Showing posts with label ekspo. Show all posts
Showing posts with label ekspo. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Save the date!


Kepada penggemar expo dan juga sales clearance, watch out! Banyak event akan menemui anda pada tahun 2013 ni. Sayalah salah seorang darinya. Saya suka menjebakkan diri kat expo-expo macam ni sebab time expo ni banyak special offer yang kita akan dapat. Contohnya, macam kalau beli something, kita akan dapat free gift itu, ini dan ini. Kalau time biasa kita beli kat shopping complex tu tak akan dapat extra offer ni. Dan sudah tentu harganya akan murah sedikit dari biasa. So, tarikh yang terdekat bakal menemui anda ialah di:


Venue: No.1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Warehouse Clearance macam ni saya tak pernah join, maybe best jugak kot. Dekat Puchong je tu. Boleh la kalau nak menggatal kan? Kikiki

NEXT:
Event: Mother, Baby & Kids Expo (MBK)
Date: 18th - 20th January 2013
Venue: Hall 4, PWTC, KL
Admission: FREE


Bulan November aritu rasa sangatlah sedih sebab tak dapat terjah dua expo yang dah ditarget, iaitu MBK Expo dan juga 4th Maternity & Children Expo. Tarikh kedua-dua expo ni dekat-dekat. Time tu pulak saya balik kampung. Tapi rupa-rupanya dia datang lagi. Senyum lebor bila dapat tau! At that time dah masuk 28 weeks, rasanya dah boleh dah shopping barang baby sikit-sikit. Buat hilang gian konon. Hihi. Nak beli banyak pun, barang abang-abang dia masih elok lagi (sehingga ke entri ini ditulis, gender baby masih lagi misteri). Maybe shopping baju skit, lain-lain tu more to skodeng baby gear kot. So, untuk MBK bulan Januari ni boleh la dikatakan sebagai pra shopping sebabnya....


Tadaaa....ada 1 lagi ekspo yang akan diadakan pada bulan Mac! Huhuhu!
Event: Motherhood Expo 2013
Date: 1st - 3rd March 2013
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre
Time: 10.30am - 9.00pm
Admisison: FREE

Haa..Motherhood expo ni tak pernah pun join. Jom tengok exhibitor portfolio:
  • Maternity & Children's Clothing and Accessories 
  • Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
  • Natural Nutrition Food for Weaning Babies
  • Organic Toddler Formula Products
  • Diaper, Furniture & Toy Retailers 
  • Infant & Toddlers Safety Products  
  • Breastfeeding & Mommy's Groups 
  • Early Education Products
  • Financial & Insurance Institutions

NEXT:

Maternity & Children Expo is the event for your pregnancy, baby and toddler. Happening on 5th-7th April 2013 at the Mid Valley Exhibition Centre Hall 1,2,3 and Atrium, this is the 'must attend' event for expectant parents and new parents. You will find Malaysia's leading experts on pregnancy, baby and toddler, as well as amazing shopping and fantastic live entertainment for the little ones. Plus fantastic features, such as Baby Feeding and Nursing Room, ton of exciting stage activities with prizes galore and expert seminars make this an unforgettable outing

Aduhai...ayat dia sungguh menggoda daku! Pandai sungguh yang tukang karang ayat ni. Betul-betul terpikat. Hihi. Tapi bulan April la pulok. Bulan due tu! Tarikh saya dijangka bersalin adalah pada 13 April 2013. Tengah tunggu hari sangat-sangat dah masa tu. Tapi kan, exhibitor portfolio dia macam lagi best je (padahal sama je kot). 

  • Maternity Clothing and Accessories 
  • Slimming, Beauty and health Care Products
  • Breastfeeding & Mommy's Groups 
  • Baby & Children Garments and Accessories
  • Baby & Children Bedding and Furniture
  • Toys, Playing and Learning Products 
  • Early Education, Training, Courses
  • Programmes and Products
  • Food, Feeding and Nutrition
  • Medical Biotechnology & Stem Cells Services
  • Insurance & Financial Institutions
  • Photographer Services for Children & Parents 
  • Stroller & Gear, Travel Products
  • Baby & Children cares & Daily Used Products 

Uhuhu...kalau tak rasa sakit-sakit lagi bolehla menjoinkan diri. Kut time tu tengah duk meneran dalam labour room! Ahahaha. Ada few lagi exhibition baby and children expo yang akan diadakan sepanjang tahun 2013 ni, tapi biarla saya publish yang ni dulu. Yang kemudian tu coming soon. Kang taruk semua sekali gus takut kawan-kawan lupa. Ececece. Ok, take care semua, adios and have a good day. 

Wassalam. ;-)


Sunday, September 16, 2012

Renovation Expo

12th Edition Super Home Ideas Renovation Expo 2012
5 Sep 2012 (Sat) - 17 Sep 2012 (Mon)

Jom kengkawan, kita pakat terjah ke 12th Edition Super Home Ideas Renovation Expo 2012. Lokasi kejadian di Mid Valley Exhibition Centre, Hall 1, 2 dan 3. Masa, dari jam 11 pagi hingga jam 9 malam. Sempat lagi ni sampai esok beb! Sejak pertama kali menggatalkan diri singgah di Renovation Expo kat PWTC bulan Jun aritu, kali ni rasa cam nak pergi lagi. Saje je jalan-jalan cuci mata. Belum tentu nak membeli pun kan? Nak-nak dah ujung bulan ni. Seksa rasanya nak menanti gaji. Huhu. Apa pun yang pasti, banyak deal-deal menarik menanti anda. Biasanya, time expo macam ni kita akan dapat special promotion. Beli ini, percuma itu dan ini. Beli ini, dapat warranty sampai 5 6 tahun. Wah, sape yang tak nak kalo FREE kan? Muahehe. Masa expo bulan Jun aritu kami sibuk dok skodeng kitchen cabinet (KC), kali ni nak skodeng pintu pagor letrek lak. Muahehe. Saje je menggatal. Next entry daku citer pasal KC yang sudah menjadi idaman qolbu, hasil skodengan di Renovation Expo June 2012. Adios! Nak gi Mid Valley ni. 

Wednesday, April 18, 2012

Pesta Buku 2012

 

Jom ramai-ramai terjah Pesta Buku! Masuk percuma ko! Takde bayor-bayor. Sposen pun tak kena. Syok juga ni kalau bawa anak-anak ke sini. Boleh kita bagi pendedahan dan tanamkan minat pada buku kat anak-anak. Mesti Naim suka. Maklumla, time tu buku-buku melambak depan mata. Harga pun murah-murah. Boleh la beli sedozen dua buku cerita dan latih tubi untuk Naim. Naim dah pandai membaca. Tapi bacanya tak ada nokhtah! Senada je bunyinya. Huhuh. Takpa, takpa. Kata orang putih, "practice make perfect!" Untuk Iman, boleh cari buku-buku yang warna warni sikit. Sesuai ngan umur dan minda yang tengah nak berkembang. Untuk mak pak depa plak, nak cari buku-buku motivasi (wahh!!!), buku-buku agama, buku-buku mengeratkan rumahtangga. Nanti lepas abih kursus nak pergilah kat sini. Tinjau sendiri buku apa yang sesuai. Anda diluar sana pun jom serbu!! Jangan lepaskan peluang.


 





Kata hati: Macam tak terpandang iklan Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIK SINI!!!) ni kat mana-mana media massa. Ke aku yang tak terpandang? Hmmm...