Showing posts with label naim. Show all posts
Showing posts with label naim. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Minyak rambut punya cerita

Terkekeh-kekeh aku kat opis ni bila mengenangkan balik kejadian pagi tadi. 

 (sila tukar kepada mode syair)
Tersebutla kisah...
di waktu Subuh hari...
ketika Naim sedang mandi...
Tiba-tiba dia memanggil Ummi..
memanggil dari dalam bilik mandi...

N: Ummi! Ummi!
U: Iyer...
N: Naim nak minyak rambut ni.
U: Minyak rambut?? (sambil berfikir, bila masa pulak ada minyak rambut kat rumah ni. Abah korang tak pakai pun minyak rambut sebab votak!)
U: Kat mana?
N: Ni, kat toilet ni ada minyak rambut..." (Hoh?? Kat toilet? Minyak amende si Naim nak ni)

Maka aku pun skodeng la..

U: "Huk aaloh! Ni bukan minyak rambut Naim. Ni..."

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Pencuci bagina! 
(tapi memang sama pun macam botol minyak rambut kan)

Kuikuikui. Nyaris ko nak! Nasib baik dia panggil aku dulu. Buatnye dia suka hati main hentam sajo, selamatla  feminine wash tu kat kepala dia. Adeh. Hati-hati dengan alatan di rumah. Kadang kita nampak macam takde apa-apa, macam biasa je...tapi dari sudut pandang mata anak-anak benda-benda tadi mungkin sangat menarik perhatian tanpa mereka tahu benda tersebut mungkin boleh mendatangkan mudhorat kepada mereka. Awas ibu bapa!! 

Saturday, January 7, 2012

W E L C O M E 2 0 1 2

Huhuhu. Dah masuk tahun baru rupanya. Dah lama berzaman pun. Aku je yang baru terkedek-kedek nak wish HAPPY NEW YEAR kat you all semua. Hehe. Tak kirala..basi pun basilah! Muahaha. Tahun ni juga Naim dah start darjah 1! Wah, dah makin besar anak bujang aku. Maknanya, mak ngan pak dia kalo nak bercuti kena tengok kalendar dulu la. Takleh dah nak main balun cuti last-last minute macam tahun sudah. Huhu. Maknanya juga mak ngan pak dia kena bagun awal-awal pagi sebab anak dia pukul 7.30 pagi dah nak kena ada kat sekolah. Nampak gayanya, itulah azam tahun baru aku! Ngeh ngeh ngeh. Ada satu lagi azam baru! Nak masak bekal untuk Naim hari-hari! Tapi hanya berjaya pada minggu pertama sahaja. Minggu seterusnya blur, tak tahu nak masak apa! Hehehe.

... Zaman dahulu kala...

*

*

*

*

*

*

...bertukar!...

*

*

*

*

*

*

 Dah macho wei! Semakin meningkat remaja! Kemain lagi posing ngan beg roda. Aku cari yang paling murah kat Carrefour Alamanda. Paling murah pun mahal gak, RM49.90! Hadeh!

Dulu masa Pra-Sekolah pakai baju kuning tu, sekarang dah darjah 1 tukar uniform la. Letih betul ngan warna putih ni. Time balik dah jadik macam belacan!!!

Hujung bulan nanti harap-harap sekolah buat cuti ganti time Cuti Raya Cina tu. Boleh balik kampung celebrate Chinese New Year. Kalau sekolah tak cuti, nampak gayanya aku heret gak Naim balik kampung. Nanti tulis la surat kat cikgu kelas dia. Kuikuikui. Adoi!

Thursday, November 3, 2011

Naim's Graduation Day

Rabu, 2 November 2011 

Bertempat di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3), berlangsungnya Hari Graduasi Pra Sekolah 2011 melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar Pra Sekolah yang akan tamat pengajian. Wah, skema ayat aku. Cam wartawan soratkaba! Tetiba aku rasa macam tua kejap. Yela, anak dah grad kan (muakeke, padahal grad tadika baru! Chaitt!)  Sebenar-benarnya, ikhlas cakap, aku yang lebih excited!! (terserlah kejakunan). Bukan ape wei, dia punya grand tu macam konvo universiti punya style! Ade orang jual bunga, ada mini studio. Naseb baik takde bukak tapak orang meniaga je tau! Hak best tu, siap ada sidang satu ngan sidang dua. Perghh!! Kelass!!



Jom, try jubah dulu. Ensem anak aku!


Posing sket!


Graduan wokey!


 
 Sila duduk di tempat masing-masing. 


Wokeh, ni majlis nak start dah. 
Mengumumkan perarakan masuk para graduan, guru besar dan guru-guru penolong kanan
diiringi dengan gamelan. 


 
Senyum lebau anak aku


Yess!! Yess!! Finally, after two years! Yeaahhaa!!
Lepas ni biarla mak ko merasa pulak ko konvo Universiti, nak. Blajo pepandai.


Lepas sidang satu, majlis berehat sebentar dengan kitkat persembahan dari murid-murid Pra Sekolah yang join Pertandingan Tarian Seri Rampai antara sekolah-sekolah dalam Putrajaya. SKPP 11(3) dapat tempat saguhati. Kira okla, bukan senang nak ajor bebudak ni. Banyak kena sabau!


Lepas selesai majlis, sesi bergambar dengan rakan sekelas. Ala, macam korang konvo U dulu-dulu la. Posing sana sini style hindustan pun ada! Samala ngan anak aku. Habis semua kawan aku suruh dia posing. Ulang sekali lagi, aku yang suruh. Huhu, buat kenangan wei. Esok-esok dia konvo U, boleh la dia tengok gambor masa dia konvo tadika ni.


Eh, eh...mak tertangkap gambo budak ni! Berkenan buat calon menantula. 
Kata dah grad kan? Muakekeke.



Tadaa...gambor berdua ni mahal tau! Sengeh kemain besau ko Naim. Seronokla tu dapat bergambo ngan aweks. Kikiki. Tahun depan dah darjah 1. Abesla mak ngan pak ko kena gerak awal dari umah. Kalau ikut waktu macam biasa skarang ni, kompem asyik-asyik nama NAIM je yang penuh dalam buku pengawas. Adeh! Azam tahun baru mak ngan pak ko la ni nampak gayanya, kena gerak awal. Huhu. Apa pun, kepada anak Ummi, blajor rerajin..pepandai. Esok dah beso senang nak ke mana-mana ada ilmu. Ummi doakan anak Ummi senang dan berjaya dunia akhirat. AMIN!




Tuesday, October 25, 2011

Hari Keluarga PraSekolah SK Presint 11(3), Putrajaya

Salam semua. Entry kali ni moh cherita pasal Family Day PraSekolah Presint 11(3). Best tau, siap ada family day lagi. Mak ko dulu ni skolah tadika takdenya nak merasa family day bagai. Takat hari sukan tadika je ade la. Kau ada? Program start pukul 8.00 pagi, hari Sabtu, 22 Oktober 2011. Bagus program macam ni dibuat. Boleh mengeratkan hubungan antara Pengurusan Sekolah, parents dan juga murid-murid. Jom, cekidaud!!




Ha, moh daftar dulu. Kang jap lagi ada cabutan vertuah!


Ni time bekpes. Parents pakat buat style potluck. Dapatla merasa macam-macam menu! Ada buat bihun goreng, soto, mee goreng, spagethi, roti canai pun ada! (Potluck ye, bukan pork luck. Sebab ada member aku dulu kemain lagi bercerita hingar satu opis, dia buat PORK luck masa pegi picnic kat PD. Senak perut aku gelak).


Ok, time join the game! Aku, Peja and Naim masukla dua tiga games. Ko nampak 2 beranak nun? Sama-sama bulat!! Muakeke. Ni nama game Simpulan Kasih kau!


Terhuyung hayang Peja bawak Naim. Dapat masuk final wei. Peringkat saringan dapat tempat kedua. Bila masuk final tu, dapat tempat last sekali! Hehehe. Takpela nak, tahniah!


Ni pulak acara untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Sebabnya ramai sangat adik-adik ni datang teman abang ngan kakak, termasukla si Iman. Sebab tu la pihak penganjur buat games ni khusus untuk adik-adik kita ni. Ha, rebut..rebut!! Tapi adik-adik baby ni tak berapa reti nak berebut. Tengok je. Amik satu, lepas tu blah. Aiseh


Kenala orang tua yang ajorkan. Ngeh ngeh ngeh. Songlap masuk dalam baju.

Ok, next game ialah 'Mamaku Cun'. Haha. Lawak tul game ni. Murid-murid dikehendaki makeupkan muka ibu ikut kreativiti diaorang la. Taruk bedak, lipstik, eye shadow ngan aye liner. Beria budak-budak ni mengerjakan muka mak masing-masing. Aku pun join gak game ni. Pergh, tekun dak Naim conteng muka aku. Berseri abes beb!!!

*

*

*

*

*


Tengokla wajah berseri daku.
Baek punya taruk eye liner. Ingat eye liner tu pensil warna?? Huhuhu


Huhu, Peja tengok muka aku macam ni gelak sakan! Oo, suka nampak? Kang aku keluar rumah macam gini kang naya abahnya! Hehe. Weolls tak leh lama join kat sini sebab tengahari tu terus zass pegi Hospital Selayang jenguk Ayah.





Wednesday, June 8, 2011

N A I M

Naim tinggal kat Kota Bharu. Ujung minggu ni baru datang sini balik. Nanti Pak Incik bawakkan sebab kebetulan minggu depan Pak Incik ada appointment kat Siptal Selayang (every month kene ngadap tuan doktor). Duk kat umah time Naim takde ni is...B O R I N G! Takde kawan nak gaduh! Muahahahaha. Iman pun kesian gak. Terkebil2 sorang. Huhuhu. Naim, ummi rindu Naim!!!

ek eleh, buat muke blur arr tu!! 

Rindu betul kat bantal pelok aku ni! 
Huhuhu..serius seh muka tengok kartun. Aku toleh skali lagi dah lelap rupanya.
Lokasi kejadian: Umah Kota Bharu

Monday, May 2, 2011

Panadol

Alkesah ari Jumaat lepas, si Naim ulang-ulang kali sebut nak Panadol, nak Panadol. Apsal plak hero Malaya aku yang sorang ni, tetiba je mintak Panadol. Ko sakit ke ape nak oi. Risau gak. Aku nak belek katalog Cosway pun tak aman.

Naim: Ummi, Naim nak Panadol
Aku: Aik?? Panadol..?? Kenapa bang..? Abang sakit ke?
Naim: Bukanla..Naim tak sakit. Naim nak Panadol je. Nak buat main2.
Aku: Lor, buat main pulak..?? (aku dah syak dah, ni bukan mintak Paracetamol ni)
Naim: Iye, boleh buat burger...buat karipap
Aku: Ce tunjuk camne rupa Panadol tu
Naim: Ni ha...(ambik katalog Cosway, belek2 pastu tunjuk Panadol tu kat aku)
Aku: (Tahan gelak) Owh..ini PLAYDOUGH la Naim, bukan Panadol.

Hadoi...