Wednesday, January 9, 2013

Scan 3D

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Sihat? Anak-anak sihat? Iman sampai ke hari still lagi cherry the berry. Dah masuk hari ke tiga. Dinner malam tadi baru nak start makan. Tapi menu memilih. Nak telur je, tak nak nasi. Mommy-mommy ada resepi ke untuk anak yang cherry berry ni? Oh, cepatlah baik anak.

Berbalik pada tajuk entri, pasal scan 3D. Kalau dulu kita scan yang 2D je. Nampak bentuk baby hitam putih macam tengkorak. Hehehe. Sekarang upgrade sikit dengan munculnya scan 3D and 4D. Boleh tengok raut wajah baby dengan jelas, nampak pergerakan baby. Soon, akan munculnya 4D HD scan, yang mana image 3D baby lagi real sebab nampak macam kita taruk scope dalam rahim. Yang macam dalam National Geographic pasal "Inside the Womb" tu la kot. 

Ini BUKAN wajah baby daku. Cuma diambil dari Acik Gugel nak buat contoh 4D HD      waaa..bila nak diperluaskan di Malaysia ni? Clean and clear bangat!! Huhuhu



Dalam hati ni duk tertanya-tanya lagi, nak buat scan 3D tak untuk baby baru. Masa Naim dulu tak merasa scan 3D ni semua. Tak tau sangat pasal benda-benda canggih ni. Pasal menyusu pun takda ilmu. Owh, sungguh sedih! Maklumlah, masa tu budak lagi dah jadi mak! Orang lain lepas diploma sambung degree. Saya, lepas diploma terus kawin. Setahun kemudian dapat Naim! Ngeeeee :-p

Masa Iman pulak, baru celik sikit. Pregnantkan Iman 24 minggu, try survey pasal scan 3D kat satu forum ni. Mengandung.com kalau tak silapnya. Masa tu tak banyak sangat klinik yang buat perkhidmatan 3D. Kalau ada pun harga boleh tahan mahalnya. Survey punya survey, saya try call kat Vision College di Kelana Jaya. Berdekatan dengan Giant dan juga sebelah pejabat pos. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM80 sahaja, siap dapat CD! Terus call and set appointment. Tapi dua tiga hari sebelum hari appointment, pihak Vision College call, tanya sama ada saya sudi tak jadi 'model' untuk doktor pelatih belajar cara-cara buat ultrasound. Yang menariknya, perkhidmatan ultrasound 3D yang akan dibuat ke atas saya di beri secara PERCUMA + dapat extra RM30 sebagai duit minyak! Apa lagi, terus angguk kepala laju-laju! Heheheh, rezeki Iman.

And now, turn baby baru. Minggu ni dah masuk 26 minggu. The best time untuk buat scan 3D ni is around 18 to 26 weeks. Tapi kalau nak dapatkan nice image of 4D, masa yang sesuai ialah sekitar 25 hingga 30 minggu as the baby dah ada tisu lemak dan nampak chubby serta chomel! Sekarang pun dah banyak klinik-klinik biasa yang buat perkhidmatan ni. Tak sesusah dulu nak mencarinya. Klinik kat area rumah ni kebanyakkannya pun dah ada. Antara klinik yang saya call bertanyakan pasal scan 3D ni ialah:

Klinik Jameaton : 03-8944 2270
Hari Sabtu: 6pm - 9 pm
Hari Ahad: 10am - 4pm
Charges: RM100, gambar n CD
Boleh walk-in je, tapi keutamaan diberi kepada mereka yang buat appointment.

Klinik Qistina : 03-8943 4487
Hari JUMAAT sahaja, dari jam 8pm-10pm. 
Charges: RM100 dapat gambar saje, RM105 gambar n CD. 
Deposit RM20
Strictly by appointment only. 

Klinik Perdana: 03-8944 0539
Hari Selasa-Jumaat: 11am - 3pm & 5pm-7pm
Hari Sabtu: 9am - 2pm
Charges: RM100 gambar saje, RM130 gambar n CD
Kena buat appointment dulu.

Kajang Plaza Medical Centre (KPMC):  03-8739 7077
Hari-hari ada. Tapi doktor lain-lain.
Masa: 9am - 10pm
Charges: Dalam RM45 (scan 3D sahaja & dapat printout 2D)
Call dulu untuk appointment. Kalau tak frust nonggeng.

Saya juga LIKE page 3D 4D Scan Malaysia di facebook. Mereka bukanlah doktor, tetapi sonographers yang sememangnya pakar dalam bidang ultrasound. Mereka akan memberi perkhidmatan di beberapa klinik yang telah ditetapkan iaitu di Klinik Umra, Seksyen 13 Shah Alam, Poliklinik An-Nisa', Seri Kembangan dan Klinik Fauziah, di Desa Ampang. Poliklinik An-Nisa' tu pun kira dekat juga ngan rumah. Harga sama dengan klinik yang lain, RM100 siap skali ngan CD.

Ingatkan kat tempat kawan saya scan tu dah murah dah. Rupanya ada lagi yang lebih murah. Hehehe. Kawan saya buat scan 3D kat satu klinik di Jerteh, Besut, Terengganu. Charge yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja. Tapi tak dapat CD lah, cuma dapat print out yang scan 2D.  Sama macam kat KPMC tula. Nak tunggu balik kampung lambat lagi. Cuti raya cina nun kot baru balik (hehehe, macam la lama sangat). Masa tu dah masuk 31 minggu. Tapi, kalau sesaja nak gelenya boleh sajo kan?! Muahehehe. 


9 comments:

Elle said...

Vavavaa.. rupa Abg Naim!

Cik Mek said...

Alu Miz Elle...itu bukan baby daku..itu baby omputeh mana ntah yang scan pakai 4D HD..ekkekeke

arih said...

klinik yg kat jerteh tu nama pe ye?

Cik Mek said...

Salam Arih...kat Klinik Nazri. Dekat ngan pantai Timur tu eh..? Yolo ko..? Kita pun tok gi lagi. Saing jah hok gi nyah. Hehe, salam kenal ;)

Unknown said...

Terima kasih..info yang sangat bgus..tgh survey tempat yg murah tapi best..klu sonographer yg scan lg best sb mereka lebih pandai scan berbanding doktor..doktor pandai tgk image n buat diagnos, tp dr segi penerangan ms scan tu diorg biasanya fail..huhuhu..

Cik Mek said...

Alhamdulillah...ada juga manfaat celoteh saya ni ye.. :-) yup, sonographer lagi cekap sebab memang itu bidang tugas dia kan..hehehe, apa pun selamat mengintai si kecil anda muslimah mukminah... :-)

Enna said...

hai...terima kasih bg info klinik utk buat scan..:)

Unknown said...

Salam, kami di Poliklinik Tanjung Perdana dekat Tanjung Rambutan,Ipoh, Perak ada buat ultrasound 2D/3D/4D/details scan oleh doktor muslimah.
Kalau berminat boleh lawati kami di sini :

https://www.facebook.com/poliklinikkita/photos/a.490579844405567.1073741829.490467591083459/601525066644377/?type=1&theater

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary

Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Post a Comment