Thursday, January 3, 2013

Persiapan Menyambut Kehadiran Bayi

Assalamualaikum semua...Salam 1 Malaysia

Tadi tengah duk ralit belek facebook, ada la satu page ni keluarkan post pasal persiapan menyambut kehadiran bayi. Bila tengok tajuk tu, dalam kepala duk fikir...ala, ni mesti pasal barang-barang nak sambut baby baru, contohnya macam tilam, baju, diapers and such things. Tapi, bila tengok balik senarai yang dibagi, hmm...terkedu juga dibuatnya sebab benda yang kecik-kecik tu yang kita tak perasan sebenarnya. Jom share info yang saya dapat ni.

TEMUJANJI BULANAN
Klinik Kerajaan : Percuma
Klinik Swasta : RM50, RM200 bergantung kepada khidmat yang diberikan

PERSEDIAAN UNTUK WANITA / ISTERI

1. Bayaran Bersalin

  • Hospital Kerajaan : Bayaran pendaftaran dan bersalin bawah RM50
  • Hospital Swasta Berbintang (Pantai Medical Centre, Damansara Specialist Hospital, SJMC dan seangkatan dengannya) - Normal : RM5K ke atas, Pembedahan: RM7K ke atas
  • Hospital Swasta Tak Berbintang- Normal : RM1,300 ke atas, Pembedahan: RM 2,500 k atas

* Jika bekerja dengan syarikat swasta, sila semak dengan majikan anda kerana kebanyakan syarikat ada menyediakan employee benefits berkaitan hal ini.

2. Pakaian Untuk Wanita Mengandung

  • Baju mengandung
  • Pakaian dalam khas untuk ibu mengandung
  • Kasut tumit rendah - harga bergantung kepada tempat dan jenama yang dibeli. Kalau yang berjenama boleh mencecah hingga RM200. Beli yang berkualiti tak apa, asal selesa dan tahan lama. 
  • Diet khas - Semasa mengandung, bakal ibu dinasihatkan mengambil makanan yang berkhasiat. Jangan lupa juga diet lepas bersalin nanti
  • Ubat / Supplement semasa dan selepas hamil. Harga ikut jenama. Anggaran dalam RM10 (akar kayu, ubat tepi jalan, dll) sehingga RM500 (set lepas bersalin macam Amway, Nona Roguy, Sendayu Tingga dll)
  • Bayaran bidan atau tukang urut lepas pantang - Kalau kat kampung RM30 (3 kali urut). Kat KL RM50 (minima - sekali urut). Ada bidan yang buat khidmat urut, lulur, masak makanan pantang, jagalan anak semasa pantang. Kos dalam RM300 ke atas bergantung kepada jenis perkhidmatan dan bilangan hari

3. Persediaan Untuk Anak
  • Pakaian - Beli yang besat sikit pun boleh. Beli yang 100% kain kapas. Harga bergantung kepada jenama
  • Tempat tidur anak :
    •  Buai (RM50 ke atas untuk 1 set). Kalau nak jimat beli set spring sajo, ikat tali and gantung kat alang rumah. Pakai kain batik or kain pelekat pun memadai.
    •  baby cot (RM100) 1 set lengkap dengan tilam, bantal, kelambu. Nak jimat beli yang terpakai. Kena rajin survey. Kadang orang jual sebab pakai tak lama. 
    • Tidur kat bawah sajo dengan tilam dan bantal. Jangan lupa beli cadar and sarung bantal lebih skit sebab baby mungkin muntah or kencing bocor. 
  • Makanan anak:
    • Susu ibu - PRICELESS
    • Susu tin - RM40 ke atas, ikut jenama. Botol susu and berus botol kena beli juga
  • Suntikan Imunisasi dan ubat-ubatan. Kos ikut jenis suntikan. Anggaran RM50-RM150 sekali cucuk. Kalau kat klinik kerajaan PERCUMA
  • Risiko anak sakit. Demam kuning, lahir tak cukup bulan. 
  • Barangan peribadi anak - bedak, mandian, losyen, minyak, besen mandi, wet tissue dll.
  • Lampin. Lampin kain (kena rajin membasuh) atau lampin pakai buang. Kos RM20-50 bergantung pada jenama.
KOS LAIN:
  • Duit minyak dan duit poket untuk urusan ulang alik hospital dan kampung jika isteri berpantang di kampung.
  • Anak siapa jaga? Isteri yang tak bekerja jaga: PRICELESS, Mak or Mak Mertua jaga: Bayarlah ikut kemampuan, jangan asyik nak free saja. Nursery: RM250-350. Maid: Kalau nak ambil baru mahal riban-riban
  • Kenduri kesyukuran / akikah - duit kambing, duit majlis
  • Barangan lain (stroller, walker, car seat - kos: ratus-ratus jugak tu)

Kesimpulannya, nak menimang cahaya mata ni kena ready semuanya, lahiriah dan batiniah, fizikal dan mental. Barulah anak yang dilahirkan itu nanti berkualiti. Jangan kita pentingkan kuantiti sahaja tanpa memikirkan kualiti aset dunia akhirat kita itu. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak dan buat pilihan ikut belanjawan kita, bukannya ikut trend orang ramai. Tengok orang pakai brand ni nak jugak, tengok orang pakai itu nak jugak. Padahal benda tu tak penting bagi kita. Sudahnya kita sendiri yang tertiarap.  Apapun, selamat menyambut orang baru, komitmen baru dan harta baru.  Wassalam.




1 comments:

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

maaf tumpang iklan

(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

Post a Comment