Wednesday, June 25, 2014

Atasi Kolesterol dengan Phytocol ST

Psstt, nak bagi tahu ni. Lebih dari 6 juta rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kolesterol tinggi? Mungkinkah anda salah seorang daripada mereka? Awas kawan-kawan. Dahla Malaysia ni the best dalam bab makanan. Nak masakan Melayu ada, Chinese ada. Indian ada. Arabic food pun ada. Japanese, Korean, Indonesian food memang senang nak cari kat negara kita ni. You name it, semua ada. Tahukah anda, American Heart Association menyarankan pengambilan kolesterol adalah tidak melebihi 300mg sehari?  


Kita kat Malaysia ni terlebih-lebih mg yang diambil. Pulak tu dah jadi habit orang kita, pagi petang siang malam makan makanan yang berat-berat. Supper amik sup kambing cicah roti pulak khen? Pergh! Mantop kolesterol! 


Ramai yang tahu, kebanyakan makanan yang ada lemak haiwan mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan yang kita ambil seperti keju, kuning telur, daging, ayam dan udang. Sebenarnya, kolesterol ni memang dah dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ia di hasilkan di hati. Kolesterol ni berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D dalam badan. Bukan kata tak perlu langsung kolesterol. Dia pun penting juga untuk sistem biologi badan kita, cuma kalau berlebihan tu, parahlah.





Bila plak terbentuk pada arteri, saluran darah menjadi sempit dan menghalang pengaliran darah ke seluruh badan. Jika ini berlaku berhampiran dengan organ penting seperti jantung, ia akan menyebabkan masalah serius seperti serangan jantung yang boleh membawa maut.

Jika arteri yang menyalurkan darah ke otak pula tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras dan rapuh kesan daripada plak yang memenuhi arteri. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.


Sudah semestinya kita tidak mahu kolesterol jahat ni termendap dalam salur darah kita. Kepada mereka yang ada masalah kolesterol tinggi walaupun badan ramping dan kurus, haa..jangan risau. Kini ada penyelesaiannya. MEMPERKENALKAN....


Jom atasi kolesterol dengan PYHTOCOL ST, keluaran terbaru Shaklee yang dilancarkan pada 6 Jun 2014 yang lalu di Shaklee National Conference bertempat di Sunway Convention Center. 





Mampu ke kawan-kawan, nak telan 200 batang carrot setiap hari? Masuk yang ke 10 muntah rasanya. Ngeee. Jadi, ambil langkah bijak sekarang! Telan je Phytocol ST sebelum waktu makan. Jom ramai-ramai borong Phytocol ST ni. Jadikan ia sahabat baik yang sentiasa ada di sisi. 

Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD bagi kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya,
KLIA & KLIA2


Monday, June 16, 2014

Resepi Aiskrim Mealshake Oreo bikin sendiri

Nin dia..resepi mesti cuba di kala musim panas. Kawan-kawan, silakan mencuba aiskrim buatan sendiri ini di rumah. Jimat, sedap dan berkhasiat. Aiskrim Mealshake yang lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral. Belum ada lagi di pasaran nih. Eksklusif dari dapur sendiri sajo. Jom tengok bahan-bahannya. Senang je. Takde pun yang pelik-pelik. Boleh didapati dengan mudahnya di Kedai Zainal depan rumah. Ngeee (^_^)


Bahan-bahannya:
  • 1 1/2 gelas susu full cream. Saya guna low fat je (boleh tambah atau kurangkan ikut kecairan atau kepekatan masing-masing)
  • Setengah tin susu pekat manis (boleh kurangkan atau lebihkan, ikut kemanisan masing-masing)
  • 1 sudu kecil ovellette
  • 1 sudu besar mealshake 
  • Biskut oreo yang di patah-patahkan, masukkan ke dalam bekas
Cara membikin:
  • Campurkan kesemua bahan (kecuali biskut oreo) ke dalam blender. Blend sehingga gebu gebas.
  • Tuang ke dalam bekas yang ada biskut oreo tadi. Kacau rata.
  • Bekukan di dalam freezer semalaman. 
  • SIAP


Perghh..memang menjadilah! Ala-ala aiskrim oreo Mc'Flurry kat Mc'D tu. Buat buka puasa tadi memang sedap! Terasa kevanilaan dari Mealshake tu. Oh, ya! Lupa nak bagi tau. Kalau takde Mealshake, meh beli ngan saya meh. Heeee (^_^). Kalau taknak beli, boleh ganti dengan setitik dua esen vanila. Tapi tak surelah timbul ke tak rasa kevanilaan tu. 

Ok, selamat mencuba. Jom beli Mealshake.

Diyana Atan
019-6976889


Sunday, April 6, 2014

Kenapa Shaklee OsteMatrix ?



Haa..bezakan batu bata yang disimen dengan batu bata yang disusun cantik takde simen? Sebabtu kita kena pilih pil kalsium yang lengkap. Bukan yang ada kalsium je semata, tapi yang lengkap dengam magnesium, vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum! 

Untuk pembelian, hubungi:
Diyana 019-6976889
COD Tmn Puncak Jalil, Putrajaya, KLIA

OsteMatrix, bukan sekadar pil kalsium.

Selamat pagi semua. Macam mana tidur semalam? Lena? Saya lately Baby Hana ikut waktu USA kot. Kalau dia tidur jam 7-8 malam, mesti jam 10 malam tu dia terjaga sambil sengeh-sengeh. Ambik hatila tu! Kita waktu tu la siap-siap nak beradu. Elok pulak dia bangun. Aduhai anak. Nak tak nak memang kena melayan la. Letak atas katil dalam gelap pun aktif jugak. Panjat sana, panjat sini. Taruk dalam baby cot sekejap je baiknya. Lepas tu melalak. Dalam jam 1.30-2.00 pagi barulah nak tidur cik mek tu. Tapi kan, alhamdulillah la, walaupun waktu tidur saya sekitar 3-4 jam je, tapi saya rasa sangat berkualiti. Pagi esoknya, jam 5 pagi dah tersedar sebelum jam loceng berbunyi. Badan pulak rasa cergas. Rahsianya..? OSTEMATRIX lah!

Apa Ostematrix ni? Duk hingaq satu FB kecoh newsfeed pasai Ostematrix ja bulan ni. Pa benda tu? Haa, meh sini ceq nak habaq mai. Dalam bahasa mudah, Ostematrix ni ialah pil kalsium. Kutla korang tak suka minum susu...tang mana badan nak dapat cukup kalsium kan? Tapi, OsteMatrix ni bukan ada kalsium je semedang. Dia kasi umphh lagi dengan tambah Magnesium, Vitamin D, Kumprum, Boron dan Zinc dalam tu. Haa...hak tu hak specialnya Shaklee. Tak sama ngan pil kalsium brand lain. 


Kenapa penting sangat kalsium ni? Tahukah anda bahawa tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia? Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan oto-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

  

Selepas usia 30 tahun, tubuh manusia akan mula mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% setiap tahun . Dan selepas usia 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai usia 60 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.



Haa, mana yang dah jangkau usia 30an tu, hati-hati. Kena persiapkan diri kita dengan kalsium yang mencukupi dari sekarang untuk mencegah masalah tulang rapuh. Tahukah anda, wanita lebih mudah terdedah dengan masalah osteoporosis? Bila jumlah kalsium dalam salur darah berkurangan, maka ia akan menarik kalsium di dalam tulang yang akhirnya menyebabkan osteoporosis. April bulan promosi OsteMatrix. Beli 6 percuma 1. Stok untuk 7 bulan. Berbaloi-baloi! Anda boleh hubungi saya, Diyana di talian 019-6976889 untuk pembelian OsteMatrix dan produk Shaklee yang lain. Bagi yang tinggal di Taman Puncak Jalil, Putrajaya dan KLIA, boleh COD je. Cepat dapatkan OsteMatrix, bukan sekadar pil kalsium anda hari ini.


Wednesday, April 2, 2014

Second Hand Shop Semenyih

Semuanya bermula sejak pulang bercuti dari Melaka. Al kisah berlakunya kejadian ni ekoran daripada tidur atas katil King Size kat Hatten Hotel. Haha, hebat betul penangan tido kat hotel. Baru kali ni terperasan. Serius selesa! Saya, Naim, Iman & Hana n Peja menyelit sama...atas 1 katil...still SELESA! Dengan katil Queen sekarang, muatan dua orang setengah pun dah rasa sendat. Pulang je dari Melaka, terus google "katil king size" dan terjumpalah beberapa blog yang suggest kedai ni. Nak beli baru riban-riban. So, kita try beli yang second hand dulu la. Try test. Miahaha. Maka, pada hari Ahad baru-baru ni, gigih kami suami isteri ke Semenyih (macam la jauh sangat dari Putrajaya) mencari kedai Second Hand Shop. Kalau dari Highway Putrajaya, amik exit Semenyih Rinching. Dalam dua ke tiga kilometer, anda akan nampak Second Hand Shop di belah kanan. Kedai ni betul-betul di tepi jalan. Kalau anda dah melepasi Mc' Donald, maka dah terlajak la tu. Sila buat pusingan U di trafic light Taman Pelangi. 

Kedainya macam tempat pelupusan barang gittu. Dalam gudang. Macam scary jugak tempatnya. Tapi no worries, ada je orang yang singgah sini. Kebanyakannya barangan second hand dari hotel macam sofa, kerusi, meja makan, katil, tilam, lampu tidur. Banyak jugalah barang. Tapi kena pilih betul-betul. Takut ada yang calar balar. Sampai kedai ni, kami terus je pergi ke bahagian katil. Memang ada seketul katil king size sekali dengan tilam dari jenama king koil. Kata Bangla yang jaga kedai ni, baru sampai. Ayat diala kan. Sedap aja! Harga dia letak untuk katil dan tilam tu RM550. Saya tawar RM350, dia tak bagi. Haaa, over kan harga yang saya mintak. Minta selagi boleh. Haha. Dia bagi kurang RM500. 50 hengget je diskon?! Peja intai-intai lagi dalam kedai tu. Dia pulak nampak excited. Rupanya dia sangkut ngan satu meja komputer ni. Harga Bangla ni buka RM100. 






Kedai ni ada siap sekali ngan lori tau. So, senang tak payah nak cari lori lain. Pakai je perkhidmatan dia. Sekali ngan hantar ke rumah, saya minta harga RM450. Ketawa besar Bangla ni. (Again, harga over). Dia kata, harga RM450 boleh kasi, tapi kakak angkat sendiri. Ces, dia kenakan daku ye?! Tawar punya tawar dia bagi harga RM550. 

Katil king size + Tilam (RM450)
Meja komputer (RM50)
Sewa lori dari Semenyih to Seri Kembangan (RM50)

Okla kan? Kita lunyaikan dulu katil dan tilam tu, sambil kumpul duit lagi untuk konon-konon beli yang baru. Hahaha.  

Tuesday, April 1, 2014

Skim Ansuran Get Clean Water Pitcher

Yuhuuu kawan-kawan. Saya rasa seronok betul dapat share segala kebaikan Get Clean Water Pitcher ni dengan semua. Saya rasa, setiap rumah kena ada satu penapis air ni. Serius! Tambah-tambah lagi sekarang ni  musim air kena catu. Kadang air yang dapat tu, Allahuakbar..berbau dan berminyak! 

Ada sorang kawan ni berminat sangat nak miliki Get Clean Water Pitcher. Tapi katanya, mengenangkan nak membayor RM460 sedebuk tu dia tak larat. Tapi kesedaran nak dapatkan air bersih lagi sihat tu sangat tinggi. Siap bagi tahu saya, sekarang dah was-was pulak nak minum air masak lepas baca entri saya mengenai Get Clean Water Pitcher sebelum ni. Dah pulak! Hehehe. Maka saya dengan berbesar hati nak buat konsep main kutu. Ada sesiap yang berminat? Saya akan buat 2 pilihan. Group A main selama 3 bulan. Group B kita main 2 bulan. Tak payah lama-lama. Kang kempunan orang turn last tu nak dapatkan penapis air hebat ni. Hehehe.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh email saya, diyana_atan@yahoo.com.my. Atau call/sms/whatsapp saya, Diyana 019-697 6889. Atau boleh PM saya kat FB: Diyana Atan (klik). 


Monday, March 31, 2014

Shaklee Get Clean Water Pitcher

Allahuakbar! Allah Maha Besar! Mintak maaf banyak-banyak bagi yang follow blog saya ni. Lama yang amat blog tak berupdate. Simpan dalam draf kemain banyak topik. Tapi semuanya cerita tergantung. Tu yang sangkut manjang. Miahahaha. Ampun! Ampun! Cuti sekolah baru je habis. Seronok bawak anak-anak short trip dua hari satu malam ke Melaka. Tak jauh pun. Tujuan utama mereka nak duk hotel ngan mandi kolam. Haha. Memang tercapai hajat mereka. So, memang takde keluar jalan sangat pun masa kat Melaka. Lagipun siang hari panas terik sangat. 

Sekarang ni, kalau travel ke mana-mana, saya mesti bawak Get Clean Water Pitcher by Shaklee. Apa tu? Aha, ianya penapis air dari Shaklee. Shaklee bukan hanya ada vitamin je tau. Penapis air pun ada! Yang bestnya, penapis air ni boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Ringan. Tak perlu nak sambung ke paip ke, or kena pakai elektrik ke. Tak payah! Hanya tuang air kedalam penapis ni, terus dah boleh minum! Tak payah masak pun.

Ye la, kadang air yang keluar dari paip tu nampak macam bersih, jernih. Tapi betul-betul bersih ke? Kalau air zaman dulu-dulu mungkin senang nak detect, oo..air ni kotor.Tak boleh minum sebab ada kelodak, ada tanah. Senang nampak keruh dan kotornya tu. Air zaman sekarang, nampak jernih bersih. Hakikatnya?? Macam-macam bahan cemar ada dalam tu. Racun perosak la, logam berat la. Kita syiok duk minum. Lagi best bila tengah haus terus minum 'fresh-fresh' dari air paip. 

Saya tak kata orang lain. Saya la yang pernah buat tu! Miahaha. Itu dulula, sebelum kenal Shaklee. Pernah je buat kerja-kerja tak sihat macam tu. Lepas tu siap bangga lagi kata, "ala...tak sakit pun? Dah lama minum air paip. Tak de pun kena penyakit. Elok je sihat." Owh, sungguh kasihan saya pada ketika itu. Dah kenal Shaklee ni barulah tahu, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman. Dalam badan kita sendiri ada penapis bahan cemar yang tidak boleh ditukar ganti iaitu hati dan buah pinggang. Kalau rosak, tak boleh nak gi kedai sparepart cari ganti. Nak tukar kena pakai wang besar! Proses penukaran pula amatlah menyakitkan. Allahu. Nasib baik bertemu jodoh dengan Shaklee. Barulah sedar bahaya dalam diam yang saya simpan dalam badan selama ni. Silalah sahabat sekalian, sila ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.





MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER 


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.


Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Apa tunggu lagi kawan? Cepat buat pilihan bijak bermula hari ini! 
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras. Tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos - tanpa perlu di masak


Berminat dengan penapis air hebat ini? Call, SMS, WA kepada saya, Diyana 019-6976889. Dalam starter pack 3 in 1 ini, anda akan dapat:
  1. Pitcher + 1 Filter
  2. Housing Kit
  3. Filter (Pack of 3) 


Air yang lebih bersih dan sihat datang dari sebuah jag!