Friday, April 3, 2020

Taman Herba Nasuha

Guys, nak bagi tau ni. Entry ni duk dalam draft sejak tahun 2015 lagi. Ko bayangkan sekarang dah tahun 2020. Lama mana peram! Kalau peram arak ni, harga dah tinggi sikit sebab dah 5 tahun 😆. Kononnya entry ni nak publish awal tahun 2015 haritu. Tapi sampai kesudah duk dalam draft. Bila dah buka balik blog ni, selongkar balik, okala..kita kasi publish la entry ni. 

Masa ni keja kat klia2. Boss nak buat office trip. Light light je, jalan-jalan, makan-makan. Kami kat unit ni ada 10 orang je termasuk boss (Al-Fatihah untuk arwah boss saya yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Julai 2019). Unit kecik je, tapi happening sangat-sangat!! 

Setelah dipersetujui, 5 Disember menjadi tarikh pilihan memandangkan belum ramai lagi yang bercuti. Tempat yang kami pergi ialah Taman Herba Nasuha yang terletak di Pagoh, Johor. Keluar je tol Pagoh, belok kiri. Jalan tegak dalam 3km, dah nampak Taman Herba Nasuha di sebelah kiri anda. Ladang ni luas sangat tau, kalau google dia kata seluas 3,200 ekar dan ia merupakan ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia. Haa...kelas kau! Pernah dengar rempah Mak Siti? Haa, kat sinilah kilang dia. 

Kat Taman Herba Nasuha ni, kami di bawa mengelilingi sekitar ladang dengan menaiki traktor ajaib ni. Nak jalan kaki memang tak terpergi satu ladang ni sebab luas sangat. Di sepanjang perjalanan kami diterangkan dengan tanaman herba serta khasiatnya yang ada disekitar ladang ni. Siap berhenti kat satu tempat tu untuk rasa pucuk pokok yang ada. Banyak pit stop jugak orang ladang ni bawak kami kenal pokok-pokok yang ada. Habis je trip melawat sekitar ladang tu, kami di bawa ke cafe Taman Herba Nasuha. Kami di jamu dengan Nasi Briyani Herba. Perghhh, bau rempah daun tu semerbak sangat. Rasa? Tak payah cakap banyakla, memang sedap sangat!! Harap maaf ye. Gambar nasi briyani takdan nak snap. Lapar sangat. 

Ni office mate saya, namanya Adam. Ore Machey, Klatey. Kalau Mat Adam ni yang bawak, memang haru! Takut melencong ke tempat lain. Kalut sokmo! Hahaha

Naik traktor ajaib ni la keliling taman herba. Nanti sepanjang kiri kanan jalan dia bagi tau, ni pokok apa..khasiat dia.. Best la bawak budak2 jalan sini


Inilah rakan sekerja kami, bersama keluarga masing-masing. 
Yang tinggi berdiri hujung di sebelah kiri yang pakai baju kelabu tu lah boss kami (arwah). 
Masa ni adik-adik lelaki semua bujang lagi. 
Sekarang pakat dah ada anak 1 dah masing-masing.  

Selesailah part jalan-jalan kat Taman Herba Nasuha ni. Habis agenda makan-makan kenal pokok-pokok kat sini kami meneruskan perjalanan menuju ke kampung boss di Muar. Sebenarnya, kat Muar ni lagi banyak agenda makan-makan kita orang. Boss bawak kita orang makan mee bandung, cendol. Malam tu kami makan ikan bakar kat muara. Esoknya pulak boss bawak kita orang makan satay. Tapi sebab tak ingat nama tempat, maka saya tak cerita banyak la part kat Muar tu. Apapun, kenangan bersama boss  dan rakan sekerja tu yang best. Semoga ukhwah sesama kita kekal terjalin hingga selamanya.

*Al-Fatihah untuk Tuan Basir. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 


0 comments:

Post a Comment