Thursday, January 24, 2013

Inside the womb

Salam Maulidur Rasul semua. Setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW. Cuti-cuti macam ni sure ada je aktiviti kan? Ada yang gi jalan-jalan, tak kurang pula ada yang duk kat rumah je. Kat sini hujan dan mendung je dari semalam lagi.  Pagi tadi kami keluar gi Poliklinik An-Nisa'. Hehehe, nak skodeng baby. Hopefully baby bagi kerjasama yang sangat baik. Kasi tunjuk muka and gender. Ummi nak beli barang pun tak syiok sebab tak tahu gender (Aritu konon tak nak tau. Takpe kalau tak tahu pun. Ni ngada-ngada pulak nak tahu! Memang dasat takleh tahan napsu! Hahaha). Booking online kat 3D 4D Scan Malaysia siap-siap. Oh, ya! Charges akan naik selepas Chinese New Year ni ye. Dari RM100 menjadi RM120. Naik RM20 je pun. Adala upgrade skit. Dari gambar print hitam putih, akan dapat 1 gambar print saiz 4R, colur punya! Tapi saya rasa masih berbaloi kut dengan servis yang di berikan. Superb. The Sonographer sangat baik, ramah dan detail. Thank you Miss Jezzlyn kerana tak jemu-jemu godek perut saya ni sebab baby saya ni sangatlah pemalu. Sorok muka habis. Tak cukup tangan, ngan kaki sekali dia cover muka. 

Lokasi Poliklinik An-Nisa' ni opposite Giant Seri Kembangan dan sebelum Jusco Taman Equine. Kalau kawan-kawan dari Puchong/Putrajaya, lokasi klinik terletak di sebelah kiri anda. Kalau dari Serdang/Seri kembangan, klinik akan berada di sebelah kanan.  Sampai klinik, terus cakap kat orang kaunter tu, ada appointment 4D dengan Miss Jezzlyn. Tak lama pun tunggu, terus nama daku di panggil. Huhu, berdebar-debarla pulak nak ngintai orang dalam ni. Bismillahirahmanirrahim...

*

*

*

*

Ala.....sekali baby tak mo tunjuk sangat muka dia...

 Tengok tu, tutup pulak muka dia. Sedap tidur la tu

*

*

*

*

Godek-godek sikit, kaki pulak naik


*

*

*

*

Godek lagi...sekali dia kasi silang pangkah daa!!


*

*

*

*

Miss Jezzlyn godek lagi. Pujuk-pujuk baby. Sekali dia bagi penumbuk ngan tapak kaki!! Tu dia! Amek kaw! Marah betul orang kacau dia tengah tidur.


*

*

*

*

Giliran Ummi pulak pujuk, gosok-gosok perut skit, akhirmya dia turunkan kaki dia tu. Tapi tangan still kat muka.



*

*

*

*

At last, dia kasik jugak tunjuk muka dia...

Muka sebijik macam muka Abang Iman. Hidung kembang! Hahaha..ikut hidung daku la ni. Baby agak tembam. Miss Jezzlyn pun cakap.."waa, your baby chubby la!!"

Gender..? Hehehe, tunggu bulan April nanti eh..? Biarlah rahsia. Ececece, fefiling Dato' Siti Nurhaliza la pulek nak berahsia. Kikiki. Okay kawan-kawan, kepada yang bekerja esok, selamat bekerja ye. Jaga opis elok-elok. Daku cuti! Bawak anak jalan-jalan. Nanti update okay? Take care, wassalam.


3 comments:

luvly_heart said...

wahhhh...best3... :)))

daku masih bekerja esok... pagi gi checkup jap, ptg masuk ofis la kejap, setel2 brg2 sikit bawak balik, hahaha... :)

susah gak overdue ni, serba salah nak cuti ke, apa ke..jenuh asyik nak cari MC je, nak jale pun tak larat nak bowok badan doh weh... huhuhu...

Cik Mek said...

Kih kih kih..selamat berkeje!! Huhu..malas je kan nak masuk opih. Masa time Iman dulu gittu la..hari2 gi klenek buat muka tok cekak, awo nok ko MC..kikiki

Mijoe said...

Subhanallah! Murah rejeki Cik Mek...excited pulok ambo tengok bakal anak Cik Mek ni.. :)

jaga kesihatan hokey! :)

Post a Comment