Thursday, March 21, 2013

Cara solat ketika sakit hendak bersalin


Sedikit perkongsian yang diharap dapat memberi panduan buat semua mommies yang sedang preggy dan mungkin sedang menunggu hari untuk bersalin...artikel ni saya dapat dari facebook. Benda yang baik kita kongsi bersama. Dapat juga kita tambahkan ilmu yang tak seberapa ni dan dijadikan panduan, especially untuk saya sendiri yang bakal melahirkan tak lama lagi. Kata sharing is caring...hehehe. 

Seperti yang kita semua sedia maklum solat 5 waktu adalah WAJIB dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan tetapi bagaimana pula dengan solat bagi wanita yang sedang sakit bersalin dan sudah pecah ketuban atau keluar tanda (cecair dan darah)? Wajibkah untuk solat? Atau tidak perlu lagi untuk solat?

Untuk itu, kita perlu fahami dulu beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.

Darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :

i) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.

ii) Memakai tuala wanita

ii) Mengambil wuduk dengan segera

iv) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah. Wuduk wanita istihadhah ini sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat.

##Credit: tanya-ustaz.com


Bagaimana pula sekiranya pecah ketuban?

Pecahnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk (boleh rujuk seperti gambar di bawah) atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan?

Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

Ibu-ibu boleh ke link ini ya untuk lebih info dan huraian lanjut: http://sayangislam.com/2009/11/06/solat-wanita-sakit-hendak-bersalin/


Credit:
 Hospital Sultan Abdul Halim Sg.Petani,Kedah atas flyer yg sangat membantu ini


0 comments:

Post a Comment