Friday, August 26, 2011

Jom steamboat!

Salam rindu semua! Setelah beberapa lama tak update citer pasal makan, jom...kali ni aku nak story pasal Silver Pot Steambot kat TTDI. Alkisahnya nak berbuka puasa kat Red Wok di Bangi, tapi bila call penuh. Try call Flamming pulak kat Setapak, pun penuh...sampai ari Ahad kekdahnye! Perghh..macam mana nih? Tekak nak makan steambot gak! Mr.Peja la yang lelebih nak mentekedarah steamboatnye. Aku tak dapat pun takpe (kononla kan). Last2, try google halal steamboat, tup2 jumpe la Silver Pot ni. Best jugak makan kat sini sebab macam boleh main masak2 sebabnye ada pot steamboat masing-masing. Tak paham cam mana?? Jom, layan gambor biar kasik clear sikit...

 Ini budak dah tak sesabor nak main masak-masak. Dah standby senduk dah tu




 Setelah sekian lama tabah menanti, Iman dah mula mengamuk...


 Okay..yang ditunggu-tunggu dah tiba. Giler lama wei nak tunggu ni. Tak cukup pekerja kedai ni. Kalau dah tau bulan poser ada ramai customer, tambahlah pekerja. Ada 2 orang hendon je yang tukang amik order, yg jadik cashier, yang ngangkut hidangan.  2 orang tu jela ke hulu ke hilirnya. Lembab! Ko tengok muka Naim. Cam tak caya boleh masak sendiri dalam pot dia. Kuikuikui


 Ha..kan dah kata, ada pot sendiri nak buat steamboat.


 Makan...makan jugak. Sebelum kenyang berenti jap, kita pi solat dulu!!!


 Yeazzaa...i like. Statement dia je yang aku suka. Makanan so far so good. Service memang fail! Lembab macam siput vavi.





Wednesday, August 17, 2011

Petua didik anak solat 5 waktu

Salam semua. Ni nak share note yang ditulis oleh Wardina mengenai petua beliau mendidik anak solat 5 waktu. Naim pun aku tengah asuh ni. Smalam solat Maghrib aku ajak skali si Iman. Time sujud jadi meniarap la pulak. Takpe-takpe, nanti aku betulkan cara Iman solat. Jom, kita share dan amalkan bersama-sama.

Note yang ditulis oleh Wardina
BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Selamat mencuba semua. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya kan? 

Tuesday, August 16, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Salam rindu semuanya. Ecece. Lama tak jengah blog. Rupa-rupanya, entry untuk bulan Ogos belum ada satu pun! Ceh..ni takleh jadi ni. Kene semangat balik! Dah nak masuk 16 hari puasa baru konon nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ye semua. Semoga segala amal ibadat yang ikhlas kita lakukan diterima Allah SWT. Semoga juga kita sama-sama menggandakan amalan kita di bulan mulia ni. Semoga juga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. AMIN!!!