Monday, December 16, 2013

Tips Memilih Suplemen Omega 3 Terbaik

Memilih makanan tambahan asid omega 3 yang terbaik boleh menjadi sesuatu yang sukar, apalagi terdapat begitu banyak pilihan jenama dan jenis di pasaran. Berikut adalah cara untuk mencari makanan tambahan asid lemak omega 3 yang berkualiti yang akan membantu anda mencapai kesihatan optimum.

1. Semak dos - Asid lemak omega 3 yang baik harus mempunyai 1,000 mg asid docosahexaenoic ( DHA ) dan asid eicosapentaenoic ( EPA ). Kombinasi dari DHA dan EPA merupakan penanda asid lemak omega 3 yang berkualiti. Kedua zat tersebut mampu secara berkesan menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Pilih suplemen omega 3 dengan tahap DHA yang tinggi terutama bagi ibu menyusu.
Omega 3 telah terbukti mampu meningkatkan perkembangan penglihatan bayi dan membantu perkembangan kognitif. DHA yang juga terdapat pada minyak ikan berguna sebagai pereda kemurungan dan gangguan mood.

3. Pilih produk yang telah menjalanai ujian penyulingan molekul. Ia adalah proses dimana toksin dan bahan cemar seperti merkuri, plumbum dan lain-lain PCB dipisahkan dari minyak dan menghasilkan minyak ikan tulen. 

4. Pastikan suplemen minyak ikan Omega 3 anda diperbuat daripada ikan yang tinggi asid lemak omega 3 secara semulajadi. Ini kerana tidak semua spesis ikan mengandungi kandungan omega 3 yang sama. Sebagai contoh, ikan putih seperti talapia mempunyai kandungan omega 3 yang sangat sedikit. Sebaiknya, pilihlah ikan yang terdapat di perairan sejuk dan dalam seperti tuna, hoki dan lain-lain yang sangat tinggi kandungan omega 3.


Thursday, December 5, 2013

Rajin Mengambil Minyak Ikan, Ini 20 Kebaikannya!

Sudah diketahui umum bahawa minyak ikan mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan tubuh. Tapi tahukah anda berapa penyakit boleh dicegah jika anda rajin mengambil minyak ikan? Sekurang-kurangnya terdapat 20 penyakit yang boleh dicegah dan dilawan dengan minyak ikan.

Penyakit kardiovaskular atau yang berkaitan dengan sistem peredaran darah
Minyak ikan tidak hanya membantu dalam menurunkan trigliserida, pengerasan arteri dan kolesterol, tetapi juga mencegah kelainan ritma jantung. 

Mencegah kanser
Minyak ikan telah terbukti berkesan terhadap tiga bentuk umum kanser - payudara, usus besar dan prostat. Omega 3 membantu menjaga sel-sel sihat yang normal dari bermutasi menjadi tumor kanser dan mengawal pertumbuhan sel yang tidak diingini.

Menormalkan kolesterol
Kehadiran EPA ( asid eicosapentaenoic ) dan DHA ( asid docosahexaenoic ) ditemui di sebahagian besar makanan tambahan minyak ikan berkualiti tinggi membantu mengawal kolesterol. 

Ramping dengan minyak ikan
Penggunaan ikan boleh digunakan untuk menyembuhkan hipertensi dan obesiti. Sebuah kajian di Australia mendapati diet penurunan berat badan menjadi sangat berkesan dengan pengambilan minyak ikan secara teratur.

Rawatan arthritis
Penggunaan jangka panjang dari minyak ikan dapat berkesan mengurangkan dan mencegah sakit arthritis.

Kesihatan mata
Omega 3 menawarkan perlindungan terhadap degenerasu makula ( AMD ) dari mata dan juga mengurangkan risikio sindrom mata kering. 

Gangguan mental
Minyak ikan membantu mengurangkan risiko penyakit demensia dan skizofrenia Alzheimer.

Kesihatan kulit dan rambut
Omega 3 membantu kelembapan sel kulit, menghasilkan kolagen, meredakan keradangan kulit dan memberikan wajah kelihatan muda. Kadar protein dalam minyak ikan membantu pertumbuhan rambut, menjadikannya lebih kuat dan sihat.

Tekanan darah tinggi
Omega 3 mempunyai anti keradangan dan anti koagulan yang membantu menurunkan tekanan darah. peredaran darah menjadi lebih lancar ke seluruh tubuh dan menyebabkan hanya sedikit sahaja tekanan diberikan pada jantung.

Asma
Ini membantu mengurangkan serangan asma dan bernafas lebih mudah.

AIDS 
Kajian yang dilakukan Program Ilmu Gizi di Lexington membuktikan minyak ikan membantu rawatan AIDS, kerana ia membantu mengurangkan tahap trigliserida. 

Kesihatan kuku
Minyak ikan boleh digunakan sebagai kosmetik. Pembambilan tinggi minyak ikan membantu meningkatkan tekstur dan kualiti kuku.

Kesihatan tulang
Omega 3 ditemui dalam minyak membantu mengatur kesimbangan mineral tulang dan rangkaian di sekitarnya.

Kemurungan
Orang yang mengalami kemurungan mempunyai tahap EPA yang rendah. Oleh itu, minyak ikan bermanfaat bagi mereka yang mengalami kemurungan.

Kehamilan sihat
Minyak ikan baik untuk ibu hamil kerana kandungan DHA di dalamnya membantu pembangunan mata dan perkembangan otak bayi. Ini membantu mengelakkan kelahiran pramatang, berat badan rendah semasa lahir dan keguguran.

Anti-keradangan
Ikan berkesan dalam mengurangkan keradangan dalam darah. Minyak ikan berkesan dalam mengubati gangguan pencernaan, sindrom usus pendek dan penyakit keradangan kronik.

Otak dan sistem saraf
Minyak ikan membantu meningkatkan memori, penaakulan dan fokus. Hal ini meningkatkan aliran darah dan bahkan mempengaruhi hormon dan sistem kekebalan tubuh, akhirnya mempengaruhi fungsi otak.

Melindungi diabetes jenis 2
Sebuah kajian mendapati, minyak ikan dapat mencegah keradangan pada sel-sel lemak yang boleh menyebabkan rintangan insulin. 

Jerawat
Minyak ikan berkesan untuk mencegah jerawat, kerana sifat EPA yang mempengaruhi pembentukan sebum di dalam folikel rambut.

Meningkatkan ketengangan emosi
Selain penurunan kemurungan, minyak ikan telah terbukti meningkatkan mood. 


Nah, banyak manfaat minyak ikan ni. Dah tergodakan? Apa lagi? Jom pakat borong Omega Guard meh. Bulan ni promosi hebat year end sale tau. Harga biasa RM136. Harga sekarang RM9X sahaja!! Untuk pembelian, sila hubungi: 

Diyana Atan
SID 891121
Tel/SMS/WA: 019-697 6889

Shaklee December Promo: OMEGA GUARD!!!


Yeayy..!! Bulan ni promosi Omega Guard. Suplemen wajib kami sekeluarga. Bermula dari yang dalam kandungan hinggalah ke warga emas semua perlukan omega. Sebab tu saya kata Omega Guard suplemen untuk satu keluarga. Cepat sambar ketika harga jatuh mendadak ni. 

Nak tahu..?? 
  • Harga pasaran Omega Guard ialah RM136. Harga promosi super special year end sale ialah RM9X sahaja!! 
  • Beli 6 PERCUMA 1!!
  • PERCUMA keahlian bernilai RM75. Bulan depan anda dah sah bergelar Shaklee Independent Distributor.
  • Yang paling best bulan depan tu anda dah layak mendapat CASH BONUS RM3X!! Walaupun jumlahnya takdela sampai ratus-ratus, siapa yang nak bagi free free je kan? 

Apa lagi kawan-kawan, bolehlah anda pakat-pakat dengan ahli keluarga dan sahabat handai borong Omega Guard ni. Cepat! Jangan ketinggalan. Shaklee sekarang ni satu fenomena!!

Diyana Atan
SID 891121
Tel/SMS/WA: 019-697 6889








Friday, November 15, 2013

Saya SID anda sedia berkhidmat!

Assalamualaikum...Selamat Petang..
Entry kali ni nak war-warkan kepada yang masih belum tahu..
Iaitu...saya ni...


Hehehe. Cepat, dapatkan suplement kesihatan anda dan keluarga. Kawasan liputan saya adalah di sekitar:
  • Taman Puncak Jalil
  • Equine Park
  • Seri Kembangan
  • Putrajaya
  • Cyberjaya
  • Dengkil
Penghantaran ke seluruh Malaysia juga disediakan melalui pos. Harga dijamin terbaik. Konsultasi diberikan khusus untuk pelanggan saya yang dikasihi sekalian. Ok, tu je. Jaga diri semua. Wassalam and have a great weekends.





Tuesday, November 12, 2013

Kisah VIVIX



HIP HIP HOOREY!!! Bulan November ni sekali lagi Shaklee bermurah hati buat promosi VIVIX: Buy 6 FREE 1. Percuma tu...tak nak? Hehehe. Kadang, ramai jugak orang tanya; Vivix tu apa? Vivix tu macam mana? Apa rasa?

Secara umumnya, Vivix ni dalam bentuk jus. Berwarna merah pekat. Rasanya manis-masam-kelat. Apa yang buat Vivix ni HEBAT sehinggakan ada yang menggelarkannya sebagai TONIK AJAIB? Sebab, ia mengandungi RESVERATROL. Yang hebatnya lagi, Vivix ni sepuluh kali lebih berkuasa dari resveratrol.

Apa itu Resveratrol?

Resveratrol ni salah satu sebatian polifenol yang ada pada tumbuhan dan dimanfaatkan dalam bidang perubatan. Sebatian tersebut digolongkan sebagai sebatian fitoaleksin, iaitu sebatian yang dihasilkan oleh tanaman sebagai respon terhadap kemasukan patogen atau penyakit. Pada tahun 1940, resveratrol ditemukan pertama kali di akar tanaman'' Veratrum grandiflorum''. Resveratrol banyak terdapat pada Polygonum cuspidatum, kacang, ekaliptus, lili, strawberi, anggur dan produk olahannya, seperti wine.  

Resveratrol ni dek kerana ia merupakan antioksidan yang hebat, maka ia dapat mencegah kanser, melindungi jantung, dan mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan umur, seperti diabetes, inflamasi, penyakit neurodegeneratif, dan penyakit kardiovaskular. Dalam dos yang rendah, resveratrol dapat meningkatkan kelangsungan hidup sel, sedangkan dalam dos yang tinggi, resveratrol akan meningkatkan kematian sel. Oleh kerana itu, penggunaan resveratrol dalam jumlah tinggi umumnya digunakan untuk rawatan atau rawatan kanser. Sebab tu, Master Law dulu minum Vivix 2 cawan tau, sebab dia kena kanser.

Tadikan saya tulis resveretrol ni salah satu sebatian polifenol yang ada pada tumbuhan. Apa pula polifenol tu? Hehehe.

Polifenol adalah kumpulan bahan kimia yang ditemui pada tumbuhan. Bahan ini mempunyai tanda khas yakni mempunyai banyak kumpulan fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun saat musim gugur.

Pada beberapa kajian disebutkan bahawa kumpulan polifenol mempunyai peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, pembuluh darah dan kanser. Terdapat kajian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Polifenol dapat ditemui pada kacang-kacangan, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun dan turunannya, coklat hitam, dan delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi boleh didapati pada kulit buah seperti pada anggur, epal, dan oren.


Vivix dirumus dari bahan yang kaya dengan resveratrol, menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan ataupun perasa tambahan dan tidak mengandungi alkohol. Vivix ni rasanya manis-masam-kelat. Tang kelat tu sebab buah Anggur Muscadine tu diblend skali dengan biji-bijinya kerana kadar resveratrol yang tinggi terdapat pada bijinya tu.
 
Nak hasilkan Vivix ni, Shaklee buat kajian selama lebih dari tiga tahun tau dan membelanjakan jutaan US dolar untuk membuat kajian keatasnya. Bukan main serkup je. Tulah specialnya Shaklee ni. Setiap produk dibuktikan dengan kajian.

Dapatla sikit info kan hari ni mengenai apa itu VIVIX. Haa, sempena bulan promosi Vivix ni, meh la kita pakat-pakat borong sebotol sorang. Harga murah luar biasa ni. Sesiapa nak beli 6 botol terus boleh roger saya. Yang nak beli sebotol je pun boleh. Kalau beli 2 botol Vivix, anda secara automatik terus menjadi ahli Shaklee seumur hidup dan bulan depannya terus dapat cash rebate. Sape nak bagi oii..hehehe.
 
Ok, nanti kita jumpa lagi. Dalam next entry saya akan share pasal Anggur Muscadine. Apa la Anggur Muscadine tu ek? Hebat sangat ke? Tunggu eh..nanti kita story lagi.

Wassalam,
Diyana
Shaklee Independent Distributor (ID 891121)
Tel/SMS/WA: 019-697 6889








Saturday, November 9, 2013

Kisah peti es rosak dan stok ebm BabyHana

Assalamualaikum...selamat hujung minggu semua..Halu youolls!! Lama tak bersua kan? Rindu la teww. Hari ni nak buat sesi luahan rasa. Al kisah hari Isnin lepas. Sob..sob..sob...sedih!! Sungguh sedih di hati hamba ni..mengenangkan peti sejuk yang buat hal kat rumah. Maklumlah, peti dah tua..mulalah datang macam-macam penyakit. Beli peti es tu masa mula-mula kawen dulu. Dah 9 tahun dah peti tu menabur bakti. Tak hairanlah kalau mula buat perangai. Sabor jela.

Tapi tak berapa dapat nak sabor jugak, sebabnya dalam peti es tu kita simpan stok ebm BabyHana. Adala dalam 30-40 botol, penuh berisi 5oz setiap botol. Huhuhuhu. Sebak!!! Balik keje buka peti es, abes dah cair semua stok ebm tu. Huhuhu...nanges dalam senyum ambil semua botol tu basuh. Menitik air mata, tapi senyum. Haritu susu yang tengah perah terbalik tumpah satu botol pun daku meraung satu rumah, ini kan pulak satu peti es! Bolehla kot disamakan dengan tajuk lagu Aishah, "tangisan dalam senyuman." Terdetik dalam hati, "jenuh nak buat stok balik." Tapi, cepat2 saya bisik kat diri sendiri, "boleh ni cover stok..boleh punya." Alhamdulillah..dalam ketandusan stok, masih mampu susukan BabyHana sepenuhnya dengan susu badan sendiri. Saya terpaksa bekerja keras untuk kumpul stok balik memandangkan stok ebm yang ada ni ala2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kat office dapat 2 botol. Kalau tak busy, petang sebelum balik dapat lagi 2 botol. Malam bila dah sampai rumah, BabyHana memang tak bagi chance mak dia nak ngepam. Asal nampak muka kita je nangis. Kenala dokong, tumpu perhatian kat dia sekejap (nasib baik gak ada SSC, tu pun pinjam yang Eppi punye, kendong dia sambil buat keje). So kaedah nak ngumpul stok ni kenala KORBANkan masa tidur dan buat POWER PUMPING(klik). Hohoho..sangat mencabar wokeh! Sebab tu saya kata tadi saya kena kerja keras!!

 Kenangan terindah time stok ebm meriah dalam peti es. 
Takpe2, kita kumpul balik. Boleh punya! 
Yes!! I CAN DO IT!!!

Waktu tidur saya sekitar jam 12.30 tengah malam (ini setelah semua kerja rumah selesai kadang tak sempat gak). Jam 4 pagi kena bangun mengepam sampai la ke pukul 5 pagi. Dah tu terus siap-siap nak gi kerja. Kat office pulak bertugas sebagai front-liner. Kang ko salah senyum ke, salah intonasi suara ke, mampus kena complaint. Nasib baikla ada B-Complex Shaklee. Dapat juga kawal emosi dan alhamdulillah, takde masalah stress2 ni. Mencabar jugakkan tugas ibu menyusu yang buat stok ni? Tak kena gaya memang lingkup. Hahaha. Demimu anak...mak akan berusaha gigih!! 

Nasib baik amik supplements Shaklee. Kurang skit rasa letih tu dan dapatla buat stok. Halo kawan, bukan kata amik supplement susu terus jadi banyak. Kalau ada kata macam tu, auta lebih. Konsep asas penyusuan korang kena paham betul-betul dulu. LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN. Supplement ni diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria. Secara tak langsung mampu membekalkan susu kepada si anak. Yela, kalau badan letih, tak bermaya, ko nak ngepam pun takde mood kan? Itu yang susu merudum tu. Jiwa kacau. Hehehe.

Mind setting pun banyak memainkan peranan.  Always think positive. Selalu bisik dengan diri sendiri "susu saya banyak..susu saya banyak.." InsyaAllah... Ini ko sebok cakap kat orang kata "susu takde, tak dapat nak susukan anak," lelama memang takde susu. Abih tu, cakap lagi macam tu. Setiap yang kita cakap ni kan doa. Jadi, sebut yang baik-baik je. Amalkan zikir, doa. Ini makanan kepada rohani kita. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Bila rohani bersih, jiwa bersih, barulah kita dapat ketenangan. Bila tenang, dapatla kita mengepam dengan baik, dapatla buat stok banyak-banyak. Khen? 

Haa, sape nak SET SUSU BAJET dari Shaklee boleh roger saya ye. Amik ESP serius beb, badan bertenaga. Bukan kata ko jadi badang, gagah perkasa..tak letih2. Letih tu tetap ada, tapi KURANG LETIH. Sebut ESP ni, saya pernah buat eksperimen dengan BabyHana, bila saya amik ESP dia cepat kenyang dan tidur lama. Kalau time malam tu sekali menyusu je, lepas tu dia tido baek punya sampai ke Subuh. Berbeza bila saya tak amik ESP. Skejap skejap dia menyusu. And I notice that bila amik ESP susu tu macam pekat skit. Nyum nyum nyum, delicious (bak kata Dora the explorer).

Okla, stop sini dulu arr. Lain kali sambung lagi. Tata. Muah muah muah (sila buat gaya mcm Datin & Shery dalam citer Mr.Arrogant)

I'm Diyana,
Your Shaklee Independent Distributor (891121)
Tel: 019-697 6889

Saturday, June 22, 2013

Testimoni sendiri dengan Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah, 17 April 2013 lahirlah baby yang ditunggu-tunggu selama ni. Lewat empat hari dari tarikh due. Meh nak share skit meh pengalaman sendiri menggunakan Set Berpantang Shaklee. Takdak auta punya! Hehehe. Masa sakit-sakit nak bersalin tu, sebelum pergi ke hospital, sempat lagi saya minum ESP, buat tenaga nak push baby kaedahnya. Serius, walaupun badan tengah tahan sakit, tapi tetap rasa bertenaga, tak lemau tak lesu. Tiga kali push, dengan janyanya keluarlah baby Hana. Dalam wad, saya bancuh lagi ESP. Walaupun baru lepas keluarkan khalifah Allah ke muka bumi dan banyak sangat-sangat guna tenaga, badan tetap rasa tegap, takde rasa ketar-ketar. Duk dalam wad, member katil sebelah ingat saya admit sebab alahan masa mengandung. Bila tolak katil baby Hana, terkejut dia bila saya bagi tau dah bersalin tadi. Dia kata tak macam orang bersalin pun?? Muka tak pucat, badan tegap. Hehehe, alhamdulillah...

Dalam jam 8 malam, baru dapat keluar hospital sebab Hana lambat buang air besar. Kencing je banyak sampai berat diaper dia. Minum susu kuat, kencing pun banyakla. Sampai rumah, sebelum tidur saya telan zinc. Serius babe, luka tempat jahit tu cepat baik! Dalam dua hari tu dah tak rasa. Bersalin kali ni mudah sangat urusan pantangnya. Takdelah hazab nak telan pati ikan haruan yang super hanyir meloyakan tu. Telan zinc je buat ganti ikan haruan. Zinc ni pun membantu mengurangkan rambut gugur tau! Esok kalau time anak duk sebok menyembur air liur tu, takyah risau la. Takdenye rambut nak gugur secekak! 

Vita Lea sangat membantu memastikan hb saya maintain. Yela, masa proses bersalin tu boleh tahan banyak juga darah yang keluar. Bila amik Vita Lea ni takdela rasa pitam, lesu semua tu. Vita Lea amik skali ngan Vita C. Vita C ni bantu serap iron dalam Vita Lea dengan lebih efektif. Disamping tu ia juga mempertingkatkan sistem pertahanan badan. B Complex. Yess, I do love this one! Telan sebiji rasa nyaman je wei. Hilang abes tension-tension tu semua. Tension sebab waktu malam sekarang ni memang tidur lambat. Selewat jam 1 pagi baru tidur sebabnya Hana ni waktu dia time London kot. Siang baek punya layan tidur, dah masuk pukul 10 malam dia boleh pulak berjaga aktif. Ajak borakla, time tu la nak tunjuk aksi manja semua. Mau tak tension! Ini nasib baik tengah cuti lagi. Esok dah nak keje, haru weh! Bila pagi, telan B Complex memang rasa nyaman. Rasa relax. Hilang segala tension tu! Haha, dan yang membantu saya bangun pagi dengan cergasnya ialah Ostematrix. Ambil 4 biji sebelum tidur, insyaAllah esoknya tak liat nak bangun pagi. Ostematrix ni juga boleh bantu atasi sembelit tau! 

ESP pulak, ini memang takyah cakaplah...ini memang cinta hati saya! Minum masa awal pagi, rasa bertenaga je. Rasa kenyang ye jugok. Bonus, mak jadi slim sketla. Ececece. Dalam pada bagi tenaga, ESP pun buat kulit makin cantik tau! Tak kering, parut jerawat makin pudar. Memang banyak sangatla manfaat ESP ni. Moh cube dulu baru tahu kesannya. Tak rugi dik non!

Ada juga kawan-kawan yang seangkatan dengan saya masa bersalin yang dah cuba set berpantang ni. Ada sorang kawan tu bersalin normal, dan yang sorang lagi tu c-zer. Jom tengok apa kata mereka;


Haa...untuk set berpantang ni terdiri daripada VITA LEA, B COMPLEX, VITA C dan juga ZINC.  Macam saya, saya tambah OSTEMATRIX dan ENERGY SOY PROTEIN (ESP).

Inilah set berpantang saya. Memang terbaek yang pernah saya alami. Takde lagi masalah tak puas hati dengan set bersalin. Tak macam berpantang anak-anak yang dulu. Terima kasih SHAKLEE. Sayang kamu ketat-ketat! Muahehe. Kepada kawan-kawan yang nak dapatkan set berpantang ni untuk diri sendiri, atau mungkin nak di hadiahkan kepada isteri, adik, kakak, makcik boleh hubungi saya, Diyana Atan di talian 017-645 3868. Konsultasi PERCUMA juga diberikan kepada anda, pelanggan yang saya sayangi. Take care and wassalam.