Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi semasa berada di Hat Yai. Semuanya bergantung pada jadual dan masa korang. Kalau korang stay lama, bolehla cover banyak tempat. Macam we all aritu stay sana 3 hari 2 malam, just nice la. Ni antara tempat-tempat yang aku gi masa kat Hat Yai:
HAT YAI PLAZA
Macam shopping complex. Ala-ala macam Warta kat Bangi nu kut. Kekeke
Harga: kena pandai tawar menawar
AREA LEE GARDEN PLAZA
Area sini banyak kedai-kedai kat kiri kanan jalan. Kalau tak kuat iman boleh meroyan. kikiki. Harga ada yang mahal, ada yang murah. Pokok pangkal kena pandai tawar menawar.
SANTISUK & YONG DEE MARKET
Dia punya style kedai tu macam Arked Mara kat Jln TAR.
Dia punya barang jualan macam kat Petaling Street.
SAMILA BEACH
- Gambar kopi pes dari Acik Gugel -
Kat sini la tempat letaknya Mermaid Statue yang sefaruh vogel tu. Cekci dik non! Tak zezuai nak bergambor sama. Kang dak Naim soal banyak-banyak kang, sesak napas nak jawab! Tapi aritu kita orang tak turun pun bergambar dengan si dugong sebab cuaca teramatlah panas. Almaklumla, sampai situ betul-betul waktu tengahari. So, kami sempat turun memanggang kulit kat area kepala naga sajo.
Dengan cuaca panas terik gini, memang sesuai nak photoshoot!
SONGKHLA AQUARIUM
Harga tiket:
TANGKUAN HILL
Naik lif mendaki bukit! Sesuatu yang patut korang cuba! Bila sampai puncak...
Subhanallah, cantiknya!!
Harga tiket: 30 baht/adult and 20 bath/children.
ICE DOME
Harga tiket: 300 bhat/adult, 150 bhat/ child
Suhu -15 degree. Paras bawah tahap beku wokey. Memang sesak napas memula tu. Bibir plak rasa tebal! Tapi dah lelama tu boleh dah sesuaikan suhu. Naim ok je dia. Siap main slide lagi dalam tu. Yang tak ok nye mestilah hero kecit aku tu. Terdiam dia masuk dalam ni. Muka berkerut je. Sampai sudah tak nak bercakap. Aku peluk-peluk dia, gomol-gomol dia pun muka tetap berkerut. Gomol abahnya lain cerita plak! Teettt!!! Wakakaka. Dengar cerita kat I-City pun ada gak umah sejuk ni eh? Tapi tak tahula berapa hengget plak kena bayau. Kalau kat sini jacket and glove is provided. :-D
FLOATING MARKET!!!
Yeazzaa...sinilah tempat yang aku target sangat-sangat. Best gi sini. Makanan semua sedap-sedap dengan harga antara 20 hingga 30 bhat sajo, means dalam 2 - 3 hengget je!! Tangkap gambo pun sakan kat sini. Floating Market ni waktu urus niaganya sebelah petang. Lepas Asar kekdahnye. Dalam pukul 4.30 petang hingga 9 malam. So, kalau sampai sini awal-awal pagi, ko tenung jela sungai yang ada. Hehe
PEKTAI / PASAR MALAM
Dapat tau pasal PekTai ni pun kat dalam forum cari. Kita orang naik tuk-tuk je dari hotel ke PekTai. Korang sebut je.."Pektai", terus dia orang bawak. Macam pasar malam kita jugak. Tapi pasar malam diaorang style dalam kedai gitu, macam kat Rantau Panjang, bukan yang jenis bukak payung macam pasar malam kita. Jarak dari hotel ke PekTai tak sure la pulok, tapi kalau naik tuk-tuk tu adala dalam 5 6 minit. Tambang...tak ingatla. tapi before naik, make sure korang dah tawar menawar and dah capai kata sepakat.
WHAT TO DO, BABE??
*
*
*
*
*
*
Enjoy!! Tengokla tu muka-muka nikmat kena urut! Yang kecit tu lagila, siap dapat buah lagi! Betul-betul layanan istimewa raja! Hehehe. Kalau kat KL sejam 30-40 hengget, kat Hat Yai ni dlm 20 hengget sejam. Tapi lagi heaven kat Bangkok! RM18 sajo!! Really miss Bangkok!! Arghhh..AA plz buat RM0 fare lagi!!!
Sekian laporan dari Cek Mek. Peace!!





























