Thursday, March 24, 2011

Bangkok Part 3

Day 3
14 Mac 2011


Hari ke 3 kami di Bangkok. Esok awal2 pagi dah nak balik. So, ni kiranya last day la kami nak rempit sakan! Seawal jam 6 pagi waktu Bangkok kitaorang dah kluar dari hotel. Tunggu van dari Hotel Asia pickup kami untuk join the tour ke floating market. Dari Bangkok ke floating market amik masa lebih kurang 75 minit. So, sepanjang dalam van kami bantai tido..kroh..kroh..Bekpes?? Hehe, aku sumbatkan dalam beg roti jagung sketul sorang. Roti tu bawak dari Mlesia tau! Hehe. Mineral water kene la bawak..itu wajib! Kang haus kang..takyah la ko nak beli lagi air berbotol2.


Ok, dah sampai! Ni bukan market lagi tau. Kene naik bot besor ni dulu. Dalam 20 minit redah tali air baru la sampai ke floating marketnya.


Amik turn ye anak2 sekalian. Jangan tolak2..huhu




Ni la dia floating marketnya! Dapat jugak aku merasa gi sini. Huhu, dalam banyak2 tempat sini gak aku aim. Sebab kat tempat kita takde. Kalau wat or candi or kuil tu tempat kita pun banyak. Huhu... Bila sampai sini, kalau korang nak naik paddle boat tu kene bayor 150 bhatt. Nanti orang dia akan dayungkan kita susur sungai ni. Aderla dalam stengah jam kut. Spanjang masa ko dalam paddle boat tu, kalau korang nak membeli bolehla suruh pakcik tukang kayuh tu stop kejap. Aku tak membeli pun, banyak layan the scenery je..Lagi pun dalam floating market ni mahal kalau nak membeli. Kitaorang just beli buah mangga n pisang bakor. Huhu, syiok layan makan sambil berdayung!

Tu dia, macam2 beg ada..berkenan, bolehla rembat! 

 Ada jual buah2..harga untuk makanan ok lagi..masih murah..

Kalo dah masuk pukul 11 tu, sungai ni akan jadi crowded ngan paddle boat tu. Sampai berlaga-laga. Di tambah pulak dengan cuaca panas terik, perghh, complete package!! So, make sure korang pakai baju nipis yang boleh serap peluh. Kalau ade topi, bawak la skali. Memang ala2 sun bathing you! Mat ngan Mek Salleh suker la berjemur, kita ni..? Macam udang kene bakor ko! Huh. Lepas spend masa lebih kurang sejam lebih kat sini, kita orang gerak semula ke Bangkok. On d way balik tu singgah jap kat pusat ukiran. Macam2 depa mengukir..buat hiasan, furniture..comey2 uolls! Kita orang layan je la. Nak membeli tak mampu. Huhu
 
Uolls tgk tu..dari sebesor2 kayu diaorang potong potong pastu ukir. Daya kesabaran dan ketelitian kene tinggi nak buat mende ni..kalau orang macam aku ni buat? Boleh bawak ke laut la jawabnyer..


 Hasil tangan mereka yang sabar


Lepas layan ukiran ni  semua, kitaorang pun sambung balik perjalanan ke Bangkok. Sepanjang dalam van, mestila kitaorang tido kroh kroh dengan jayanya! Sampai ke Bangkok dah lepas waktu lunch. Apa lagi, terjah kedai makan la beb! Kedai ni kalo tak silap aku kat Soi Petchaburi 5, bersetentang dengan bangunan Diamond Bangkok. Tokey kedai ni kawan ayah Wan. Huhu..makanan kat sini sedap2 wei. Aku jatuh chenta sama sambal belacan dia. Siap bungkus tu 100 bhatt, wat bekalan balik Mlesia. Huhu


Kalau tak silap aku Soi Petchaburi 5..yang 5 tu kompem la..yang tulis2 Siam tu tak brapa nak kompem! Sila rujuk kamus ye anak2 sekalian


 Kedai makan ni setentang ngan Diamond Bangkok



Lauk pauk...lapar la pulok! 



 
Ni sup ekor skali ngan kulit2 ko! Tapi apa2 pun SODAP!!! 



 Ni bini tokey...tokey masa ni tengah solat. Bila kita orang dah nak gerak baru tokey kluar..terlupa plak snap gambo tokey..




Hua hua hua...aku yang kekenyangan!!! Licin seh!!! Tu baik punya tengah layan teh..sllrrpp, ahhh!!





Brader yang pakai vest oren ni..bukan fashion dia tau pakai macam tu gi kerja..or bukan sebab dia nak menjaga keselamatan dia dengan memakai warna2 terang..tapi supaya memudahkan orang2 keliling stop motor dia untuk tumpang gi destinasi yang orang tu nak.. ni kiranya macam mat2 rider la. Perkhidmatan berbayar wokey. Aku suka Bangkok. Bandar yang penuh dengan public transportation. Ada bas, tuk-tuk, teksi, van..motor pun depa guna jugak. Kan bagus kalau tempat kita pun amalkan mende ni. Cepat skit nak gerak dalam kesesakan jalanraya di kota metropolitan KL tu. Tahan je mat motor, cakap nak gi mana2. Tapi tula, orang kita ni jujur tak? Kutnye anak dara yang tahan...kang takut kene tinggal tepi jalan separuh vogel je..owh, ngeri2. Tapi orang dia jujur. Mek2 Siam elok je berpaut ngan brader rider ni. Kalau kita tersalah bagi duit masa membeli pun, depa akan pulangkan semuala bakinya. Huuhu

Lepas selamat menjamu perut, acara seterusnya ialah rempit lagi ler..kuikuikui. Kali ni Wan nak bawak kita orang kat lorong2..jangan risau. Bukan lorong Haji Taib wokey! Ni lorong baek punya! 




 Landmark: Ade patung besor..



 
Ni la lorong2nya. Huhu..kat sini murah2 jugak. Sesuai la nak membeli untuk bajet2 ciput macam kami ni. Kita orang beli souvenir kat sini and aku borong baju Naim ngan Iman. Murah2 n kualiti superb! Tak macam kain China.



Air delima..sedapp!! PURE ORI wokey!  Sebotol 20 bhatt je


Selesai ronda2 lorong ni, kita orang terjah menuju ke Mah Boonkrong atau nama glamour dia MBK! Dari lorong tadi tu kita orang naik tuk-tuk. Memang sepanjang kami kat sini tuk-tuk la pilihan utaman. Walaupun mahal kalau nak dibandingkan dengan teksi, tapi kita orang naik juga sebab kat tempat kita takde! Hehe..sronok wei naik mende ni..berangin je! Kat MBK kita orang ronda2 skit. Tujuan utaman ke sana ialah untuk makan malam. Malas dah nak jalan kaki jejauh ke Soi Petchaburi 7, tempat biasa lepak makan kitaorang.


 Tawar menawar itu perlu ye..kalau 100 - 120 bhatt kira ok la lagi. Kalau depa taram sampai 200 bhatt kim salam je la..baik naik teksi. Tapi kita orang memang suka naik ni!


Ni kat dalam MBK. This is the King of Thailand. Lembut je kan air muka baginda. Aku pun tetiba rasa macam tersayang pulak kat King ni. Depa memang respect ngan sayang abih kat King depa. Mana2 pergi banyak terpampang gambar King. Gambor King masa budak, gambor King tengah amik gambor. Jangan tak tau, King ni seorang yang cinta pada foto. Mana2 dia pergi mesti bawak camera and note book. Dalam teksi yang weolls naik pun ade gambor King.

Untuk makan kat sini, firstly uolls kene beli coupon dulu. Belila dalam 200 bhatt ke. Ikut suka uolls la. Food court kat level 5. Yang aku nampak ngan mata keranjang aku ni satu gerai je yang ade logo halal, iaitu gerai no.21. Kalau ikut kater otai2 dalam cari.com, ade dalam tiga kut. Gerai no. 21 tu jual nasik ayam, mee sup, kuey tiaw sup. Bolehla... dari takleh makan langsung. huhu





Lepas makan, balik hotel. Mandi2 kasik badan fresh, tunaikan apa yang patut pastu sambung lagi rempit..!! Time is very limited! Malam ni jela nak perabih beli mende2 yang takde lagi. Kali ni kitaorang pulun beli kat pasar malam area blakang hotel je.



Lupa nak bagi tau...kami tukar RM to Bhatt kat sinila. Lagi bagus ratenya dari Mlesia. Tukar Bhatt sikit je kat KL. Kitaorang tukar dalam 200 hengget je. Pastu siap request lagi nak duit kecik2. Untuk buat duit tambang n bayar hotel. Selebihnya kami taram kat sini. Ni kat jalan blakang hotel kami (wah, kaya ko..ade hotel skarang??)



Pasar Malam




 
Layan Som Tam pulak..ori from Bangkok! Huhu


Ada ketam lagi uolls...

Sampai je hotel, makan Som Tam, pastu kemas beg la pulok!! Sumbat segala hasil dagangan! Sudahnye pukul 2 pagi waktu Mlesia baru sudoh! Esok pepagi dah nak pulang ke tanahairku!! O yeah!

0 comments:

Post a Comment