Wednesday, January 2, 2013

Suka Suki BBQ


Rumah kami ni memang suka buat makan-makan. Acara makan-makan yang kerap sangat dibuat ialah BBQ. Ringkas dan mudah. Biasanya projek makan ni akan dibuat bila ramai orang kat rumah. Macam hujung minggu baru-baru ni, adik Peja satu family tidur kat rumah kami ni. So, meriahlah sikit kalau nak buat BBQ. Geng hawa akan meguruskan hal perap-memerap. Geng Adam pula tugasnya beli bahan basah, sediakan dapur pembakar dan hidupkan bara api. Tugas kipas mengipas dan bermain asap tu juga kita serahkan pada geng Adam! Muahehehe.

Idea makan-makan ni pun last minute sebenarnya. Intan (adik Peja) tidur kat rumah kami pun sebab Peja mintak tolong Bani (suami Intan) cat bahagian dapur. Lepas kerja-kerja mengecat, Peja ajak buat BBQ pulak. Semua tiada bantahan, so menjadilah projek makan-makan segera ni.  Intan ni pandai dalam bab masak-memasak. Masa belajar dulu dia amik course culinary. Selalunya dia yang akan prepare barang. Saya jadi penonton setia saja. Tapi hari tu, anak dia pulak meragam nak tidur. So, saya la yang kena siapkan. Menggelabah juga sebab memang tak tahu! Alamak, terbocor rahsia. Hehe. Rupa-rupanya senang je nak sediakan bahap perap ni. Bahan perap adalah bergantung kepada kuantiti bahan basah. Agak-agakla ye. Hehe

Bawang merah – banyak pun takpe, makin sedap
Bawang putih – sikit sajo, kalau banyak nanti hangit
Halia – sama prinsip macam bawang merah
Serai – sama prinsip macam bawang merah
Kunyit , jintan manis, jintan putih – saya guna yang serbuk je
Lada hitam
Garam
Gula

Kesemua bahan-bahan tadi di blend. Perghh….semerbak bau!! Lumur pada bahan basah. Perap sekurang-kurangnya sejam. Kalau dapat perap lama, lagi sedap. Ok kawan-kawan, selamat mencuba.



Ini la Intan. Master Chef keluarga kami. Hehehe

Cerah cuaca malam tu. Bulan terang! 

Yang gegirl sebelah tu ialah Insyirah, anak Intan.



2 comments:

luvly_heart said...

Takdok pulok butang LIKE nak LIKE ni... hehehe :)

Cik Mek said...

Muahehehe...kena create 1 nih

Post a Comment