempat baru pula.
Baik hati unni, jamu kami dengan hot toast bread, lawan dengan her own homemade orange jam. Plus hot coffee in the middle of cold weather.
Selesai membeli serbuk kopi, kami terus ke hotel. Untuk malam keempat ni, rate kami dapat dialah 73,504 won, lebih kurang RM258. Memandangkan ini malam terakhir kami di Jeju, selepas check-in kami terus bergegas ke Jungang Underground Shopping Centre. Nasib baik hotel kami dekat. Malam terakhir ini la pulun beli mask, beli Nature Republic punya skin care. Beli perfume. Macam-macam produk kecantikanlah kami beli. Kalaulah pergi Seoul ni, tak tahulah berapa kilo luggage nak bawak balik skin care.
Ahjusi ni best. Kau beli satu barang, mintak barang free confirm dia bagi. Kau bodek lebih sikit, lagi dia bagi free! Hahahaha. Serius, try la!
Nasib baik ada prop, selendang kuning. Warna baju dah nak sama ngan warna laut.
Cantik betul pantai-pantai kat sini. Jatuh chenta!
Walaupun ini adalah tempat yang kami pernah pergi, tapi masa berposing tetaplah lama ya rabbi! Selesai posing kami teringat pada unni yang pernah kami bermalam di homestaynya pada tahun 2018. Hanya 5 minit sahaja dari Hyeopjae Beach. Maka, kami sepakat untuk singgah ke rumah unni. Kalau nasib baik, dapat beli orange jam yang unni buat sendiri.
Yeay! Unni masih ingat pada kita orang, walaupun sesi pengenalan diri seperti ayam dan itik. Campur-campur cakap English dan Korea. Dia marah kenapa kali ini kami tidak menginap di rumahnya. Nasib baik kami pandai pujuk. Kami bagitahu kami nak rasa experiance di tempat baru pula.
Baik hati unni, jamu kami dengan hot toast bread, lawan dengan her own homemade orange jam. Plus hot coffee in the middle of cold weather.
Unni buat orange jam ni. Kami nak beli. 1 balang tu lebih kurang 1 kg. Unni tengah terangkan nanti dah sampai rumah, panaskan balik. Simpan dalam peti. Yang dia buat ni tak ada campur apa-apa bahan, jadi kalau simpan sebarangan nanti cepat rosak. Oh, thanks to google translate. Walaupun bercakap macam ayam dan itik, tapi komunikasi dua hala kami tetap berjalan dengan lancar!
Korang kalau nak stay nearby Hyeopjae Beach, boleh la try homestay unni ni,
Jeju Again Olle Pension.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeju City memandangkan pada malam keempat ini kami akan menginap kembali di The Staz Hotel Jeju Robero. Sebelum sampai ke hotel, kami singgah sebentar di Anthracite Coffee Roasters untuk mencari serbuk kopi kiriman abang ipar den. Hehehe. Cafe ni design dia macam wow jugakla bagi yang berjiwa seni.
Tepi bangsal orang pun nak posing jugak
See, dia punya interior design. Wow sangat kan.. Dalam barn ada coffee shop. Gittew
Ahjusi ni best. Kau beli satu barang, mintak barang free confirm dia bagi. Kau bodek lebih sikit, lagi dia bagi free! Hahahaha. Serius, try la!
Kedai uncle ni senang je nak tuju sebab dekat dengan gate yang last sekali. Gate 12. Bukan main lagi dia promote diri dia "saya kacak, awak cantik". 😑
Orang last keluar dari Daiso. Brader tu dah pegang pintu dah oii, korang tak reti-reti lagi nak keluar? 😆 Balik ke hotel terus packing beg memandangkan esok pagi-pagi lagi nak checkout dan nak singgah ke Dongmun Market.
Perbelanjaan (roughly) seorang untuk hari keempat:
Seogwipo Maeil Olle Market = Ikut poket sendiri
Hyeopjae Beach = Free bebeh!
Jam Oren Unni = 20,000 won
Anthracite Coffee Roasters = Singgah anik gambar je, yang beli orang lain
Jungang Underground Shopping Centre = Ikut poket sendiri
Daiso = Ikut poket sendiri
The Staz Hotel Jeju Robero = 18,376 won
Total = 38,376 won (lebih kurang RM135)
0 comments:
Post a Comment