Showing posts with label indon. Show all posts
Showing posts with label indon. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Bukit Tinggi Part 3

Day 3
29 January 2011

Pagi2 macam biasalah, breakfast kat hotel. Main menu masih sama...nasi goreng, disamping beberapa menu yang lain. Layan kan ajela, janji perut kenyang. Hari ni, kami nak ke Danau Maninjau melalui 44 kelok. Ko tau ape itu kelok? Kelok tu jalan bengkang bengkok macam ulau kene palu! Uwekk!!! Tapi Maya Kaya Allah, bila tengok pemandangan yang superb kat sini, hilang rasa sakit kepala, timbul rasa jatuh cinta. Subhanallah...dalam brutal aku sempat bertasbih! Cantik sangat2 uolls. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sampai kat Maninjau, kami singgah di Rumah Kelahiran Buya Hamka. Korang kenalkan siapa dia ni? Beliau merupakan seorang penulis dan ulama terkenal di Indonesia. Tapi aku tak amik gambar kat sini bukan kerana aku tak suka ngan sejarah lama, tapi ini semua adalah disebabkan BATERI KAMERA HABIS!!! Rasa rindu sangat2 kat tempat ni. Rasa macam Danau Maninjau memanggil2. (skarang jugak aku skodeng tiket AA kalau2 ada promosi ke Padang. Wihee!!). Agaknya aritu rezeki kami semua, awan tak menutup tasik, so memang clear boleh tengok sepuas2nya! Next time gi kene stay kat Nuansa Maninjau Resort satu malam. Baru lepas gian! Saje aku kasik X-tra Large gambau tasik ni, bior puas hati aku! Huhuhu..lalala.





 Liuk lentok posing aii...

 Cepat tahan kentut masing2 ye tengok muka gedik ini! 

 Ni pulak tempat sangkar ikan. Tak berkesempatan nak p situ. Kalau idak lagi la marbeles!

Tengok warna air..ada dua warna kan? Kata Pak Tony yang warna cerah sikit tu terjadi akibat dari sulfur yang naik ke permukaan. Katanya la..

Hari ni aktiviti tak padat sangat. Dari Danau Maninjau kami kembali ke Bukit Tinggi. Lepas tu leisure time kami semua. Takde terikat ngan program yang di aturkan Pak Tony. So, lepas balik je dari Danau Maninjau, semua pakat pulun gi tawaf Pasar Atas sekali lagi, last kopek punya. Esok pagi2 dah nak balik KL. Time ni la membeli bagai nak rak. Skill tawar menawar semua pakat tunjuk. Maghrib, kami balik hotel. Selesaikan semua urusan tergendala lepas tu untuk dinner kitaorang makan Pecal Lele. Tapi memandangkan kameraku dah abes bateri, so tak dapekla nak menepek gambo. Harap maap. Nanti aku ushar ngan McNa. Malam, apa lagi, upacara kemas beg arr. Sumbat segala hasil borongan, bagai nak pecah beg sorang2. Nasib baik tak lebih berat. Kalau tak, cukur semua bulu yang ada buat bayor yang terlebih tu. Hauhauhau.

P/S: Ingat2 la sambar charger camera ye Mek bila lain kali ko nak bervacation bagai!

Day 4
30 January 2011

Seawal jam 2 pagi dah bangun. Siap2 segala, pergi ke cafe hotel untuk amik bekal breakfast. Lepas tu naik coster menuju ke Padang. Sambung tido kroh2. Sampai di Bandara lebih kurang jam 7.00am W.I.B. Flight kami AK471 akan berlepas dari Minangkabau International Airport pada jam 8.30am W.I.B dan alhamdulillah, kami semua selamat sampai di LCCT pada jam 10.40am waktu Malaysia. Selesai sudah hutang aku pasal entry ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia ini.


Bukit Tinggi Part 2

Day 2
28 Januari 2011

Huhu, pagi yang cerah kini sudah tiba! Hoyeh! Kitaorang semua pulun breakfast kat hotel. Menu nasik goreng. Boleyla derr. Dalam jam 8 pagi W.I.B, Pak Tony ganteng dah ready menunggu kat lobi hotel. Acara seterusnya ialah menuju ke Sulaman & Bordiran Hajah Rosma. Mengikut cerita Pak Tony, Hajah Rosma dulunya seorang guru. Memandangkan jaman dulukan susah, ramai penduduk tak mampu nak hantar anak ke sekolah, maka Hajah Rosma ni pun terfikir satu cara yang boleh menyumbangkan pendapatan kepada warga kampung. Kebetulan, Hajah Rosma ni pandai menyulam. Jadi, dia ajar anak2 gadis kampung dia dengan kepakaran yang dia ada. Sebab tu Hajah Rosma ni sangat terkenal di seluruh Indonesia kerana jasanya yang telah disumbangkan untuk memajukan kampung dia. Famous sangat, sampaikan program Nona kat TV3 tu pun pernah buat liputan sampai ke sini. Tapi of coursela, harganya bisa cecah ribuan Ringgit ya buk! Bukan Rupiah tau! Huhu 
 


Inilah tokey besarnya, Hajah Rosma. Masih sihat lagi.

Tengok sulamannya, halus sekali!

Huhu..boleh pandang-pandang je la, nak beli den tak mampu

Ok, sesudah menjamu mata kat Sulaman & Bordiran Hajah Rosma, kita orang gerak2 khas menuju ke Perusahaan Kiniko, tempat buat kerepek pisang n kopi di Batu Sangkar. Dapatla tengok macam mana depa buat pisang salai. Best woo..rangup2! Kat sini, kita boleh minum  air kopi or teh free je tau. Korang nak balun minum sampai kembung pun takpe.  Pekene kopi atau teh ditambah pula dengan pisang salai yang panas2 dalam cuaca dingin, pergghhh..marbeles!! Kat sini, cuacanya sejuk! Macam kat Genting wokey. Kalau bercakap memang keluar asap. Udahla sejuk, pemandangan pulak..hijau je. Sehat betul mata aku kat sini.



Tengok orang tengah packing pisang salai

The pisang salai

Sila duduk ye tuan2 sekalian. Sambil jamu mata, sambil2 jamu perut

Jangan terkentut ye bila tengok muke kegedikkan gadis berdua ini. Uuhuhu

Tengok tu uolls, hijau je. Betul2 segar mataku duk di Bukit Tinggi ni


Lepas layan krepek pisang, minum kopi dan of course la posing maut bagai kat Kiniko tadi, maka perut pun sudah menggelegak minta diisi.  Stakat kerepek pisang je kan. Mana nak tahan beb. Perut aku ni perut jati nak kene masuk nasik. Barulah complete hariku.  Kali ni Pak Tony bawak kita orang memuaskan napsu makan kat Restoran Pondok Flora. Restoran ni kat tengah2 sawah. Best woo, feel makan sambil dibuai2 angin sawah. Huhu. Time ni aku lupa apa itu maksud OPIS!




Agak2 ko dah kenyang, ko bagi pulak ikan2 ni makan.

Jus sirsak a.k.a Durian Belanda

Wonggeh, perut sudah kenyang, moh kita sambung perjalanan ke Istana Pagar Ruyong. Istana ni now buat syarat je. Tiga kali bina, tiga kali di sambar petir. Apa pasal kerap disambor petir, aku pun tak tahu. Kita orang stop sekejap je, untuk apa tuan2 sekalian? Haruslah untuk posing!! Huhu
 
Konon2 Pak Tony cakap stop kejap je ye. 10 minit cukup. Haram jadah 10 minit. Last2 stengah jam jugak kita orang jadi model terhormat kat sini


Pak Tony yang sabor menunggu kami berposing. Sorry ya pak!

Bila masing2 dah selesai dengan style posing maut mengancam, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Tasik Singkarak. Dengan keluasan 107.8 kilometer persegi, ia merupakan tasik yang terbesar di Sumatera Barat. Jalan nak menuju ke tasik ni macam ular kena palu. Kalau korang yang jenis tak tahan, siap2kanlah plastik dengan minyak cap kapak bagai wokey. Kang pening2 ke or nak termuntah ke adela yang boleh ditadah dan mende berangin skit yang nak dicium buat ilang mabuk. Pastu, kitaorang singgah di Pandai Sikek, kerajinan membuat songket dan ukiran kayu.



Tasik Singkarak


Ni kat Pandai Sikek di Batu Sangkar

View kat blakang kedai di Pandai Sikek. Sejuk ye tuan2 sekalian kat kampung ni

Another superb view at Pandai Sikek, Batu Sangkar

Ok, bila dah membuat sedikit (sikit je ye) borongan kat Pandai Sikek tadi, kita orang pun menuju balik ke Bukit Tinggi. Time ni dah petang dah. Energy pun dah tak berapa nak banyak. Masa dalam coster blasah tido sampai terteleng2 kepala. Huhu. Tapi bila sampai je kat Ngarai Sianok, segar balik mata. Ngarai ni dekat bebenor ngan hotel kita orang. Jalan kaki dalam 20 tapak je kut sampai la kat hotel. Kat ngarai ni ada kubu Jepun jaman dulu2 punyer, atau dalam bahasa Indonnya disebut Lobang Jepang. Korang boleh la masuk lobang ni mengintai sejarah lama, macam mana rakyat tempatan kene seksa ngan Jepun. Tapi aku ngan McNa tak berani masuk. Kitaorang mestila masuk lobang lain! Lobang membeli belah! Huhu. Kat sini pun ade deretan kedai jugak. Boleh la korang buat terapi kat sini. Dah dekat Maghrib, kita orang menapak je ke hotel. Selesai semua urusan,malam tu kami makan di restoran tempatan. Gambo nanti aku try kodek ngan McNa sebab malam tu aku tak bawak kamera sebab nak jimatkan bateri yang ade. Aku lupa bawak charger camera daa..
Kalau Amerika tersohor ngan Gran Canyon, Indon pulak terkenal ngan Sianok Canyon


Ni la 'lobang' yang kami terjah! Deretan kedai yang setia menanti


  Huhu..tempat terapiku!!

Bukit Tinggi Part 1

Assalamualaikum...selamat pagi semua. Ok, entri kali ni aku nak update pasal trip ke Bukit Tinggi. Ni aku gi masa bulan Januari awal tahun aritu. Tapi, biasala nyah..mak busy! Tak nyempat2 nak update. Mak mintak maap ye nyah, asyik postpone je mak punye entry nih. Ini Bukit Tingga kat Indon tau. Bukan yang kat Pahang tu. Kalau yang kat Pahang tu takde tempat soping! Kalo ade pun mahal..huhu, poket aku bajet ciput2 je..suam2 kuku katakan. 

Trip ni aku plan dah lama dah..kalo tak silap after raya poser tahun lepas. Punyela duk cari info..tanya tour agent yang ni, yang tu..rege rata2 dapat RM 440 (paling murah wokeh) hinggalah RM 500 untuk 4 hari 3 malam. Aku plan memang nak stay Bukit Tinggi je, tak mo singgah Padang. Sebab mengikut kata forumer dalam cari.com yang dah otai2, tak singgah Padang pun takpe..Padang takde mende pun..balik2 nengok kesan runtuhan gempa..hmm, cannot go la..huhu. Naik jenuh jugakla tangan klik sana klik sini, last2 jumpe la ngan travel agent Raunsumatra. Harga yang ditawarkan amat2la memuaskan hati. Idakle sratus dua, tapi bolehla..RM380 untuk 4 hari 3 malam. Aku malas nak backpack bagai. Sebab aku gi 13 orang wokey..kang berbackpack ade yang tercicir dalam bas, jenuh!! So nak gaya ala2 santai, bercuti, menikmati pemandangan yang indah sambil menenangkan fikiran, amik je la travel agent Raunsumatra ni, tak yah banyak pikir. Semua di tanggung beres buk!

Day 1
27 Januari 2011

Flight AK470 yang kitaorang naik dari LCCT akan berlepas ke Minangkabau International Airport pada jam 7.50am dan dijangka sampai jam 8.00am waktu Indonesia Barat. Beza waktu, kita lebih awal sejam dari mereka. Flight duration dalam sejam kot.

 Yes!! Yes!! Muka bahagia dapat lari dari opis!! Huhu

 Jangan marah ye nyah..mak nak posing menggedik sket!

Alhamduillah, selamat touch down dalam masa yang telah dijanjikan AirAsia. Kat airport Pak Tony dari raunsumatra dah tunggu. Bunyi je bapak, aku dok bayang tua dah orangnye..rupa2nya masih ganteng gitu!! Owhh..kegedikkanku sudah terserlah! Paanngg!!! Memandangkan pagi2 buta dah tercongok kat LCCT, tak sarap ape..so si Tony ni ajakla bekpes kat Rumah Makan Lamun Ombak..(lamun ye..bukan lanun!!) Layan la roti canai ngan murtabak..pergghh, masin!!

 Airport Minangkabau

 
 The Masin Roti Canai, 
dicecah bersama kuah yang rasa cam kuah kacang..huhu, Indon style la kut

 The masin Murtabak...aku memang takleh blah!
Cecah kuah kicap wokey..macam makan ikan bako lak rasanya..huhu
Okay, perut dah kenyang sambung balik perjalanan..sebelum sampai Bukit Tinggi (amik masa lebih kureng 2 jam dari Padang) banyak tempat gak nyinggah. Mula2 stop kejap kat Lembah Anai Air Mancur..cantik tempat ni. Amik2 gambo, posing2 sket..pastu teruskan perjalanan lagi..next, kita orang stop kat Pusat Dokumentasi Minangkabau. Pakai la baju tradisi Minang..posing2 lagi..amik2 gambo..ok..beres!!

Superb view at Bukit Tinggi. Hijau je..sejuk mata mandang


Ayo terjun Lembah Anai

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau

Sila tahan kentut ye bila melihat aksi gedik kami semua memakai pakaian pengantin Minang ni..huhu
  
Dalam pada badan terliuk lentok berposing sakan, perut dah berbunyi..macam2 rentak ade derr. Barulah masing2 sedar, dah masuk waktu lunch rupanya! Uish, memang boley apply jadik model la kitaorang semua ni. Posing tak hengat dunia!! Patutla sendawa semacam je..kluor angin! Lapo!! Huhu..next destination is...
 Rumah makan Pak Datuk


 
Tu dia...penuh 1 meja..cakap banyak pun tada guna. Apa lagi, bedallah!!
 Jus alpokat a.k.a avoccado, sodapp!! Pekat, likat, memikat!!

Settle bab makan...perut pun dah kenyang, perjalanan diteruskan. Belom sampai Bukit Tinggi lagi ni..hehe. Now nyinggah kat kedai2 kain baju plak. Haa, dah start lah sesi terapi yang dinanti-nantikan! Tapi aku tak beli sangat lat kedai2 ni, sebab mahal skit kalo nak dibandingkan dengan Pasar Atas. Aku beli blouse je selai, buat lepas gian..hak hak hak. Lepas kat Puteri Minang, singgah kat Linduang Bulan, pastu adela stop kat few kedai lagi. Semua sama je..ada kain sulam, telekung..




 


 
Ni kat kedai Puteri Minang..mahal wo..tapi rambang gak mato den!!
 
 
 Linduang Bulan

 Telekung dia...cantik2 wei!! Japanese cotton beb! 


 
Bika ni dibuat cara tradisional. Tengoktu, pakai dapur kayu lahi uolls.

 Macam lempeng la kekdahnya. Sodap! 

 another superb view dekat ngan tempat bika talagu ni...dingin seh!


Sesudah menikmati Bika, sambung balik perjalanan dan akhirnya barulah kami sampai ke Bukit Tinggi. Padat seh jadual hari pertama kitaorang..dari start touch down sampai ke petang barulah sampai Bukit Tinggi. Tu pun dah nak senja.  Sampai je di Bukit Tinggi, kami terus checkin kat Hotel Grand Malindo. Okla hotel ni, walaupun 2 bintang je dan takde aircond, takyah la korang risau. Kompem sejuk punyer! Nyaman dan dingin sungguh! Checkin sekadar taruk beg je wokey, lepas tu terus naik bas untuk ke Pasar Atas. Pak Tony tinggalkan kami 2 jam kat situ. Amik aura katanya. Lepas 2 jam, meet up point kat Jam Gadang. Bila dah cukup korum, semua gerak di makan kat local restoran. Nyum2 isi perut, pastu balik hotel tido. Kasik rest badan sebab sehari suntuk siot  merempit! Esok mau jalan2 lagi. K, sambung kemdian! Daa

 Inilah gopernye Hotel Gran Malindo..okla for 2 star hotel kan uolls



 Pasar Atas..sorga!! sorga!!
 Turun dari Pasar Atas, nampak orang jual Pisang Bako, try sedas..ummphh! Sedap!!
 
 Meet up point, Jam Gadang

 Depan Pasar Atas, ade Bendi (kereta kuda). Korang nak naik dipersilakan. Aku tak mau.
 

 Hasil borongan selama 2 jam, dapat 3 beg..aku tak tahu la kalau sehari kat sini..brape beg la oii..huhu
 
 Restoran Gon Raya. Jom kita makan!

 Menu haruslah penuh 1 meja dari utara ke selatan wokey!