Monday, March 21, 2011

Bangkok Part 2

Day 2
13 Mac 2011


Seawal jam 7 pagi dah bangun. Eh, awal la tu..6 pagi waktu Mlesia wokey! Huhu, kalau menurut agenda, harini nak terjah Chatuchak dan Platinum. Macam mana ek rupa Chatuchak ni? Ala2 macam Wakaf Che Yeh arr kat Kota Bharu nun. Huhu..tapi hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Jumaat barang masuk kat pasar ni, Sabtu and Ahad hari jualan. Ok, moh layan gambor.


 Ni lorong hotel kami. Hotel kami di sebelah kiri anda. Tu depan tu yang nampak bangunan tu ialah Pantip IT Mall, ala2 macam Low Yat ler..jual barang2 IT. Sbelah kiri skit tu Platinum!! Hohoho




 Ni lorong hotel kami, Soi Petchaburi 17




 Haa..teringin nak beli dadah..?? Drug store banyak kat sini. Merata ada. Kalau nak, singgah je la..pastu cakap drug mende ko nak..Kikiki..ni farmasi la wei!




 Mana satu harus di tuju..?? Ikut suka hati ko la!! Now aku nak gi bekpes dulu! Jom ikut!



 Ni la restoran yang aku citer smalam. Mak Yah. Sebelum Mak Yah, ade Faridah. Sederet je kedai2 ni semua.


Lepas Mak Yah, korang akan jumpe Bunga Tanjong. Menurut kata Wan, Bunga Tanjong ni anak syarikat Mak Yah..ok, dah dekat ni tempat makannye..Ala, lorong yang aku dinner smalam la, tapi ni nak gi bekpes. Kedai lain di lorong yang sama.


Lepas jalan skit dari Bunga Tanjong, korang akan nampak Petchaburi Soi 7 ni. Masuk lorong ni la kalau nak dinner ke, bekpes ke..warong kita orang nak makan tu tepi jalan ni jer..




 Kan aku cakap lorong ni lorong muslim. Siap ade masjid lagi! Usah khuatir, di jamin halal! 




 Taddaa!! Our breakfast! Roti bakar!! Nyum2!




 Ok, selesai bekpes jom kita bakar kalori dan lemak2 tepu ni bergerak2 khas ke stesen BTS Ratchathewi menuju ke...


 MO CHIT!!! Atau ke Pasar Chatuchak! Hehehe




 Sian orang tak kuat jalan. Kaki dah melecet!! Huhu..seb baik aku wife yang berdedikasi, siap bawak slipar dia lagi dalam beg. Seb baik! Kalau tak, lunyai la kaki Mr.Peja..




 Tu, yang bumbung2 yang korang nampak tu..itula Pasar Chatuchak!! Ha..amik ko!! nak tawaf semua tu..? Glupp!!!






 Ko tengok tu..lom sempat tawaf dah haus nak air..tapi wa cakap sama lu, ini jus limau..100% limau maa, takde campur air wokey!! Licin kulit mak spanjang berada di Bangkok! Muakakaka. Masa ni awek siam tu siap cakap siam lagi ngan aku. Huhu, aku nganga dan senyum je la. Muka aku same ke cam Siam..??




 Ok, sempat snap 2 3 keping gambor je spanjang melakukan upacara tawaf Chatuchak ni. Kamera dah tak hingat dah! Rege..?? Memang untung aku tak membeli belah kat Patpong. Sini lagi best woo rege dia..hehe


Lunch time!! Nyum3!! Ni satu2nya halal food kat dalam pasar Chatuchak ni, so harganya harusla agak mahal sikit ye tuan2 dan puan2 sekalian.


Lepas jenjalan Chatuchak, kita orang ronda JJ Mall plak, sbelah pasor tu je..time ni kaki dah lunyai rasanya. Pinggang aku pun dah berdenyut2 lenguh! Rasa cam nak suruh Mr.Peja pijak2 je. Huhu..tapi kat mana plak aku nak landing ye..? Adeh! So, on the way p JJ Mall tu mata terlayan la plak juadah2 yang ade..tak berapa nak buka selera..


 Pisang bakor..ni halal, tapi aku musykil plak, kang yang pembakor tu lepas dia bakor pisang buatnyer bakor mende lain..?? Huhuhu..jeling je la..




 Kreatif diaorang ni, dalam nangka di sumbat pulut..pun macam sedap..tapi tak berani nak try..sebab ape tak berani..?? Sebab sbelah kedai ni ade jual...
*

*

*

*

*

*

*
Tadaa..korang nak?? Aku blanjer! Muakekeke..kembang semacam je tekak aku masa ni. Korang tak prasan lagi mende ape..? Tu ade lobang idung tu..mende tu?? Vavi wokey




 Layankan ajer..huhu


 Ni kat muka pintu JJ Mall, dah tak tahan..duduk jap! Si Wan punyer la baik ati, amik gambor kami laki bini..last2 kami singgah tempat best woo!! Lepak sana sejam! Syiokk korang! Service diaorang memang bagus la uolls..
*


*


*


*

 FOOT MASSAGE!!! Very heaven!! 180 bhatt je sejam wokey! RM18 sengaja! Layan picit kaki aku sampai tertido kroh kroh!! Huhu, lepas tu baru bertenaga kembali. Sambung rempit balik..! 




On d way balik tu ternampakla menatang ni. Alolo, kiut weh! Jual lambak jer! Macam jual arnab kat Pasar Malam Putrajaya ni je aku nengok! Kalo la boleh pegang..mau aku sekeh2 je kepala sekor2, sebab kiut! Huhuhu

Konon bajet2 macam setengah hari je kat Pasor Chatuchak. Pastu petang tu ingat nak singgah Platinum. Skali sampai ke senja korang!! Huhu..lari timing!! Platinum Mall ni tutup pukul 7pm. Adeh! Cepat nau tutupnyer. Geram aku! So, malam tu kitaorang attend wedding Malaysian guy from Shah Alam ni kat hotel kami. Petang smalamnye dia jemput kami. Terserempak kat lif. Langsung dia ngajak. So, orang dah jemput, kene la p.. Tak baik kalau nolak. (Dapatla makan free malam tu! Memang gasak abis2an..huhu) Sebelum attend wedding kami berkejar2 ke Hotel Asia untuk booking trip nak ke Floating Market esoknye. Rege orang tu kasik 550 bhatt untuk p floating market. Okla, so moh layan gambor Naz kawin. Tahniah Naz!!

 Ni wife dia..Bangkok mari!!


Inilah kami bertiga yang selekeh kepenatan dan busyuk selepas merempit sakan one whole day!

Sampai je kat bilik, masing2 terus kroh kroh kroh!!!

0 comments:

Post a Comment