Showing posts with label steamboat. Show all posts
Showing posts with label steamboat. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Restoran Jentayu Steamboat & Grill


Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini merupakan hari penghabisan dalam kalendar 2012. Banyak memori dalam tahun 2012 ni.  Macam-macam rasa ada. Manis, masam, pahit. Mana yang elok kita jadikan panduan, mana yang tak elok kita jadikan iktibar bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Alkisah, semalam tekak ni terasa nak makan steamboat je. Minggu ni berderet menu steamboat. 24hb aritu dah pekena steamboat kat FlammingSetapak. 28hb pulak bedal steamboat kat Johnny Alamanda. Semalam 30hb try pulak steamboat kat Restoran Jentayu Steamboat & Grill di Dengkil. Kat Dengkil tu baru first time mencubanya. So far, bolehla. Menu tidakla sepenuh rasa macam kat Flamming. Harga ialah RM21.90 dewasa dan RM10.90 kanak-kanak. Bagi yang berusia 4 tahun ke bawah, makan adalah PERCUMA. 

Harga sebelum ni ialah RM 17.90 bagi dewasa. Untuk kanak-kanak harganya masih sama. Start bulan November aritu harga dah dinaikkan. Saya pun baru tahu semalam masa nak bayar tu. Mau bergaduh juga bila dengar jumlah yang disebut mahal dari yang saya jangkakan. Rupa-rupanya dah naik harga. Saya cadangkan, pihak pengurusan restoran  mengambil inisiatif untuk menukar sebarang flyers yang ada di facebook dengan memasukkan harga yang baru. Nanti takdela pelanggan rasa tertipu, macam saya. Yela, datang ke Dengkil tu sebab nak dapatkan steamboat dengan harga yang murah la konon. Kat depan rumah pun ada juga kedai steamboat, tapi mengenangkan harga RM17.90 seperti yang terpampang dalam flyers di facebook, sanggup pergi ke Dengkil. Alih-alih time nak bayar, baru tahu harga dah naik. Mulalah buat skrip dalam hati. “kalau aku tahu, baik pergi steamboat depan rumah je.” Hehe, tulah manusia kan? Ada je yang tak kena.

Restoran ni tidaklah sebesar dan secrowded Flamming di Setapak. Ianya cuma lot kedai biasa yang memuatkan kira-kira 30 meja kot. Waktu sampai semalam (dalam pukul 9.30 malam) hanya ada 1 family saja. Nak makan pun best sebab kita-kita aja yang ada kat kedai tu. Apa pun, jom layan gambar-gambar yang di ambil dari fb Restoran Jentayu Steamboat & Grill. Enjoy!

 







Kalau nak try Nasi Lemak Jentayu & Nasi Kerabu Golok ada kat depan restoran. 
Saya tak cuba pulak hari tu, tapi macam sedap je Nasi Kerabu Golok tu. 

 Kelas ko nak, makan krepok keping cicah eskrim!

Sila fokuskan kepada periuk dan hidangan di atas meja ye...bukan fokus pada anak dara itu. By the way, ni adik saya yang bongsu hok gelenya. Nama dia Che Cik...stay kat rumah saya sementara tengah cuti sem. Alang-alang baek punya lepak, daku bagi dia status terhormat...bibik! Muahahahaha. Lega sikitla rumah saya sementara waktu Che Cik ada ni. Balik keje tengok rumah dah kemas. TQ Che Cik. Nanti kalau cuti, lepak la lagi rumah kakakmu ini ye. Ngeee =D

Muahehe. Sila minimizekan skrin komputer anda sekarang pabila melihat muka gedik ini! Makan time! 


**Pssstt…kalau nak dapatkan harga murah 10%, bolehla pergi Hari Rabu (Ladies Night) dan waktu hari gaji bagi orang gomen. Jimat la sikit.


Sunday, October 30, 2011

Jom Steamboat @ Flamming

Moh layan steamboat lagi!! Ni kami pi Sabtu, 29 Oktober 2011. Nak buat macam mana...hantu steamboat ada kat umah ni. Tu yang suka sangat terjah tempat-tempat steamboat ni. Kali ni jom menyetim kat FLAMMING STEAMBOAT. Ada banyak cawangan. Kat Sunway ada, kat Shah Alam (Seksyen 33) pun ada. Kami terjah tempat biasala, kat Danau Kota, Setapak. Ko tau kan kat Danau Kota tu ada Parkson baru bukak tu kan. Giler besor! Kat sebelah Parkson tu ada deretan kedai kan. Ha, Flamming ni kat deretan kedai sebelah Parkson tula, belakang Eon Bank ngan Old Town White Coffee. Harganya bagi aku bolehla layankan, RM26.90/pax. Kanak-kanak lak RM9.90/pax. Kalo 3 tahun ke bawah FREE. Time dapat gajikan, bolehla sekali skala makan. Huhuhu.

Udah tak menyala dah Flamming tu. Terus terbako hangus! Kuikuikui

Macam-macam pilihan ado. Lebih dari 150 items dihidangkan. Kemaruk gak nak memmilih.










Ha..pilih, pilih. Time ni tak hengat dunia. Sotong, udang, ketam semua aku punggah!








Sakan member layan aiskrim. Siap cucuk-cucuk cookies lagi, Pastu siram ngan hot chocolate. Perghh! Pandai ko eh, Naim


 
 Ada dua pilihan sup. Tomyam ngan perisa ayam. So tak gaduh la kami anak beranak. Yang bebudak leh amik dari sup ayam, tak pedas. Yang kami mak pak suka pedas ni leh ceduk dari sup perisa tomyam. Nyum nyum. Seedaapp!!





Iman over tau! Siap celup tangan dalam gelas lagi.


Tu dia anak aku yang kecit, tak main dah duk atas baby chair..atas meja terus!!! Gasak ko la nak, janji ko tak meragam sudah!


LICIN!!!

Errkk...alhamdulillah. Kenyang. Nanti lain kali kita pi lagi ye.

Friday, August 26, 2011

Jom steamboat!

Salam rindu semua! Setelah beberapa lama tak update citer pasal makan, jom...kali ni aku nak story pasal Silver Pot Steambot kat TTDI. Alkisahnya nak berbuka puasa kat Red Wok di Bangi, tapi bila call penuh. Try call Flamming pulak kat Setapak, pun penuh...sampai ari Ahad kekdahnye! Perghh..macam mana nih? Tekak nak makan steambot gak! Mr.Peja la yang lelebih nak mentekedarah steamboatnye. Aku tak dapat pun takpe (kononla kan). Last2, try google halal steamboat, tup2 jumpe la Silver Pot ni. Best jugak makan kat sini sebab macam boleh main masak2 sebabnye ada pot steamboat masing-masing. Tak paham cam mana?? Jom, layan gambor biar kasik clear sikit...

 Ini budak dah tak sesabor nak main masak-masak. Dah standby senduk dah tu




 Setelah sekian lama tabah menanti, Iman dah mula mengamuk...


 Okay..yang ditunggu-tunggu dah tiba. Giler lama wei nak tunggu ni. Tak cukup pekerja kedai ni. Kalau dah tau bulan poser ada ramai customer, tambahlah pekerja. Ada 2 orang hendon je yang tukang amik order, yg jadik cashier, yang ngangkut hidangan.  2 orang tu jela ke hulu ke hilirnya. Lembab! Ko tengok muka Naim. Cam tak caya boleh masak sendiri dalam pot dia. Kuikuikui


 Ha..kan dah kata, ada pot sendiri nak buat steamboat.


 Makan...makan jugak. Sebelum kenyang berenti jap, kita pi solat dulu!!!


 Yeazzaa...i like. Statement dia je yang aku suka. Makanan so far so good. Service memang fail! Lembab macam siput vavi.