Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

JJCM Penang...Day 2

Day 2 (1.5.2012)
Selamat Hari Pekerja semua! Lor...rupa-rupanya hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku ngan Peja yang ke lapan!! Dah lapan tahun jadi bini orang. Macam baru semalam je kawen. Teett!! Semalam la sangat! Muahehehe. Ok, kita teruskan dengan acara JJCM kita. On the second day tu, we decide nak bawak anak-anak ke Bukit Bendera. Aku ngan Peja pun memang dah lama tak ke sini. Dulu time naik Bukit Bendera masih lagi ngan train kayu tu. Naik pun kedek-kedek lambat. Lani train dah cantik. laju berdesup wei naik ke atas! So, untuk hari ini takdela upacara makan sangat pun sebab lepas ni nak balik KL dah. We all kat sini 2 hari 1 malam sajo!! Kikiki






MENU 8: Mee Udang 

 


MENU 9: Roti Prata Daging 
Ini kita orang makan masa jumpa kawan Peja yang keje Kastam kat Gorgetown. Dekat stesen bas tepi laut tu. Ada satu kedai kecit. Lupa lak nak amik gambor. Aku ingatkan roti prata bebiasa jek, skali datang WOW! Sedap seh! Lepas makan tu kami pun bergerak pulang ke KL. Yeaay!!




Sebenarnya banyak lagi makanan yang tak sempat nak makan. Disebabkan masa yang singkat. Maybe should stay here for 3 days and 2 night kut baru sempat cover semua. Nasi Kandar Line Clear tak singgah, walaupun jaraknya dengan hotel hanya beberapa  meter sahaja. Cendol tak try. Char Kue Teow tak jamah. Wargghh! Nanti nak kenen-kenen Peja lagi la untuk repeat gi JJCM ke Penang. Ok you all, tu sahaja report dari saya, Cik Mek Molek Sokmo! Ngeee

Saturday, May 19, 2012

JJCM Penang...Day 1

Assalamualaikum! Salam sayang semua. 
Sorryla dik non..kak jah ni kalau bab mengupdate blog memang fail! Kalau update fb laju je! Kikiki. So, kalau nak story yang fresh meresh, jangan lupa add akak ye dik. Muakeke. Alkesah kejadian nak ke Penang ni pun satu lagi kejadian yang tak dirancang. Main tala je aku ngan Peja. Huhu. Motif utama ke Penang seharusnya, Jalan-jalan Cari Makan! Lagi pun dah berzaman rasanya tak jejakkan kaki ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara! Last skali ke Penang masa tu darjah 5 kut. Tu pun ikut rombongan sekolah Mak Incik. Wakakaka. So, now...here we go!!!

Day 1 (30.4.2012)
Malam sebelum bertolak ke Penang, aku dengan sukahatinya bukak Agoda. Skodeng mana yang berkenan. Lokasi mestilah yang senang nak terjah tempat makan! Akhirnya kami sepakat memilih Cititel Hotel, Penang. TQ Cik Agoda sebab bagi price yang marbeles untuk kami.



Lepas check in terus keluar cari makan. Tempat lepak kami yang pertama kat area Padang Kota Lama. Depan laut tu. Anak-anak nak main kat playground plak. Layan kan ajer. Kata bercuti. Masa depa duk main-main tu, mak dia ni pi beli alas perut kat stall kecik-kecik yang ada kat tepi laut nun.



MENU 1: Laksa Penang

MENU 2: Rojak buah



 MENU 3: Kerang Bakar


 MENU 4: Sotong Kangkung



 MENU 5: Sate

 MENU 6: Pasembor!!

Selesai upacara makan sampai 6 menu, maka kami pun mengusung perut yang kekenyangan balik ke hotel. Konon bersiap nak tido, alih-alih terdengar satu suara berbisik..."NAIM LAPAR!" Hah??? Lapar lagi?? Disebabkan mak apaknye memang suka berjalan, maka dengan suka hati mak ngan apaknya bawak turun hotel menuju ke SUP HAMMED. Kedai Sup Hameed ni letaknya di sebelah Cititel sajo.


Lepas pekena sup ayam cicah roti, maka malam tu Naim dapat tido lena sampai ke esok pagi. Ehehe, sekian laporan hari pertama.