Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

INTAN Sabah

Saat menerima tawaran kursus di INTAN Sabah, hati rasa macam tak percaya. Betul ke? Nama aku ke tu? Sebabnya, sebelum ni apply kursus kat Sabah Sarawak tak pernah le nak naik nama aku ni. Tu yang terkujat, terharu, tak percaya semua ada. Hehehe. Mungkin sebab nawaitu mula-mula tu dah tak betul kot. Orang berkursus nak menimba ilmu, nak nambahkan pengetahuan dan kemahiran. Aku, nawaitu awal nak naik katerbang MAS free and nak jenjalan. Ekekeke. Tapi alhamdulillah, kali ni berjaya jugak aku menjadi antara insan-insan yang terpilih untuk mengikuti Kursus Kecemerlangan Diri. (saya sangat cemerlang dalam memlih tempat berkursus...ekekke). Bertambah cemerlang bila rakan sekutu aku (Ijan) pun terpilih sama. Ngam betullah, dan semakin gemilang bila kami extend our day untuk tujuan shopping! Muahehe. Seb baik tak over pergi sampai Kundasang tau.

Dari rumah, janji jumpa ngan Ijan kat Putrajaya Sentral. Takyah Peja and anak-anak nak ngantor sampai KLIA. Tambang pun takdela mahal benor. RM 6.20 jer sehala. Flight kita orang pagi, jam 9. Sampai KLIA terus checkin. Ngam-ngam time. Takdela lama lepak kat airport. Bila dah masuk ruang menunggu tu, hujan selebat-lebatnya la pulak. Ijan dah nervous. Aku pun cuak jugak. Dengan kilat guruh bagai. Tapi alhamdulillah, sebelum fly hujan dan berhenti. 

 Ni kat Putrajaya Sentral. Konon-konon cam nak try urut. Cam best je

 Sekali tengok harga..huh, singgit dapat 3 minit je? Tak sempat nak rasa nikmat urut. 
 (aku yang kedekut)



 Menu for breakfast on the sky: Nasi lemak je

Sampai Kota Kinabalu lebih kurang 12.30 tengahari. Kawan Ijan dah standby tunggu kat airport. THANK YOU SAL sebab sudi antor kami ke INTAN and bawak kami pusing jenjalan KK. Sal ni solo lagi. Sape-sape yang nak ngorat awek Sabah yang baik hati ni boleh roger aku eh? Muahehehe.


 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

 Mini Putrajaya

 1 Borneo

 Yeay!! Sampai sudah, INTAN Sabah

 Check in time

 Our room...nice one! Superb!







Lepas check in, Sal bawak kami pekena lokan panggang. Kiranya menu famousla kat area INTAN ni. Kami pun tak pernah makan. Sedap woo. Tak jauh pun dari INTAN ni. Kiri kanan jalan banyak gerai orang jual lokan panggang. Pilih je mana yang berkenan. Selain lokan panggang, kat sini juga famous ngan kelapa bakar and jelly, and semestinya sedap! 


 Rakan sekutuku tengah tekun kaut hasil kelapa jelly. Nyum nyum

 Inilah Sal yang baik hati

 Lokan panggang yang yummeh!!


Malam, kami dinner kat area Giant kat situ. Lupa nama. Ada la food court macam kat Teja, Presint 9. Balik bilik baru terasa penat. Tak berehat lagi kami sejak dari sampai Sabah. Apa lagi, malam tu tido lena!! 








Sepanjang 4 hari berkursus kat INTAN dapat disimpulkan memang best! Kursus best, tempat pun best! Sesiapa yang belum pernah sampai INTAN Sabah, sila-silalah apply online ye. macam-macam kursus ada. Best-best pulak tu. Ehem, Next entry will update about our extend day kat Kota Kinabalu. Have a nice day all! Muahehehe.

Tuesday, June 21, 2011

Kota Kinabalu Part 4

Day 4
19 Jun 2011

Kali ni awal skit bangun sebab nak terkam Pasar Gaya a.k.a Sunday Market. Hanya dibuka setiap Ahad dari jam 5.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Lebih kurang macam Catucak Market kat Bangkok je gayanya sebab macam2 ade. Baju, periuk belanga, peralatan hiasan, kucing, anjing pun ada! Huhu. Mujurla aku ni pesen bukan jenis suka mutiara bagai, so datang Pasar Gaya ni stakat beli t-shirt 2 3 lai ngan fridge magnet je. Jimat duit. Muahaha.

 Muka ngantuk kena bangun awal. Si adik lagila, angkat time tengah tido.


 Yess!! Kami di Gaya Market


Tinjau2 je. tak memborong pun.

Kejap je kami kat sini, dalam sejam je kut. Lepas tu kami cecepat pegi Pasar Basah borong udang kertas (RM14/kilo) 6 kilo then beli sotong besor 2 ekor (RM16). Dari Pasar Basah weolls jalan kaki ke Pasar Ikan Masin beli ikan bilis, udang kering, amplang dan teh sabah. Haa, kat sini baru ya memborong sakan!!! Balik hotel, chekout pukul 1 petang. Pusing2 bandar KK pastu lunch kat Suria Sabah, pekena nasi ayam. Nyum3. Gedebuk gedebak pi airport jam 5.00 petang. Flight AK 5115 berlepas dari KK jam 8.05 malam dan weolls selamat touch down jam 10.35 malam. 




Kesimpulannya, trip ke Sabah memang best ba! Boleh repeat lagi nih! Banyak lagi tempat2 yang tak terjah. Tapi, kalau berjalan dengan budak kecit ni especially baby, memang uolls akan penat dan tentatif program pun banyak yang kena skip2. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya Sabah!

S E K I A N

Kota Kinabalu Part 3

Day 3
18 Jun 2011

Hari ni tak berapa nak pagi jugakla baru bangkit. Alasan tetap sama, kesian kat budak2. Kasik tido lama skit baru gerak. Plan hari ni nak ke Kundasang. Banyak jugakla aku plan nak menyinggah antaranya:

Desa Cattle Dairy Farm
Kundasang War Memorial Park  
'Tagal' Fish Spa, Sungai Moroli
Kinabalu Park

Senang je jalan nak ke Kundasang ni. Kalau dari KK, uolls amik jalan nak ke 1Borneo atau Universiti Malaysia Sabah. Lepas tu ikut jalan nak ke Tamparuli, Tuaran. Dari KK ke Kundasang lebih kurang 2 jam setengah. Jalan dia takdela pusing putar alam macam nak ke Cameron Highland tu. Sepanjang perjalanan, mata akan dihidangkan dengan pemandangan gunung-ganang, sambil main semunyi2 ngan Gunung Kinabalu. Susah jugak nak nampak puncak sebab sentiasalah dilitupi kabus. On the way ke Kundasang, singgah kejap kat jambatan Tamparuli. Nak feel lebih2 posing atas jambatan tak dapek. Hero-hero Malaya aku baek punye tido dalam kete. So, amik dari bawah je la.

 Tak nampak puncak gunung. Huhuhu



Perjalanan di sambung lagi. Tak lama lepas tu nampak ade tanah lapang sket kat tepi jalan, berenti jap amik gambo sket berlatarbelakang Gunung Kinabalu. Masa ni dah rasa nyaman udara sejuk. Posing sedas dua pastu akhirnya sampai juga weolls kat Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3/adult. RM1/child. Tapi Naim ngan Iman dapat free! Hehe. Pusing2 ngan kereta 1 round amik2 gambor, posing ala2 artis gitu pastu gerak menuju ke Ranau.


 ade ayor terjun!!!
 

Sampai kat Ranau dah tengah hari. Lunch kejap kat KFC then sambung balik perjalanan ke Sungai Moroli untuk menikmati spa ikan! Huhu. Kat sinilah paling enjoy! Dengan air sungai yang jernih dan ikan besor2, perghh...memang best! Bayaran masuk RM5/adult dan RM2/child untuk 15 minit. Ini ada sikit info dari Sabah Tourism pasal ikan2 kat Sungai Moroli ni.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage Ranau  
Fancy something more unique than your average spa? Then head on to Kampung Luanti, Ranau for a fish massaging session! Located in Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometers from Kota Kinabalu (2 hours and 40 minutes drive away); this fish massage ‘spa’ is managed by the Kampung Luanti JKK and lead by Mr. Jeffrin Majangki. In the Local Kadazandusun dialect, ‘tagal’ means ‘no fishing’, and the main purpose of the ‘tagal’ is to preserve the environment as well as the ecosystem to benefit the future generation. ‘Ikan Pelian’ or Malaysian Mahseer comes from the family of Cyprinidae. These fishes are specifically trained by the villagers to perform the healing massage activities. The fish massage is deemed to have a curative effect on those who suffers from psoriasis. Come to Kampung Luanti for regular fish massages and you will enjoy smoother and suppler skin - just like a baby’s bottom.

 Mak geli nyah!! Tak tahan!! Eii..kejap je aku rendam kaki dalam ni. 


Hak hak hak, Mr.Peja pun kegelian! 


Jernih betul air sungai ni. Kalau dapat terjun best. Tapi kalau didampingi ikan2 besor ni, tak nak, geli yang amat masa dia gigit manje tu!!! 


 Iman je yang nak layan mende2 ni. Si Naim macam biasala tunggu kat tebing.

Memang betul2 enjoy kat sini. Habis 15 minit masa berspa manje2 ngan ikan, weolls patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Subhanallah! Pemandangan kat sini cantik sangat, betul2 dibawah kaki Gunung Kinabalu! Cuaca pun sejuk tau! Masa sampai tu dah pukul 3.30 petang. Target nak beli susu kat sini tak dapek sebab dah abes!! Huhu. Ramai orang kata susu kat sini segor dan sedap! Sebelum masuk sila bayar harga tiket kat entrance wokey, RM3/adult and RM2/child. Dairy farm ni di buka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Proses pemerahan susu akan dilakukan setiap hari mulai jam 3.00 petang. Dapatla uolls tengok lembu2 ni beratur tunggu giliran untuk diperah susunya. Bukan perah pakai tangan ye uolls. Ni pakai mesin2. Cepat dan pantas! Huhu.







 







Hoho, kat sini pun best. Rasa macam tak nak balik pun ada! Konon lepas tu nak pergi Kundasang War Memorial Park tapi tak jadi sebab masa tak mengijinkan (tak jumpe kat mana pun ye jugak). Poring Hot Spring weolls tak pergi sebab rasa macam tak perlu kut. Dalam pukul 4.30 petang baru gerak balik ke KK. Sampai KK terus balik apartment, mandi2, rehat2 pastu malam keluar makan. Lepas makan, terjah pasar malam. Skodeng sikit2 je. Konon esok nak membeli kat Pasar Gaya. Then, balik bilik zzz.

Monday, June 20, 2011

Kota Kinabalu Part 2

Day 2
17 Jun 2011

Kalau ikutkan plan yang dah dirancang, hari kedua ni pagi2 lagi nak ke pulau. Tapi bila bangun pagi tengok cuaca mendung, so sambung tido balik (kesian kat budak2, terutamanya si Iman. Tengah syiok tido nak kene kejut. So, layankan aje tido depa). Bila tersedar dah pukul 9.00 pagi. Itu ini aje pukul 10.00 baru siap. Turun makan kat kedai mamak bawah apartment tu, layan nasik beriyani. Nyangkut jugak! Pastu tapau roti canai kosong untuk dijadikan bekal ke pulau. Memandangkan matahari dah meninggi, weolls naik teksi dari apartment ke jeti Jesselton. Harga tambang RM12. Merayu nak dapat RM10 tak dapat. So, naik jela. Kalau jalan kaki kompem sampai jeti korang pengsan! Muahaha. Dengan panasnya lagi. Jauh jugak kalo nak menapak. Sampai sana skodeng rege ke pulau. Ada banyak kaunter kat sana, korang pilihla mana yang nak. Aku try ushar kat kaunter nombor 2, rege dia 1 pulau RM17. Aku try tawar RM15, dapat! Kalau 2 pulau RM27, aku try tawar RM25, hehe misi berjaya!!! So, akhirnya kami pilih untuk ke 2 pulau, Sapi dan Manukan. Mula2 akan ke Pulau Sapi, after 2 hours akan ke Pulau Manukan (ramai geng blog ngan forum memuji2 keindahan Pulau Manukan). Sudahnya, pukul 12 tengahari baru gerak dari jeti. Rupanya ada hikmah kami gerak lambat sebab pagi tu angin ngan arus kuat. Aku ada terdengar abang2 jeti tu bercerita, semalam siap ade bot terbalik lagi. Owh sungguh mengerikan. Apa pun masa weolls pergi ni, alhamdulillah cuaca cerah dan laut pun takdela bergelora sangat!

 Jesselton Point

 Tengah tunggu bot, 
nak berposing kat luar terik sangat matahari so lepak kat sini dulu

 Pilihla mana yang berkenan, mana yang murah

 Lepas skodeng2, ini yang menjadi pilihan

 First time Naim ngan Iman naik speed bot. Terserlah kecuakkan muka masing2

 Naim tinjau jela dari jauh. Beria pakai life jacket bagai. Nak cecah air takde maknanya.

 
 Ko nampak tuh??? Orang lain pakat duk snorkel tengah laut nuh, dia snorkel kat gigi pantai. Apa nampak?? Pasir la! (ce teka tu sape? Miahahaha)

Pulau Sapi ni pantainya kecik je. Masa weolls sampai dah tengahari, memang crowded yang amat. Tapi, alhamdulillah ade rezeki kami dapat port bawak pokok baik punya. Apa pun best berendam kat pulau ni sampai tak sedar dah 2 jam kami kat sini. Ok, time untuk ke Manukan pulak! 

Ini salah satu view yang diambil dari Pulau Manukan.

Sedih dan dukacita sebab aku duk imagine Pulau Manukan ni tersangat indah dengan air yang jernih. Tapi tak tahula, bukan rezeki aku kut, time sampai Manukan tu pantainya penuh dengan ranting2 kayu, daun2 mati. Plastik pun ada. Merebak sampai ke dalam air. Owh, sungguh sedih! Pastu pantai dia banyak batu2. Tak macam kat Sapi, sedap je berendam sambil kaki menyentuh pasir2 halus. So, takdela mandi beria kat Manukan ni. Penat jugakla nak tunggu 2 jam. Berapa kali pindah tempat. Semua tempat ade batu dan sampah. Owh, nangis lagi. Huhuhu.

Belah sini je yang kurang sampah, ranting2 kayu ngan daun2. Tapi batu2 kecik besor tetap menjadi teman kakiku. Sakit!!!




Nampak puncak Gunung Kinabalu dari Pulau Manukan ni.


Gerak dari Pulau Manukan pukul 4.30 petang. Sampai jeti lebih kurang pukul 5. Terus amik teksi balik apartment. Rehat2, gedebuk gedebak malam baru kluar balik. Pukul 8.00 janji ngan orang sewa kereta amik kereta Viva (manual, RM100/day) kat depan apartment. Hip hip hoorey! Kami dah ada kereta. Panjang sikit langkahnya. Malam tu kami dinner masih lagi kat blakang Pasor Pilipin, tapi gerai lain pulak. Layan udang bakor lagi! Lepas tu terjah pasar malam. Tapi kejap je sebab si Iman dah menggelupur sebab tak cukup tido Adeh.

Nafsu anda sudah bangkit??? Napsu makan la!! Muakaka

 
 Budak kecit dah ngantuk