Showing posts with label main masak-masak. Show all posts
Showing posts with label main masak-masak. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Kuih Buah Rotan

Yuhuu...Assalam geng! Sape penah makan kuih buah rotan ni? Best kan? Kalo buat kudap tengok citer Korea memang tak sedar abih satu balang. Tang rangup tu yang best! Hehe. Alkesahnya aritu konon nak buat pulut durian. Aku suruhla Peja gi beli beras pulut. Di bawa baliknya TEPUNG PULUT?!! Hok alos...tak berpulut manala. Tergendala projek dua tiga minggu. Asal lalu ke dapur, asyikla tenung tepung tu. Nak buat mende la ngan tepung pulut ni. Search internet, jumpa resepi buah rotan. Actually, banyak resepi jugak yang jumpa, tapi terjumpa resepi ni yang kata akan menghasilkan buah rotan yang rangup sampai ke dalam. Wah-wah, apa lagi...try test buat la seround! Bahan-bahan pun simple je. Jom intip resepi.



Bahan-bahan:
500g tepung pulut
4 cmb gula pasir
1 biji telur
200g santan pekat
1/2 cawan air
1 cawan bijan
Minyak masak untuk goreng tenggelam

Cara-cara:
  1. Larutkan gula pasir dalam santan pekat. Campurkan sekali dengan telur.
  2. Gaulkan tepung pulut bersama larutan santan hingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau dengan tangan sehingga mendapat doh yang lembut dan licin tetapi tak melekat di mangkuk. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
  4. Gentel doh menjadi bebola kecil dan golekkan dalam bijan. Buat hingga habis. 
  5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana kecil.
  6. Goreng sehingga kekuningan. Gunakan penapis untuk mengasingkan buah rotan dengan lebihan bijan.
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tapiii.....buah rotanku tak menjadi!! Uwaaa!!! Tak rangup la..!!! Dia jadi liat. Rasa dah sedap (ececece, nak jugak!) Uhuhuhu. Mungkin sebab aku tergentel besor, tu yang jadi liat. Lepas tu dia popping dalam kuali. Adeh, dah macam buat kuih bom pulak kaedahnya. Ngee...takpe, takpe. Adunan ade lagi sparuh, simpan dalam peti. Kali ni nak try gentel kecik-kecik. Kot menjadi ke kan? Hehehe. Untuk kawan-kawan yang suka mengasah bakat, bolehla mencuba.

Sunday, April 8, 2012

Triffle

Selamat hujung minggu semua. Ke mana korang cuti-cuti ni? Aku tak ke mana pun. Melepak je kat rumah. Ada misi penting yang perlu dilaksanakan. Misi tersebut ialah...mengerjakan berkontena baju yang tak basuh lagi. Huhu. Time hujung minggu la nak settle semua. Nak ngejorkan panas matahari lagi, berpulun bergasakla. Nasib ko la mesen basuh. Time petang pulak boring-boring kat rumah, skodeng dapur semua bahan ada, so apa lagi...boleh buat triffle! Senang je nak buat ni. Tak sampai 5 minit penyediaannya. 




Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan koktail
4 sudu besar tepung kastard
1/2 tin air buah-buahan
1 kotak jelly
Kek - apa2 jenis pun boley, nak roll ke, taknak ke..suka hati!

Cara2:
1. Potong kek sama tebal dan susun dalam bekas
2. Satukan susu cair + kastard + air buah-buahan. Kacau sebati kemudian panaskan. Kacau perlahan sehingga menjadi pekat dan berkilat. Kemudian tuang kedalam bekas yang disusun kek tadi.
3. Susun suka hati buah-buahan kotail di atas kastard tadi.
4. Masak jelly ikut arahan pada kotak. kemudian, agak2 suam, tuang untuk lapisan atas skali...sejukkan dalam peti es, siap!!

Huhuhu..senang je kan? Memang resepi masuk peti sejuk ni aku suka sangat. Tak banyak kerenah. Haha, suka sangat ye? Ke nak buat yang lain-lain tak reti? Kuikuikui. Lebih kurang la. Selamat berhujung minggu semua! Layanzzz...

Wednesday, March 28, 2012

TIRAMISU

Yeazzaa...berjaya buat tiramisu yang best nih! Resipi dah lama dah dapat. Tu pun mintak ngan Diva Vouge Putrajaya. Huhuh..sedapnye!! Lemak berkrim gittu. Selamat datang lelemak sekalian kebadanku!! Muahahaha. Aku buh dalam bekas Tupperware je...senang nak melantak! Ok, anak murid sekalian...amik pen dan kertas...ready untuk salin resepi! (Cikgu pun ciduk dari myresipi daa...thanx to owner resipi.)




Bahan-Bahan:
* 250g cream cheese
* 250g whipping cream
* 160g gula
* 2 paket biskut tiramisu (daku guna biskut tiger sajo!)
* bancuhan air nescafe (tanpa gula)
* serbuk koko/coklat untuk hiasan

Cara-cara:
1. Satukan cream cheese + whipping cream + gula. Kemudian putar hingga kembang.
2. Celupkan biskut kedalam air bancuhan nescafe, kemudian susun dalam bekas sederhana besar
3. Sapukan cream dengan rata kepermukaan biskut. Ulang sehingga menjadi 3 lapisan.
4.Kemudian, taburkan serbuk koko.  Kalo nak cantik taruk koko dalam penapis, baru berterabur cantik je. Simpan sejuk dalam petis ais.

SELAMAT MENCUBA!!! SENANG jer...

Wednesday, November 2, 2011

BROWNIES CHEESE KUKUS



Tergoda tak? Semua lapar tak tengok kek aku ni? Jemput telan air liur ye kengkawan. Sedap sangat tau kek ni! Terasa coklatnya, cheesenya. Yummy! Kalo tak caya, buatla sendiri. Meh aku bagi resipi. Biorlah aku puji kek sendiri. Korang takkan puji punya.

Bahan2:
200g mentega / margerin (3/4 cawan + 1sb penuh)
200g dark choc (3/4 cawan choc yg disagat/dhiris halus)
170g tepung gandum (1 1/2 cawan rata)
30g serbuk koko (1/4 cawan rata)
4 biji telur
170g gula halus (1/2 cawan rata + 3sb rata)

**inti cheese**
250g cream cheese
60 g gula castor (1/2 cawan)
1 biji telur
25ml air

Cara2:
1. Cairkan mentega dan choc secara double boil. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
2. Tepung dan koko diayak bersama.
3. Di dalam mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dengan spatula.
5. Masukkan pula campuran choc yang dah dicairkan tadi, kemudian kacau rata.

**untuk inti**
6. Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang.
7. Kemudian, masukkan telur dan pukul lagi (kejap je, bagi rata)
8. Masukkan adunan brownies dalam loyang yang dah dialas dengan kertas minyak. Kukus selama 20 minit.
9. Kemudian, masukkan inti. Kukus selama 15 minit.

*balut loyang dengan aluminium foil*

Kalo ko nak buat lapis cheese pun boleh gak. Step 8 tu ko kukus 15 minit. Pastu buat step 9, kukus 15 minit juga. Pastu ko ulang balik step 8 tu, kali ni kukus selama 20 minit. Nyum nyum!! Eksperimen ni aku buat time cuti ujung minggu je.  Ni hasil sukses eksperimen ari Ahad lepas. Huhu. Berjaya!!! Selamat mencuba.

Sunday, July 24, 2011

Tat Telur la pulok!

Hari minggu datang lagi. Hoyeh! Hoyeh! Boleh bangun lambat, boleh kemas-kemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu, boleh main masak-masak. Sebab terlebih rajin hari ni, maka terjadilah kejadian tat telur kat dapur haku yang jarang-jarang berhasap ni. Ececece. Konon asalnya nak buat cistat, tapi cream cheese takdok la pulok. Maleh nak kluor gi kedai yang hanya beberapa tapak ajer dari rumah, kita balun je la buat apa yang boleh. Terima kasih Kak Norasikin Basri sebab sudi share resipi ni. Tocey Sifu!

Tat Telur:

Pastri: 
120 g mentega
50 g gula aising
1 biji telur
240 g tepung gandum
1/2 cmt esen vanila

Kaedah:
  1. Sebaiknya dalam keadaan mentega yang masih sejuk, campurkan dengan tepung gandum. Gaul dengan menggunakan hujung jari kedua-dua tangan sehingga berderai dan menjadi tekstur berupa serbuk roti. Kemudian, masukkan gula dan gaul sebati.
  2. Tambahkan telur dan esen vanila dan sebatikan. Elakkan mengguli dan memegang terlalu lama pastri kerana lemak akan mencair dan doh akan menjadi liat dan lembik.
  3.  Lenserkan acuan tat dengan sedikit mentega atau majerin.
  4. Ambil sedikit adunan pastri dan tekankan sehingga padat dalam acuan mengikut bentuknya.
  5. Gunakan garfu untuk mencucuk adunan yang telah ditekan ke dalam acuan tadi.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 5 minit sehingga pastri separuh masak.
  7. Keluarkan dari oven dan dituangkan 3/4 adunan kastard ke dalamnya. Kemudian dibakar semula 15-20 minit atau sehingga masak.

Kastard: 
1/4 cwn whipping cream1/4 cwn air
1/4 cwn gula pasir
2 cmt susu tepung
3 biji kuning telur
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Kaedah:
  1. Susu tepung dicampurkan dengan air dan dikacau sehingga larut. Jika perlu, gunakan air suam untuk memudahkan susu larut.
  2. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk. Kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati, dan tidak berketul.
  3. Tuangkan ke dalam pastri yang telah separuh masak tadi kira-kira 3/4 penuh.
  4. Bakar dalam  ketuhar pada suhu 180˚C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.

Nak dijadikan cerita, penimbang kat rumahku sorgaku ni telah "selamat" dikerjakan oleh hero-hero Malaya yang melasak ni. Ntah apa depa timbang sampai rosak penimbang tu. Walaupun rege dia nam hengget je, dan beli pun kat MyMydin...tapi banyak jasa woo. Lepas ni ada can ngendeng-ngendeng Mr. Peja soh belikan digital weight scale pulok! Hehe. Wink wink!

Awak, awak...saya nak penimbang yang macam gini, boleh eh?? Ngengenge 
(statement menggoda laki!)


Hasil Tat Telur dengan sukatan yang main agaka-agak...tadaaaa!!!!

Kira okay la untuk first timer macam aku ni kan. Ditambah lagi dengan oven yang tak berapa nak mantop. Sebab tula ada yang tergelap sikit. Yang penting, rasanya nikmat! Pastri dia, rangup sungguh! (sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri). Hmm, esok nak buat apa pulak ye? Jeng jeng jeng.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, July 17, 2011

Eksperimen Cheese Cake tak payah bako

Uhuk! Uhuk! Uhuk!! Batuk skit sebab rumah blog ni berhabuk! Takde isu-isu baru yang nak diketengahkan. Ehehehe. Apsal saya begitu sibuk? Terlibat dengan aktivi persatuan kah? Owh, tidak sama sekali. Terlibat dengan aktiviti jabatan kah? Pun tidak. Mungkin penat skit kut sebab sedang gigih mengganti hutang puasa yang bersisa! Adeh!!! Huhuhu (tula, buat lagi keje last minute! Padan muka!) Banyak hari jugak aku berhutang. 14 hari dengan jayanya! Muahaha. 7 hari hutang 2010, lagi 7 hari hutang 2009 time bersalinkan Iman. Erkk! Yang bestkan uolls, sambil-sambil membayar hutang, berat haku turun 2 kilo! Yess!!! Tapi uolls, apa yang penting nawaitu kita. Janganla pulak pasal semata-mata nak kurangkan berat badan tu maka korang berpuasa. Salah tu. Kita puasa sebab menjalankan ibadah. Kalau berat turun tu, adalah bonus la bagi kita! Ececece. Puasa, puasa jugak. Ni nak share resipi baru! Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*


Non-baked Peach Cheese Cake

Ingredients :

CRUST110g mentega
2 sudu besar gula perang
200g digestive biscuits - dihancurkan (saya guna biskut Munchys Oat tu je, blend halus)
Cornflakes 50g - dihancurkan kasar

Kaedah:
1. Cairkan mentega dengan gula perang.
2. Campurkan bahan-bahan lain.
3. Tekan ke dalam tin kek keju.
4. Sejukkan untuk sekurang-kurangnya 30 minit.

FILLING250g krim keju (saya guna jenama Tatura)
1/2 cawan gula kastor
200ml krim (saya gunakan whip cream Emborg)
3/4 cawan puri peach (peach hirisan. Saya campur sirap dia skit. Boleh jugak masukkan hirisan halus peach)
1 sudu besar gelatin - cairkan dalam air 1/4 cawan dan panaskan sehingga cair

Kaedah:
1. Pukul krim keju dan gula sehingga sebati.
2. Tambah whip cream dan terus pukul sehingga menebal.
3. Tambah puri peach dan kacau rata.
4. Tuangkan campuran gelatin.
5. Tuangkan ke atas crust sejuk tadi.
6. Sejukkanl semalaman.
7. Keluarkan kek dari tin. Susun beberapa hirisan peach di atas. Siap.

Selamat mencuba!

Hohoho...rumah takde oven canggih, sebabtulah menu banyak yang kukus. Ni jumpe pulak cheese cake yang tak payah bako. Campak-campak pastu masuk peti sejuk. Maka harus sangatla dicuba, dan alhamdulillah...eksperimen menjadi!!! First time buat cheese cake, harus dibangga. Maklumla, percubaan berjaya! Si Iman suka makan crust, Si Naim suka makan fillingnya. Licin!!! Next time boleh buat lagi.

Friday, July 1, 2011

Apam Dot Dot

 
 Berseri kan kan kan? Selamat meleleh air liur ye kengkawan!

Huhuhu, alhamdulillah. Percubaan membuat apam dot dot kali ni menjadi! Percubaan kali pertama sungguh GAGAL! Terkeras la pulok. Terlebih tepung kut. Biasala, uolls...kita belajar dari  kegagalan dulu kan? Ini aku buat masa hari Selasa aritu. Jom skodeng resipi.

Bahan-Bahan
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk). Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan/sudukan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. (aku guna cup yang keras tu, so tak yah pakai lapik dah)
4. Picitkan/sudukan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan/sudukan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Kalau uolls nak, boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

PENTING: 
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah. 
Jangan buka penutup sebelum sampai masa, nanti kempis
Ada yang kata penutup kukus tu kene balot ngan kain, kalau tak nanti apam tu lubang2 (tapi aku tak balut pun, ok je apam aku. Huhu)


Selamat Mencuba :)

Monday, May 2, 2011

Udang Galah Masak Merah

Ape, korang ingat ni udang galah kedai mari ka? Aku tau korang dengki. Kompem punya!! Mesti korang cakap ni kedai punya kan? Tahula aku slalu makan luar. Tapi, memandangkan Mr.Peja telah mendapat 2 kilo udang galah Sabah mari (pemberian best freng beliau yang baru2 ni berkunjung ke Sabah), so aku dengan rajinnya menunjukkan kepakaran masak memasakku. Macam biasala, kalau aku masak je mesti ari ujan. Terkejut la katakan tengok asap kluar dari dapur umah aku. Muakekeke. Balik dari rendam hero Malayaku kat kolam Presint 9 tadi terus nyahbekukan udang.  Meh layan bukti aku masak ari ni.


Udang yang dinyahbekukan dalam sinki


Bukti aku masak wokey! Ni aku yang jadik chef, takde kene mengena ngan Mr.Peja


Tadaaa..dah siap!


Ni dia resepinya, Udang Galah Masak Merah
Bahan2:
* 1 kilo udang galah (aku buat tu 6 ekor je)
* 4 ulas bawang merah - tumbuk halus
* 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
* 1 inci halia - tumbuk halus
* sos cili sket
* sos tomato sket
* kicap sket
* telur sbijik (untuk pekatkan kuah)
* tomato sbijik belah 8
* daun bawang n bawang sup untuk hiasan

Cara2:
* Tumis bahan2 tumbuk
* Bila dah kekuningan, buh sos cili, sos tomato n kicap
* Rasa. Buh garam n ajino sket. Ikut selera masing2
* Pehtu buh udang. Kacau sebati. Biarkan kejap
* Buh telur. Kacau2 lagi. Kalu nak berkuah, buh air sket
* Buh tomato. Bior jap sampai mendidih. Ok, siap!
* Bolehla dihias dengan daun bawang n daun sup



Huhuhu..akhirnya, abah dia telah membeli "Panadol" kepadanya. Apa lagi, senyum sakan la member

Wednesday, April 20, 2011

Malam yang indah!

Muakekeke...indah??? Ade buat apa2 projek?? Haha..ada!! Ada!! Projek masak memasak!! Hoyeh! Hoyeh! Ko ingat aku meroyan nak cerita mende2 lucah dalam blog aku ni?? Lucah2, bab biru2 bior aku ngan Mr.Peja je yang tahu! Muakekekeke. Smalam memandangkan aku tak OT dan boleh balik cepat so weolls makan kat umah je. Sape masak?? Mestila Chef Peja yang turun padang. Aku jadi assistant chef je. Tolong kopekkan bawang, sediakan bahan..semua keje2 berat tu aku yang buat. Mr.Peja cuma campak-campakkan aje bahan2 itu ke dalam kuali! Beratkan tugas assistant chef ni! Owh ya, ada satu menu hasil dari air tanganku iaitu ikan bakor! Huhu..Menu kami smalam ialah:


lala masak itam (masak sos tiram sbenarnya)


baby kailan garlic (ni kes terliur kat Restoran Chan itu ari la)


ikan bakor sumbat belacan (yang ni je aku buat)


Dan saat2 paling indah ialah bila semua lauk pauk yang dimasak habis licin dikerjakan oleh kami2 yang bagai piranha ni! Huhu..murah rezeki.


p/s: yang paling aku suka ialah lala masak itam! Sedap weii..nanti aku mintak resepi ngan Chef Peja k?

S E K I A N

Monday, April 18, 2011

Potato Croquette

Huhu..ni belum try buat lagi, tapi nampak cam senang dan sedap. Bahan-bahannya pun tak leceh. Esok2 la buat. Menu berkhasiat ni. Kentang ngan daging. Karbohidrat ngan protein.  Ala2 macam begedil la uolls. Bila dah nama omputih, lupa sekejap kebegedilannya. Sementara teringat ni aku tepek terus resepinya. Resipi diambil dari: http://www.myresipi.com/top/detail/15 dan tuan punya resipi  ni ialah Kak Yani. Selamat mencuba uolls!


Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh 

    Friday, April 8, 2011

    Laici Susu Ais

    Harini aku terlebih rajin, jadi apa lagi..pulun update blog la! Bukan ape nyah, kalau kat umah tu line broadband CELCOM macam WATERPARK and PUKiMON!!! So, tu pasal aku bantai update kat opis je. Semestinya aku taram n pulun abes2an update blog apabila semua urusan tugas2 hakiki selesai ye! Boss, taun ni saya dapat APC eh?? Hauhauhau. Cita2!!! Wonggeh, berbalik kepada tajuk entry, aku mula ketagih air ni bila diperkenalkan oleh Cik DeBab Darknesz, adikku yang gediks ni time aku balik kampung aritu. Sekali rasa cam gian seh!! Last2, dah tak larat nak beli kat kedai, aku try buat sendiri, dan eksperimenku menjadi!! Hoyeh!! Hoyeh!! Senang je nak buat. 

    Bahan2 yang ko perlu ada ialah:
     * Laici
    * Susu pekat manis
    * Susu Cair
    * Air Masak
    * Ais

    Cara2nya:
    * Tuangkan sedikit air laici ke dalam cawan
    * Buh skit susu pekat (sesuka selera korang)
    * Buh sikit susu cair (sesedap pasa korang)
    * Buh air masak sket
    * Buh ais sebanyak mana korang nak

    SIAP! Selamat mencuba!

     tadaa!!!