Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Suka Suki BBQ


Rumah kami ni memang suka buat makan-makan. Acara makan-makan yang kerap sangat dibuat ialah BBQ. Ringkas dan mudah. Biasanya projek makan ni akan dibuat bila ramai orang kat rumah. Macam hujung minggu baru-baru ni, adik Peja satu family tidur kat rumah kami ni. So, meriahlah sikit kalau nak buat BBQ. Geng hawa akan meguruskan hal perap-memerap. Geng Adam pula tugasnya beli bahan basah, sediakan dapur pembakar dan hidupkan bara api. Tugas kipas mengipas dan bermain asap tu juga kita serahkan pada geng Adam! Muahehehe.

Idea makan-makan ni pun last minute sebenarnya. Intan (adik Peja) tidur kat rumah kami pun sebab Peja mintak tolong Bani (suami Intan) cat bahagian dapur. Lepas kerja-kerja mengecat, Peja ajak buat BBQ pulak. Semua tiada bantahan, so menjadilah projek makan-makan segera ni.  Intan ni pandai dalam bab masak-memasak. Masa belajar dulu dia amik course culinary. Selalunya dia yang akan prepare barang. Saya jadi penonton setia saja. Tapi hari tu, anak dia pulak meragam nak tidur. So, saya la yang kena siapkan. Menggelabah juga sebab memang tak tahu! Alamak, terbocor rahsia. Hehe. Rupa-rupanya senang je nak sediakan bahap perap ni. Bahan perap adalah bergantung kepada kuantiti bahan basah. Agak-agakla ye. Hehe

Bawang merah – banyak pun takpe, makin sedap
Bawang putih – sikit sajo, kalau banyak nanti hangit
Halia – sama prinsip macam bawang merah
Serai – sama prinsip macam bawang merah
Kunyit , jintan manis, jintan putih – saya guna yang serbuk je
Lada hitam
Garam
Gula

Kesemua bahan-bahan tadi di blend. Perghh….semerbak bau!! Lumur pada bahan basah. Perap sekurang-kurangnya sejam. Kalau dapat perap lama, lagi sedap. Ok kawan-kawan, selamat mencuba.



Ini la Intan. Master Chef keluarga kami. Hehehe

Cerah cuaca malam tu. Bulan terang! 

Yang gegirl sebelah tu ialah Insyirah, anak Intan.



Monday, December 31, 2012

Restoran Jentayu Steamboat & Grill


Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini merupakan hari penghabisan dalam kalendar 2012. Banyak memori dalam tahun 2012 ni.  Macam-macam rasa ada. Manis, masam, pahit. Mana yang elok kita jadikan panduan, mana yang tak elok kita jadikan iktibar bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Alkisah, semalam tekak ni terasa nak makan steamboat je. Minggu ni berderet menu steamboat. 24hb aritu dah pekena steamboat kat FlammingSetapak. 28hb pulak bedal steamboat kat Johnny Alamanda. Semalam 30hb try pulak steamboat kat Restoran Jentayu Steamboat & Grill di Dengkil. Kat Dengkil tu baru first time mencubanya. So far, bolehla. Menu tidakla sepenuh rasa macam kat Flamming. Harga ialah RM21.90 dewasa dan RM10.90 kanak-kanak. Bagi yang berusia 4 tahun ke bawah, makan adalah PERCUMA. 

Harga sebelum ni ialah RM 17.90 bagi dewasa. Untuk kanak-kanak harganya masih sama. Start bulan November aritu harga dah dinaikkan. Saya pun baru tahu semalam masa nak bayar tu. Mau bergaduh juga bila dengar jumlah yang disebut mahal dari yang saya jangkakan. Rupa-rupanya dah naik harga. Saya cadangkan, pihak pengurusan restoran  mengambil inisiatif untuk menukar sebarang flyers yang ada di facebook dengan memasukkan harga yang baru. Nanti takdela pelanggan rasa tertipu, macam saya. Yela, datang ke Dengkil tu sebab nak dapatkan steamboat dengan harga yang murah la konon. Kat depan rumah pun ada juga kedai steamboat, tapi mengenangkan harga RM17.90 seperti yang terpampang dalam flyers di facebook, sanggup pergi ke Dengkil. Alih-alih time nak bayar, baru tahu harga dah naik. Mulalah buat skrip dalam hati. “kalau aku tahu, baik pergi steamboat depan rumah je.” Hehe, tulah manusia kan? Ada je yang tak kena.

Restoran ni tidaklah sebesar dan secrowded Flamming di Setapak. Ianya cuma lot kedai biasa yang memuatkan kira-kira 30 meja kot. Waktu sampai semalam (dalam pukul 9.30 malam) hanya ada 1 family saja. Nak makan pun best sebab kita-kita aja yang ada kat kedai tu. Apa pun, jom layan gambar-gambar yang di ambil dari fb Restoran Jentayu Steamboat & Grill. Enjoy!

 







Kalau nak try Nasi Lemak Jentayu & Nasi Kerabu Golok ada kat depan restoran. 
Saya tak cuba pulak hari tu, tapi macam sedap je Nasi Kerabu Golok tu. 

 Kelas ko nak, makan krepok keping cicah eskrim!

Sila fokuskan kepada periuk dan hidangan di atas meja ye...bukan fokus pada anak dara itu. By the way, ni adik saya yang bongsu hok gelenya. Nama dia Che Cik...stay kat rumah saya sementara tengah cuti sem. Alang-alang baek punya lepak, daku bagi dia status terhormat...bibik! Muahahahaha. Lega sikitla rumah saya sementara waktu Che Cik ada ni. Balik keje tengok rumah dah kemas. TQ Che Cik. Nanti kalau cuti, lepak la lagi rumah kakakmu ini ye. Ngeee =D

Muahehe. Sila minimizekan skrin komputer anda sekarang pabila melihat muka gedik ini! Makan time! 


**Pssstt…kalau nak dapatkan harga murah 10%, bolehla pergi Hari Rabu (Ladies Night) dan waktu hari gaji bagi orang gomen. Jimat la sikit.


Sunday, May 20, 2012

Selera Ramai 1 Ikan Singgang



Huhu. Ada port baru wei! Aku ngan Peja baru jumpa port ikan singgang. Sebelum ni tak tahu pun ada port yang terdiri dari 7 8 buah kedai yang menyediakan menu yang sama iaitu Ikan Singgang! Kejadian ni berlaku pada hari Jumaat yang lalu. Pok Su Him (bapak saudara Peja) yang ajak makan kat sini. Tempat ni memang dah jadi port wajib Pok Su Him kalau turun KL. Turun KL la aritu sebab nak tengok The Red Warrior masuk final lawan Sime Darby kan. Ehehe. Menu of causela ikan singgang, budu, ulam-ulaman. Then, korang boleh juga mintak lauk-pauk lain. Aritu Pok Su Him order ikan rebus goreng, lala masak sambal kut, daging goreng ngan kangkung goreng belacan. Penuhla satu meja tu. Nyum nyum! Aku post dalam fb tempat ni. Tapi ramai la yang tanya kat mana. Kalau korang tahu pejabat Bas Budaya, ha..korang tahu la kut kat mana. Tapi disebabkan aku ni terlebih baik, aku bagi direction kat korang skali. Tempat permulaan: Hospital Kuala Lumpur - sebab semua tahu HKL kan? Ehhehe


From Hospital Kuala Lumpur, Malaysia
  • Depart Jalan Raja Muda towardJalan Masjid Hospital
  • 0.3 mi
    Turn right onto Jalan Raja Muda Abdul Aziz
  • 0.4 mi
    Turn left onto Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • 0.4 mi
    Turn left onto Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1
  • 306 ft
    Keep straight onto road
  • 269 ft
    Arrive at Selera Ramai 1 Ikan Singgang
    The last intersection is Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1

JJCM Penang...Day 2

Day 2 (1.5.2012)
Selamat Hari Pekerja semua! Lor...rupa-rupanya hari ini juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku ngan Peja yang ke lapan!! Dah lapan tahun jadi bini orang. Macam baru semalam je kawen. Teett!! Semalam la sangat! Muahehehe. Ok, kita teruskan dengan acara JJCM kita. On the second day tu, we decide nak bawak anak-anak ke Bukit Bendera. Aku ngan Peja pun memang dah lama tak ke sini. Dulu time naik Bukit Bendera masih lagi ngan train kayu tu. Naik pun kedek-kedek lambat. Lani train dah cantik. laju berdesup wei naik ke atas! So, untuk hari ini takdela upacara makan sangat pun sebab lepas ni nak balik KL dah. We all kat sini 2 hari 1 malam sajo!! Kikiki






MENU 8: Mee Udang 

 


MENU 9: Roti Prata Daging 
Ini kita orang makan masa jumpa kawan Peja yang keje Kastam kat Gorgetown. Dekat stesen bas tepi laut tu. Ada satu kedai kecit. Lupa lak nak amik gambor. Aku ingatkan roti prata bebiasa jek, skali datang WOW! Sedap seh! Lepas makan tu kami pun bergerak pulang ke KL. Yeaay!!




Sebenarnya banyak lagi makanan yang tak sempat nak makan. Disebabkan masa yang singkat. Maybe should stay here for 3 days and 2 night kut baru sempat cover semua. Nasi Kandar Line Clear tak singgah, walaupun jaraknya dengan hotel hanya beberapa  meter sahaja. Cendol tak try. Char Kue Teow tak jamah. Wargghh! Nanti nak kenen-kenen Peja lagi la untuk repeat gi JJCM ke Penang. Ok you all, tu sahaja report dari saya, Cik Mek Molek Sokmo! Ngeee

Saturday, May 19, 2012

JJCM Penang...Day 1

Assalamualaikum! Salam sayang semua. 
Sorryla dik non..kak jah ni kalau bab mengupdate blog memang fail! Kalau update fb laju je! Kikiki. So, kalau nak story yang fresh meresh, jangan lupa add akak ye dik. Muakeke. Alkesah kejadian nak ke Penang ni pun satu lagi kejadian yang tak dirancang. Main tala je aku ngan Peja. Huhu. Motif utama ke Penang seharusnya, Jalan-jalan Cari Makan! Lagi pun dah berzaman rasanya tak jejakkan kaki ke Pulau Pinang, Pulau Mutiara! Last skali ke Penang masa tu darjah 5 kut. Tu pun ikut rombongan sekolah Mak Incik. Wakakaka. So, now...here we go!!!

Day 1 (30.4.2012)
Malam sebelum bertolak ke Penang, aku dengan sukahatinya bukak Agoda. Skodeng mana yang berkenan. Lokasi mestilah yang senang nak terjah tempat makan! Akhirnya kami sepakat memilih Cititel Hotel, Penang. TQ Cik Agoda sebab bagi price yang marbeles untuk kami.



Lepas check in terus keluar cari makan. Tempat lepak kami yang pertama kat area Padang Kota Lama. Depan laut tu. Anak-anak nak main kat playground plak. Layan kan ajer. Kata bercuti. Masa depa duk main-main tu, mak dia ni pi beli alas perut kat stall kecik-kecik yang ada kat tepi laut nun.



MENU 1: Laksa Penang

MENU 2: Rojak buah



 MENU 3: Kerang Bakar


 MENU 4: Sotong Kangkung



 MENU 5: Sate

 MENU 6: Pasembor!!

Selesai upacara makan sampai 6 menu, maka kami pun mengusung perut yang kekenyangan balik ke hotel. Konon bersiap nak tido, alih-alih terdengar satu suara berbisik..."NAIM LAPAR!" Hah??? Lapar lagi?? Disebabkan mak apaknye memang suka berjalan, maka dengan suka hati mak ngan apaknya bawak turun hotel menuju ke SUP HAMMED. Kedai Sup Hameed ni letaknya di sebelah Cititel sajo.


Lepas pekena sup ayam cicah roti, maka malam tu Naim dapat tido lena sampai ke esok pagi. Ehehe, sekian laporan hari pertama.

Tuesday, May 1, 2012

Hat Yai trip...MAKAN

Bab makan tak menjadi masalah jika anda berkunjung ke Hat Yai. Jangan khuatir tentang mencari  makanan halal kerana sememangnya anda akan berjumpa dengan banyak kedai makan Islam, antaranya...

Terletak di bahagian kanan Hotel Cholatarn

Terletak di bahagian hadapan Hotel Cholatarn. Ada roti canai juga!
(not exactly berdepan...you have to jalan sikit ke depan)

Terletak di bahagian kiri Hotel Cholatarn

 Baby akok...depan Hat Yai Plaza

 Stalls depan Lee Garden Plaza

 Depan Lee Garden Plaza

Tepi Lee Garden Plaza, depan pejabat Bas Kesatuan. Teh ais (cha yin) yang marbeles!!!

 Area depan Pink Hotel...dekat ngan Lee Garden jugak

More picture!! Yummeh!!!

 My sarapan kat Kedai Rocky

 My lunch kat Kedai Kelantan

 Peja's favorite...yamusin a.k.a kerabu suhun

Cha ron (teh tarik) kat gerai depan Kesatuan tu. Mantop!