Showing posts with label kisah kami. Show all posts
Showing posts with label kisah kami. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Inside the womb

Salam Maulidur Rasul semua. Setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW. Cuti-cuti macam ni sure ada je aktiviti kan? Ada yang gi jalan-jalan, tak kurang pula ada yang duk kat rumah je. Kat sini hujan dan mendung je dari semalam lagi.  Pagi tadi kami keluar gi Poliklinik An-Nisa'. Hehehe, nak skodeng baby. Hopefully baby bagi kerjasama yang sangat baik. Kasi tunjuk muka and gender. Ummi nak beli barang pun tak syiok sebab tak tahu gender (Aritu konon tak nak tau. Takpe kalau tak tahu pun. Ni ngada-ngada pulak nak tahu! Memang dasat takleh tahan napsu! Hahaha). Booking online kat 3D 4D Scan Malaysia siap-siap. Oh, ya! Charges akan naik selepas Chinese New Year ni ye. Dari RM100 menjadi RM120. Naik RM20 je pun. Adala upgrade skit. Dari gambar print hitam putih, akan dapat 1 gambar print saiz 4R, colur punya! Tapi saya rasa masih berbaloi kut dengan servis yang di berikan. Superb. The Sonographer sangat baik, ramah dan detail. Thank you Miss Jezzlyn kerana tak jemu-jemu godek perut saya ni sebab baby saya ni sangatlah pemalu. Sorok muka habis. Tak cukup tangan, ngan kaki sekali dia cover muka. 

Lokasi Poliklinik An-Nisa' ni opposite Giant Seri Kembangan dan sebelum Jusco Taman Equine. Kalau kawan-kawan dari Puchong/Putrajaya, lokasi klinik terletak di sebelah kiri anda. Kalau dari Serdang/Seri kembangan, klinik akan berada di sebelah kanan.  Sampai klinik, terus cakap kat orang kaunter tu, ada appointment 4D dengan Miss Jezzlyn. Tak lama pun tunggu, terus nama daku di panggil. Huhu, berdebar-debarla pulak nak ngintai orang dalam ni. Bismillahirahmanirrahim...

*

*

*

*

Ala.....sekali baby tak mo tunjuk sangat muka dia...

 Tengok tu, tutup pulak muka dia. Sedap tidur la tu

*

*

*

*

Godek-godek sikit, kaki pulak naik


*

*

*

*

Godek lagi...sekali dia kasi silang pangkah daa!!


*

*

*

*

Miss Jezzlyn godek lagi. Pujuk-pujuk baby. Sekali dia bagi penumbuk ngan tapak kaki!! Tu dia! Amek kaw! Marah betul orang kacau dia tengah tidur.


*

*

*

*

Giliran Ummi pulak pujuk, gosok-gosok perut skit, akhirmya dia turunkan kaki dia tu. Tapi tangan still kat muka.



*

*

*

*

At last, dia kasik jugak tunjuk muka dia...

Muka sebijik macam muka Abang Iman. Hidung kembang! Hahaha..ikut hidung daku la ni. Baby agak tembam. Miss Jezzlyn pun cakap.."waa, your baby chubby la!!"

Gender..? Hehehe, tunggu bulan April nanti eh..? Biarlah rahsia. Ececece, fefiling Dato' Siti Nurhaliza la pulek nak berahsia. Kikiki. Okay kawan-kawan, kepada yang bekerja esok, selamat bekerja ye. Jaga opis elok-elok. Daku cuti! Bawak anak jalan-jalan. Nanti update okay? Take care, wassalam.


Monday, January 30, 2012

Balik Kampung!! Ho ho ho!!

 
Hati ni dah berbunga-bunga nak balik kampung! Again and again and again!! Last balik bulan 11 aritu. Balik time Raya Haji. Kali ni balik time Raya Cina pulak. Isi form cuti dari tahun lepas lagi wokey! Hehe. Korang mesti nak ngatala tu, konon apply cuti awal macam aku yang sambut Gong Xi Fa Cai. Iyer, katala kalau korang nak ngata pun, sebab memang aku ada darah keturunan Cina. Tiap-tiap tahun memang celebrate Chinese New Year. Seronoknya rasa! Zaman budak-budak hingusan dulu lagi best. Raya Cina yang paling dinanti-nantikan sebab dapat collect angpau lebih. Yela, sedara mara ramai ngan dekat maa, tu yang lebih tu. Dah besar panjang pun still  dapat angpau...selagi tak kawin katakan! Muahahaha. Tu yang aku kata best. Huhu, mata duitan sungguh!

Tahun ni tahun naga. Tengah berusaha gigih nak menambah koleksi anak! Konon-konon anak tahun naga ni mendatangkan tuah pada keluarga. Alaa...kepercayaan depa. Ko jangan taksub sangat. Syirik nanti. Setiap anak tukan anugerah dari Allah SWT, tak kirala dari tahun apa sekalipun. Caiyok!! Caiyok!! Kalau dulu Ama (nenek) ngan Akong (atuk) ada, tiap-tiap petang makan besar wajib balik! Ayah anak sulung. So, kenala balik. Lagipun dekat je Besut ngan Machang. Nanti Ama akan siapkan air dari set cawan yang dikhususkan untuk kami sekeluarga, dan yang pasti Ama akan buatkan air milo special untuk aku! Orang lain minum kopi. Aku tak minum kopi (masa tula) sebab takut itam! Ngeh  ngeh. Rindunya waktu tu. Dah tinggal kenangan semuanya.

Akong
Bila tanya Naim ngan Iman dia orang kata ni TOK YAH! Memang sama pun! SEJIBIK!

Ama

Sekarang ni generasi tua dah tak ada, feel raya tu macam kureng skit. Sikit jela. Apapun raya tetap raya. Pagi-pagi lagi dah sampai! Tapi tahun ni aku je yang balik. Madam Vouge Putrajaya takleh cuti. Seronok dapat jumpe saudara mara time ni. Tahu-tahu je si A si B dah tambah anak, anak-anak dah besar. Baru tahu Uncle C dah kawin lagi. Macam-macam story dapat collect time ni la! Naim ngan Iman pun kemain bergasak main ngan sepupu sepapat. Meriah gegak gempita jugak la rumah peninggalan Akong ni. Huhuhu. 





Uncle Eki yang stay kat rumah Akong sekarang ni. Banyak dah renovation yang di buat. Dah macam rumah baru dah. Yang pakai baju merah tu model pintu ye. Kikiki

Macam menu hari raya lak...nasi briyani, satey!!
Amboi Tok Ma, kemain lagi santap ye! Naim tu duk ngendeng Tok Yah dia la tu..

Ama & Akong
Takde mereka, takdela Ayah...huhuhu


Ayah cakap ni gambar Atuk dia. Kalau Atuk dia, maknanya Moyang aku la kan? 
HANDSOME WOOO!!!!


The Three Stooges, boleh?? Kuikuikui
3 beradik dari kiri: Ayah, Uncle Eho & Uncle Eki

Bergasak dak Naim main ngan sepupu sepapat dia.
Uhuhu...rindu kampung suda!!

Moga jumpa lagi tahun depan...

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 1432H

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan lagi balik ke kampung halaman untuk merayakan Aidiladha walaupun pulangnya sehari sebelum hari raya. Dari minggu lepas lagi aku duk mikirkan pasal Tom & Jerry. Dua ekor nun manalah aku nak letak. Ari Jumaat petang tu, balik dari keje pi tanya kat pet shop, kalu boarding brapa hingget. Memandangkan depa masih kitten, sekor kena RM30! Dua ekor dah 60 hingget! Nak balik kampung kurang-kurang lima hari. Umangai, 300 hengget tu! Pengsan kejap! Nak tinggal je kat umah, takde sape pulak nak mintak tolong bagi makan. Yang bagi makan satu hal. Takkanlah tak lepas ke tanah budak dua ekor tu sepanjang lima hari. Kesian la pulak terkurung je dalam sangkar dekat seminggu. Last-last, kami beli menatang ni kat pet shop tu...

*

*

*

*

*

 Tadaa...ha, menatang ni la kami beli. Senang nak punggah Tom & Jerry masuk dalam ni hangkut wat balik kampung!

 Duk la ko dendiam dalam ni. 

 Siap sedia untuk dihangkut bawak balik kampung!!!

Hari Sabtu, kami gerak pukul 10.00 pagi dari rumah. Tinggi harapanku moga-moga takdak orang la ari Sabtu tu mengenangkan berduyun-duyun dah warga Pantai Timur balik kampung ari Jumaat kot. Rupa-rupanya melecet sama sekali apa yang aku harapkan tu. Nak masuk tol Gombak dah slow dah. Bersusun kereta. Seb baik pakai Smart Tag. Zasss potong line. Kononla sangat. Lepas je tol Gombak terus stuck! Masa tu dah pukul 11 lebih. Perut lapor mintak diisi. Berenti kejap kat BP pump station kat highway tu. Takdak pilihan, mentekedarah nasik kandar la kami tengahari tu. Kompem punye kat Petronas Karak nun ramai umat manusia. So, sementelahan kat BP pump station ni tak ramai yang nyinggah, settlekan semua perkara kat situ. Makan, minum, kencing, bezak ngan  isi minyak sekali! (Pssstt...minyak BP lagi jimat seh! Lagi lebih kilometer skit dari Shell).


Lama jugak la duk berenjet-enjet semut kat highway Karak tu. Pukul 12 lebih baru bayar tol Karak. Lepas tu apa lagi, pecut la sebab lalu LPT! Kiki. Kalau masuk kut Bentong tu potong jari, tak bergerak punya! Layan pecut dengan tenang. Dalam pukul 4 petang tu lepas dari Kuantan, ada nampak satu eksiden. Baru lagi kena. Kat lane laju nampak sisa tayar yang pecah. Luluh jantung aku wei, nampak sekujur tubuh dilitupi dengan sorat kaba. Luluh berderai lagi bila aku toleh kebelakang aku nengok maybe si ibu kot memangku anaknya yang mungkin sebaya Naim, dan anak itu juga dilitupi dengan sorat kaba. Esoknya, kemalangan tu masuk sorat kaba. Bukan 2 yang meninggal, tapi 3! Al-Fatihah untuk mereka sekeluarga. Difahamkan, kejadian berlaku sebab tayar pecah. So, hati-hati semua. Sila perhatikan tayar kereta anda masing-masing! Ni ada berita dalam KOSMO pasal eksiden tu.


Dalam pukul 10.00 malam, akhirnya sampai juga kami kat Kampung Raja. Badan penat, perut pun udah lapor. Kami pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar, Kuala Besut. Sedap!! (time lapor semua sedap!) Jemput jamu mata semua. Kekeke.




Alhamdulillah. Selamat semuanya. Samapi rumah teruz pengsan! Esoknya...

 SELAMAT HARI RAYA QURBAN semua!!!!

 Dengan bahagianya dia main-mainkan makanan dia! Arghhh!! Sakit jantongku! 


Lepas bermalam dan berhari raya di Kampung Raja (gambor raya tak snap) esoknya balik Kota Bharu pulak. Alhamdulillah, semua adik beradik Peja ada time ni, meriahla sikit. Kesemua lima cucu Pok Ya dapat berkumpul bersua muka. Masing-masing nak tunjuk bakat time ni lah!



Kan aku dah kata, macam-macam bakat ada!! Yang katogeri dewasa sikit tak main dah tiup-tiup belon ni. Duk tekun main games kat laptop. Abih mak-mak sedara dia punya laptop digasak dan digodeknya. Eh, baru empat. Mana cucu yang kelima??

*

*

*

*

*

Tadaaa...Pok Ya sedang mengagah cucu kelimanya. 

Ha,yang ni bakat belum tahu lagi. Ce teka, boboi ke gegel??
Sian korang, penat berteka-teki...diperkenalkan, Nur Adriana Insyirah!! Cucu pompuan tunggal Pok Ya (buat stakat ni la, ko tunggu dik, Ummi keluarkan yang new version! Muakeke)

Yang geng-geng tua ni pun macam-macam aktiviti yang nak dibuat. Malam tu sedang anak-anak tunjuk bakat, mak pak pun tak nak kalah, nak tunjuk bakat gak! Jom bakar membakar!





Yeayy!!! Yameehh! Jom makan! Selamat Hari Raya Haji semua! Maaf zahir batin!

Sunday, October 23, 2011

Sepetang di wad 9B, Hospital Selayang

Ingat lagi tak dulu aku citer Ayah ngan Mama selalu kena berulang dari Besut to KL every month sebab Ayah kena jumpa doktor pakar? Mulanya kejadian Ayah sakit ni, masa tu Mama ngan Ayah buat umrah dalam bulan puasa tahun lepas. Kononya depa nak pi umrah sebulan, skali ngan sambut raya kat sana. Dalam 10 hari berpuasa, Ayah takleh kencing start dari hari pertama puasa lagi. Ayah kata rasa nak kencing sangat tapi tak keluar. Macam blocking gitu. Ayah ulang alik gi spital masa kat Mekah. Amik ubat la, masuk tiub la. Last-last Mama ajak balik sebab susah jugak nak buat ibadat dalam keadaan sakit macam tu. Tambah-tambah lagi kat tempat orang. So, sejak daritula bermulanya episod Mama ngan Ayah akan datang KL setiap bulan. Mulanya tanya jugak, kut Ayah nak rujuk kat HUSM, Kubang Kerian. Dia tanak. Konon mulanya nak refer Hospital Putrajaya, dekat sikit. Nanti Pakar Urologi akan gi di HPJ pada hari-hari tertentu. Alih-alih, Ayah kata dah kalo pakar ada kat Hospital Selayang je, baik gi sana terus. Sanggup tu Ayah drive dari Besut to KL. Sambil-sambil jumpa doktor, sambil jengah cucu katanya. Cucu gak disebut-sebut.

After few months sesi melawat doktor, so the specialist said ayah kene buat operation untuk buang batu karang yang telah memblock saluran tertentu tu. Ayah admit ward kat Hospital Selayang ari sabtu lepas, 22 Oktober. Sama tarikh ngan Hari Keluarga PraSekolah Naim. So, pagi tu kami join dulu Hari Keluarga PraSekolah Naim dulu. (dilain entry akan story pasal Hari Keluarga PraSekolah Naim). Lepas tu baru gi jengah Ayah kat Hospital Selayang. Terhibur muka Tok Yah bila cucu-cucu duk gegak gempitakan bilik dia. Hehe. Tok Ma pun sama. Maklumla, time tu Diva Putrajaya pun ada skali. Tu yang happening!!





Sedap lepak-lepak bilik Tok Yah ni. Besau! Dah buat macam umah sendiri dah.





Sukala Iman tuh kena ulit ngan dayang-dayang Diva Putrajaya. 


Kemain ko ye Iman. Buat main gelongsor lak


Kiutkan pesakit muda ni! Katil je besor. 
Tok Ma: Iman sakit apa..??
Iman: Yut...(sambil selak baju tunjuk perut muncit!)


Harap Ayah cepat sembuh. Tak lama lagi nak raya. Get well soon Ayah. Love you!




p/s: Operation Ayah ditunda. Ayah mintak balik sebab tak lama lagi nak raya. Nanti 28 November masuk wad balik. Tiga kali operation tertangguh. Sekali tu air kencing Ayah kotor. Kali kedua & ketiga tak sempat bilik OT. Patient ramai, doctor ciput. Sian Ayah. Harap ujung bulan November tu Ayah dapat jadi patient yang pertama masuk bilik OT.

Friday, July 22, 2011

Malaysia VS Chelsea

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di tajinya, tuah manusia siapa yang tahu. Ececece. Main pepatah pulak ye? Nak dijadikan cerita, smalam lepas balik keje ada hamba Allah ni, best preng Mr. Peja la jugak call offer tiket bola. Time tu weoll dah keluar dari Putrajaya nak balik rumah. Terjerit-jerit la Mr.Peja cakap nak! Orang nak bagi weh, seat VIP kat Grand Stand lagi tu. Ko tak nak? Aku nak! So, balik je rumah terus siap-siap untuk ke stadium! Budak-budak?? Hangkut semua sekali la pergi tengok bola! Aku mana ada bibik nak ditinggalkan hero-hero Malayaku itu. Uhuhu. Dekat pukul 7 baru keluar rumah. Nasib baik jalan tak jem. Sampai je kat area depan stadium, kereta dah berlapis-lapis parking kat tepi jalan. Aiseh, mana mau park kereta ni? Last skali, weolls park kereta kat parking LRT Seri Petaling, naik LRT turun kat Bukit Jalil. Takde worang wei! Seronok! Agaknya peaks hours jam lima or enam petang tadi kut.

Best jer naik LRT tak berhimpit-himpit.


Ecececece...tayang tiket nampak?

Sampai Bukit Jalil, Mr.Peja solat jap. Aku jaga hero Malaya. Nasib baik aku dapat cuti rehat. Ngengenge. Lepas tu sempat lagi layan Char Kuey Tiaw ngan megi Goreng sbelum masuk stadium. Isi perut dulu kasik kenyang. Kang takdela yang merengek lapor la, nak itu ini la. Lepas makan, berputar alam pulak kami anak beranak carik pintu masuk. Hadoi, berpeluh-peluh! Nak sangat kan tengok bola. Rasakan! Jenuh jugaklah duk mikul si Iman sambil-sambil cari pintu Merah, akhirnya alhamdulillah, dapat jugak merasa seat VIP tu konon. Kekekeke...and here is my view from the seat.

Hohoho, very the centre!


 
 Okay, game baru nak start


 





Hohoho. Enjoy! Bersorak bagai dalam tu. Game semalam memang best! Malaysia main memang mantop! Apapun kemenangan tipis The Blue 1-0 Malaysia hasil jaringan Drogba (yang konon-konon timbul kontrobesi jugak tu) membuktikan Malaysia juga punya pemain yang bertaraf antarabangsa di bawah binbingan Ong Kim Swee. Cuma skill mereka bermain perlu ditambah baikkan lagi. Good job Malaysia!