Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi semasa berada di Hat Yai. Semuanya bergantung pada jadual dan masa korang. Kalau korang stay lama, bolehla cover banyak tempat. Macam we all aritu stay sana 3 hari 2 malam, just nice la. Ni antara tempat-tempat yang aku gi masa kat Hat Yai:
HAT YAI PLAZA
Macam shopping complex. Ala-ala macam Warta kat Bangi nu kut. Kekeke
Harga: kena pandai tawar menawar
AREA LEE GARDEN PLAZA
Area sini banyak kedai-kedai kat kiri kanan jalan. Kalau tak kuat iman boleh meroyan. kikiki. Harga ada yang mahal, ada yang murah. Pokok pangkal kena pandai tawar menawar.
SANTISUK & YONG DEE MARKET
Dia punya style kedai tu macam Arked Mara kat Jln TAR.
Dia punya barang jualan macam kat Petaling Street.
SAMILA BEACH
- Gambar kopi pes dari Acik Gugel -
Kat sini la tempat letaknya Mermaid Statue yang sefaruh vogel tu. Cekci dik non! Tak zezuai nak bergambor sama. Kang dak Naim soal banyak-banyak kang, sesak napas nak jawab! Tapi aritu kita orang tak turun pun bergambar dengan si dugong sebab cuaca teramatlah panas. Almaklumla, sampai situ betul-betul waktu tengahari. So, kami sempat turun memanggang kulit kat area kepala naga sajo.
Dengan cuaca panas terik gini, memang sesuai nak photoshoot!
SONGKHLA AQUARIUM
Harga tiket:
TANGKUAN HILL
Naik lif mendaki bukit! Sesuatu yang patut korang cuba! Bila sampai puncak...
Subhanallah, cantiknya!!
Harga tiket: 30 baht/adult and 20 bath/children.
ICE DOME
Harga tiket: 300 bhat/adult, 150 bhat/ child
Suhu -15 degree. Paras bawah tahap beku wokey. Memang sesak napas memula tu. Bibir plak rasa tebal! Tapi dah lelama tu boleh dah sesuaikan suhu. Naim ok je dia. Siap main slide lagi dalam tu. Yang tak ok nye mestilah hero kecit aku tu. Terdiam dia masuk dalam ni. Muka berkerut je. Sampai sudah tak nak bercakap. Aku peluk-peluk dia, gomol-gomol dia pun muka tetap berkerut. Gomol abahnya lain cerita plak! Teettt!!! Wakakaka. Dengar cerita kat I-City pun ada gak umah sejuk ni eh? Tapi tak tahula berapa hengget plak kena bayau. Kalau kat sini jacket and glove is provided. :-D
FLOATING MARKET!!!
Yeazzaa...sinilah tempat yang aku target sangat-sangat. Best gi sini. Makanan semua sedap-sedap dengan harga antara 20 hingga 30 bhat sajo, means dalam 2 - 3 hengget je!! Tangkap gambo pun sakan kat sini. Floating Market ni waktu urus niaganya sebelah petang. Lepas Asar kekdahnye. Dalam pukul 4.30 petang hingga 9 malam. So, kalau sampai sini awal-awal pagi, ko tenung jela sungai yang ada. Hehe
PEKTAI / PASAR MALAM
Dapat tau pasal PekTai ni pun kat dalam forum cari. Kita orang naik tuk-tuk je dari hotel ke PekTai. Korang sebut je.."Pektai", terus dia orang bawak. Macam pasar malam kita jugak. Tapi pasar malam diaorang style dalam kedai gitu, macam kat Rantau Panjang, bukan yang jenis bukak payung macam pasar malam kita. Jarak dari hotel ke PekTai tak sure la pulok, tapi kalau naik tuk-tuk tu adala dalam 5 6 minit. Tambang...tak ingatla. tapi before naik, make sure korang dah tawar menawar and dah capai kata sepakat.
WHAT TO DO, BABE??
*
*
*
*
*
*
Enjoy!! Tengokla tu muka-muka nikmat kena urut! Yang kecit tu lagila, siap dapat buah lagi! Betul-betul layanan istimewa raja! Hehehe. Kalau kat KL sejam 30-40 hengget, kat Hat Yai ni dlm 20 hengget sejam. Tapi lagi heaven kat Bangkok! RM18 sajo!! Really miss Bangkok!! Arghhh..AA plz buat RM0 fare lagi!!!
Sekian laporan dari Cek Mek. Peace!!
11 comments:
Floating market Dan ice dome kat hatyai jgak??kat mana tu??boleh tolong kasi tau?
Alamak Zubaidah..tang mana lokasi dia setepatnya tak tau la pulak, sebabnya kita orang jenjalan aritu sewa van (RM150, tong2 ramai...sorang dalam RM15). Driver van tu yang bawakkan jenjalan start dari Kepala Naga, Akuarium, Tangkuan Hill, Ice Dome and last skali Floating Market.
Tapi kalau tengok dalam Google Map, floating market tu tak jauh pun dari bandar, dalam 5km lebih...
Pastukan nak Tanya lagi...p sana drive sendiri or Ada travel agent???
Masa kat mana ye..? KL ke Hatyai or kat dalam bandar Hatyai?
Aritu kami dari KL ke Hatyai naik bas je. Naik kat Pudu. Sampai sana untuk jenjalan kat tempat jauh2 boleh tanya kat travel agent. Rate biasanya dalam RM150 (1500 Bhat), tapi tak surela kalau harga naik sikit ke sekarang ni. Apa pun boleh try call Lovely Tour, no tel: 074 232738.
Kat dalam bandar tu kita orang naik tuk2 je. kalau dekat2, jalan kaki sajo. Hehehe. Harap dapat membantu. Kalau nak tanya apa2 bagi tau je. Saya jawab mana yg boleh. Hehehe
Ice dome tu kat jln lama nk g songkhla... dlm hatyai park dekat ngan kem askar... klong hae floating market plak kat jalan br nk g songkhla... bwk kete sndiri msk plg senang...
Hehehe...TQ TQ Phatchanon Chongjaroensuk, alos...panjangnya nama.. Tula, lain kali nak try drive masuk sana..mudah sket nak gerak...
Assalam kak..byk nak tanya akk ni..minta akk watsap kat no sy :P 0196164474.. mekaseh kak
Haris Hanafi!!! Ya rabbi...lama tak jengah blog, tak perasan msg awak. Ni mesti kompem dah p sana kan..?? Hehehehe
Assalammualaikum, akak nak tanya cik mek..
ronda songkhla tu van brp seat, ye?
Ofis dia dkt2 ngan hotel apa?
Akak dh penah gi hatyai tp ri tu ngan kete sendiri. Kali ni nak bawak famili mentua lak gi naik keretapi...tu yg tanya tu sebab kena sewa van kat sana..
timakasih.. :)
Salam kak, terasa mcm nak pegi sana hihi,
Tempat borong barang2 murah tu kat mane, akk tau tak , tempat best skit..
Tq
Post a Comment