Friday, January 11, 2013

Kos amah meningkat

Hampir mencecah RM 7K! Sebelum ni RM 4.5K. Perghh! Kalau buat gelang tangan ni dah dapat yang 40 gram kut. Pelaburan! Untung! Ni nak melabur duit sebanyak RM6,700 kat orang yang belum tentu lagi dijamin 100% superb hebat berkualiti perkhidmatannya, rasa macam satu ‘pelaburan’ yang tak terjamin! Dah berhabis bergolok gadai ribu-ribu ringgit, sekali dapat amah yang pengotor, lembab, dungu dan seangkatan dengannya. Tu belum masuk lagi katogeri amah yang nak menggatal merenyam, pemalas dan juga yang jenis panjang tangan! Ada macam-macam katogeri. Tak berbaloi habis ribu-ribu dapat amah jenis ni. Saya rasa dalam 15% je kot yang bertuah dapat amah yang baik hati, kerja cekap, rajin, bersopan santun, amanah dan semua yang baik-baik tu. Lagi 85% tu yang tak boleh di harap.

Hak lagi sakit hati, dalam berita asyik geng dia jela yang kena dera. Yang majikan ni pun ada juga kena dera ngan amah tau. Dera cara halus! Abih, kalau dapat amah pemalas, last-last majikan juga yang kena buat keja. Yang jenis panjang tangan, majikan juga yang naya. Yang jenis gatal merenyam, gayut kat telepon tinggal anak majikan sendirian, tu pun masuk jugak dalam katogeri mendera majikan sebenarnya. Cuba bayangkan, kita tinggal anak-anak kita dan urusan rumah tangga yang lain pada amah dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Kawan-kawan rasa betul bendul ke dia orang nak pulun bekerja dalam tempoh 12 jam tu? Takda maknanya! 3 4 jam je yang betul, yang lain semua ke laut. Sebelum pukul 7 pagi memang dia orang dah bangun, buat-buat sibuk klentung kelentang kat dapur. Elok kita keluar rumah, dia pun terbongkang sambung tidur! Lepas tu melantak, tengok sinetron. Anak-anak kita pun bukan dia urus betul. Dah dekat kita nak balik kang, barulah berseri, wangi dengan bedak bertampal penuh satu pipi. Malam masuk tidur awal. Alasan, "esok mau bangun awal pagi buk."

Ni semua antara pengalaman yang dikongsi oleh saudara mara juga sahabat handai. Saya setakat ni masih belum menggunakan perkhidmatan amah. Masih mampu lagi menguruskannya sendiri walaupun tidaklah sesempurna mana. Padahal tak mampu nak bayor kat agensi. Balik rumah kadang dah penat, tak larat nak kemas-kemas. Mainan anak berselerak sana sini. Baju kotor takdenya hari-hari nak masuk mesin. Baju bersih bergantung kat ampaian dua hari baru angkat. Yang nak melipat lagi. Fuh! Kalau difikir-fikir rasa macam nak berhenti kerja je jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi apakan daya, nak hidup zaman sekarang ni, lebih-lebih lagi di kotaraya, kos sara hidup memang mahal. Terpaksalah daku bekerja sama untuk menambah pendapatan keluarga. Tapi apa pun, saya akan terus mencuba untuk menjadi Super Mom yang serba boleh dan cekap. 

Nak serba boleh macam mana, menjahit memang fail awal-awal lagi! :-p


4 comments:

luvly_heart said...

apahal yg bawah tu?

Nak serba boleh macam mana, menjahit memang fail awal-awal lagi!

mcm takde kaitan je ngan kandungan entri ni, hahaha...

yup, sy setuju dgn pendapat anda. lagi haru, kalau amah tadi lari dr rumah pegi ikut jantan mana2, kita yg kena bayar denda beratus2 tau! dhla kita dh burn duit beribu2 nak hire dia tu, tup2 bila dia lari, kita pulak yg kena bayar denda...

kalau fikir benda2 mcm ni, tak kuasa nak gajikan amah, anta je la anak kat nursery, lagi berbaloi dan keselamatan pun terjamin, ni ntah ngan sape2 ntah kita tinggalkan anak2 kita berjam-jam.

gileee betul kalau fikirkan pasal amah ni.. itu belum masuk yg merenyam ngan suami kita lagi, kang diguna2 pulak suami kita tu double naya je...

sy lebih suka anta anak ke nursery dan every weekend, panggil org/cleaner dtg bersihkan rumah, iron semua baju2 keje utk 2mggu terus, lipat kain yg bergunung seminggu-dua minggu tak berlipat tu... kos pun jimat bayor RM80-100 je sekali dia dtg, paling byk dtg pun 3x je sebulan... ok la kan.. :))

:)

Cik Mek said...

Muahahaha...konon nak jadi SuperMom mesti serba serbi boleh. Betul! Betul! Weekend call je yang kampeni cleaner tu, byk pakej dah skrg..ada yang tawarkan RM200 (4x datang sebulan) Jimat kan? Itu kalo nak suruh tiap2 minggu datang la..kalo tak, 2 3 kali sebulan pun dh cukup. Uhuh, menggosok dan melipat baju adalah sesuatu yang menguji kesabaran! Ekekeke..

Miz Elle said...

Bak sini daku mengambil kontrak part menjahit.. hahaha!! FOC je..

Cik Mek said...

SUKA! SUKA! Dah boleh ngantor ke..? Banyak projek aku nok wi ke mung ni..jahit sarung tilam, barut, bedung..cadar! Muahehehe. Weh, takdi singgah umah mu, COMEYnye kain Ikea tus...

Post a Comment