Sunday, January 6, 2013

Iman cherry-berry mun

Uhuhuhu, hari minggu yang tak best untuk permulaan tahun 2013. Iman kena cirit-birit dan muntah-muntah. Untuk glamer, tajuk entry bunyi macam best je kan? Cherry-berry gittu. Hehehe. Alkisah kejadian berlaku pada hari Sabtu. Bangun dari tidur pagi tu, Iman dah bagi tau nak muntah. Biasanya muntah tu maksudnya nak buang kahak. Ok, layankan aje. Masuk toilet dia bongkok uwek-uwek sikit, keluarla kahak. Ok, settle. Dalam pukul 10 pagi, siap-siap nak sarap kat mamak. Tengah tunggu order, dia cakap lagi nak muntah. Saya suruh dia ke tepi tangga nun. Sekali dia duduk mencangkung, terus keluar muntah membuak-buak. Alahai anak. Bikin hati ummi gusar! Lepas muntah, takde selera nak makan. Minum air pun tak habis. Kalau tak, gelas orang lain pun dia sedut! Hehe. Balik rumah muntah lagi 2 3 kali. Last sekali lepas Maghrib. Kebetulan, mama ngan ayah datang dari Besut and stay kat rumah Miz Elle di Putrajaya. Lepas solat and settlekan Iman, kami terus ke Putrajaya.  Kat rumah Miz Elle, Iman buat projek berak-berak lak. Berak cair. Aduhai...anak Ummi. Suap makan tak mau. Tapi still lagi aktif, nak main dengan sepupu-sepupu dia. 

Mama sibuk suruh bawak pergi emergency kat Hospital Putrajaya memandangkan waktu tu dah dekat pukul  10 malam. Kalau pergi hospital, nak nunggu satu hal. Dari pukul 10 malam ntah-ntah menunggu sampai pukul 2 pagi pun belum tentu. Saya BBM kawna-kawan tanya area mana klinik yang bangus kat Putrajaya ni. Most of them suggest untuk ke Klinik Lita Alis. Selalu juga dengar nama klinik ni, tapi tak pernah pun sampai. 

Muka tak bermaya. paksa juga makan, tapi tak habis.

 Lepas tanya kawan-kawan, akhirnya malam tu sampai juga di Klinik Lita Alis, Presint 9

Iman sampai je kat klinik terus terkam kuda-kuda yang cumil ni. Kreatif sungguh. Memang menggoda kanak-kanak. Biasanya klinik akan sediakan ruang bermain kat bahagian belakang klinik. Ini dia lambakkan kuda-kuda kat depan tu je. Saya suka konsep macam ni. Anak-anak boleh main, and parents boleh perhatikan dari kerusi menunggu tu je. Tak payah nak gi mari. 



Mak jugak tetap nak posing. Anak ke laut mana ntah. Takde mood.

Dapat ubat angin, tahan muntah, cirit-birit and air garam. Semua sekali total RM38. 
Harap-harap serasi la Iman dengan ubat ni ye nak.

Dari klinik, terus je balik rumah. Makan ubat, terus zzzzzz. Penat tu, takde tenaga. Muntah and berak je. Makan tak mau. Hari ni, asyik berak sampai kluar air je. Takde mende dah nak kluar. Muntah dah stop. Malam sebelum kejadian, Iman makan fries kat rumah. Lepas tu tak makan apa-apa. Sebab fries kah? Atau dari nursery? Hmm...musykil. Ummi doakan anak-anak Ummi sihat semuanya. Huhu, risau hati tengok anak sakit-sakit macam ni. Cepat baik ye Iman...


4 comments:

Puan Nemo said...

hehehehe..rupanya satu opis kite...dh lame follow boleh plak xcam..hihihihih

Cik Mek said...

Hahahaha..kan?? Kita ade ke tercongok kat bawah tu...hari-hari lalu. Thanx sudi baca blog ni..yela, kadang banyak merapu dari yang betulnye..kekeke

Miz Elle said...

uit, tido dgn seluar hawaiee ke... hehe.. canner? baik dh? kakak sofea lak cherry kat sekolah hari ni.. balik mmg power kow2 bau.. tup2 cherry dlm seluar.. haduhai.. boleh tu dia tak moh membuang kat sekolah.... fenin.

Cik Mek said...

seluar bunga2 hawaiee buat tidur kejap je sebab tengah dia sedap tido tu dia boleh bezak..cair pulak tu..meleleh smpai ke lantai, daku pun terkena tempiasnya juge..harini pun still bezak2 lagi kat nursery...musim ke mende ni eh? anak saing aku kt opis ni pun baru start muntah2 ptg tadi

Post a Comment