Sunday, October 30, 2011

Jom Steamboat @ Flamming

Moh layan steamboat lagi!! Ni kami pi Sabtu, 29 Oktober 2011. Nak buat macam mana...hantu steamboat ada kat umah ni. Tu yang suka sangat terjah tempat-tempat steamboat ni. Kali ni jom menyetim kat FLAMMING STEAMBOAT. Ada banyak cawangan. Kat Sunway ada, kat Shah Alam (Seksyen 33) pun ada. Kami terjah tempat biasala, kat Danau Kota, Setapak. Ko tau kan kat Danau Kota tu ada Parkson baru bukak tu kan. Giler besor! Kat sebelah Parkson tu ada deretan kedai kan. Ha, Flamming ni kat deretan kedai sebelah Parkson tula, belakang Eon Bank ngan Old Town White Coffee. Harganya bagi aku bolehla layankan, RM26.90/pax. Kanak-kanak lak RM9.90/pax. Kalo 3 tahun ke bawah FREE. Time dapat gajikan, bolehla sekali skala makan. Huhuhu.

Udah tak menyala dah Flamming tu. Terus terbako hangus! Kuikuikui

Macam-macam pilihan ado. Lebih dari 150 items dihidangkan. Kemaruk gak nak memmilih.










Ha..pilih, pilih. Time ni tak hengat dunia. Sotong, udang, ketam semua aku punggah!








Sakan member layan aiskrim. Siap cucuk-cucuk cookies lagi, Pastu siram ngan hot chocolate. Perghh! Pandai ko eh, Naim


 
 Ada dua pilihan sup. Tomyam ngan perisa ayam. So tak gaduh la kami anak beranak. Yang bebudak leh amik dari sup ayam, tak pedas. Yang kami mak pak suka pedas ni leh ceduk dari sup perisa tomyam. Nyum nyum. Seedaapp!!





Iman over tau! Siap celup tangan dalam gelas lagi.


Tu dia anak aku yang kecit, tak main dah duk atas baby chair..atas meja terus!!! Gasak ko la nak, janji ko tak meragam sudah!


LICIN!!!

Errkk...alhamdulillah. Kenyang. Nanti lain kali kita pi lagi ye.

Tuesday, October 25, 2011

Hari Keluarga PraSekolah SK Presint 11(3), Putrajaya

Salam semua. Entry kali ni moh cherita pasal Family Day PraSekolah Presint 11(3). Best tau, siap ada family day lagi. Mak ko dulu ni skolah tadika takdenya nak merasa family day bagai. Takat hari sukan tadika je ade la. Kau ada? Program start pukul 8.00 pagi, hari Sabtu, 22 Oktober 2011. Bagus program macam ni dibuat. Boleh mengeratkan hubungan antara Pengurusan Sekolah, parents dan juga murid-murid. Jom, cekidaud!!




Ha, moh daftar dulu. Kang jap lagi ada cabutan vertuah!


Ni time bekpes. Parents pakat buat style potluck. Dapatla merasa macam-macam menu! Ada buat bihun goreng, soto, mee goreng, spagethi, roti canai pun ada! (Potluck ye, bukan pork luck. Sebab ada member aku dulu kemain lagi bercerita hingar satu opis, dia buat PORK luck masa pegi picnic kat PD. Senak perut aku gelak).


Ok, time join the game! Aku, Peja and Naim masukla dua tiga games. Ko nampak 2 beranak nun? Sama-sama bulat!! Muakeke. Ni nama game Simpulan Kasih kau!


Terhuyung hayang Peja bawak Naim. Dapat masuk final wei. Peringkat saringan dapat tempat kedua. Bila masuk final tu, dapat tempat last sekali! Hehehe. Takpela nak, tahniah!


Ni pulak acara untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Sebabnya ramai sangat adik-adik ni datang teman abang ngan kakak, termasukla si Iman. Sebab tu la pihak penganjur buat games ni khusus untuk adik-adik kita ni. Ha, rebut..rebut!! Tapi adik-adik baby ni tak berapa reti nak berebut. Tengok je. Amik satu, lepas tu blah. Aiseh


Kenala orang tua yang ajorkan. Ngeh ngeh ngeh. Songlap masuk dalam baju.

Ok, next game ialah 'Mamaku Cun'. Haha. Lawak tul game ni. Murid-murid dikehendaki makeupkan muka ibu ikut kreativiti diaorang la. Taruk bedak, lipstik, eye shadow ngan aye liner. Beria budak-budak ni mengerjakan muka mak masing-masing. Aku pun join gak game ni. Pergh, tekun dak Naim conteng muka aku. Berseri abes beb!!!

*

*

*

*

*


Tengokla wajah berseri daku.
Baek punya taruk eye liner. Ingat eye liner tu pensil warna?? Huhuhu


Huhu, Peja tengok muka aku macam ni gelak sakan! Oo, suka nampak? Kang aku keluar rumah macam gini kang naya abahnya! Hehe. Weolls tak leh lama join kat sini sebab tengahari tu terus zass pegi Hospital Selayang jenguk Ayah.





Sunday, October 23, 2011

Sepetang di wad 9B, Hospital Selayang

Ingat lagi tak dulu aku citer Ayah ngan Mama selalu kena berulang dari Besut to KL every month sebab Ayah kena jumpa doktor pakar? Mulanya kejadian Ayah sakit ni, masa tu Mama ngan Ayah buat umrah dalam bulan puasa tahun lepas. Kononya depa nak pi umrah sebulan, skali ngan sambut raya kat sana. Dalam 10 hari berpuasa, Ayah takleh kencing start dari hari pertama puasa lagi. Ayah kata rasa nak kencing sangat tapi tak keluar. Macam blocking gitu. Ayah ulang alik gi spital masa kat Mekah. Amik ubat la, masuk tiub la. Last-last Mama ajak balik sebab susah jugak nak buat ibadat dalam keadaan sakit macam tu. Tambah-tambah lagi kat tempat orang. So, sejak daritula bermulanya episod Mama ngan Ayah akan datang KL setiap bulan. Mulanya tanya jugak, kut Ayah nak rujuk kat HUSM, Kubang Kerian. Dia tanak. Konon mulanya nak refer Hospital Putrajaya, dekat sikit. Nanti Pakar Urologi akan gi di HPJ pada hari-hari tertentu. Alih-alih, Ayah kata dah kalo pakar ada kat Hospital Selayang je, baik gi sana terus. Sanggup tu Ayah drive dari Besut to KL. Sambil-sambil jumpa doktor, sambil jengah cucu katanya. Cucu gak disebut-sebut.

After few months sesi melawat doktor, so the specialist said ayah kene buat operation untuk buang batu karang yang telah memblock saluran tertentu tu. Ayah admit ward kat Hospital Selayang ari sabtu lepas, 22 Oktober. Sama tarikh ngan Hari Keluarga PraSekolah Naim. So, pagi tu kami join dulu Hari Keluarga PraSekolah Naim dulu. (dilain entry akan story pasal Hari Keluarga PraSekolah Naim). Lepas tu baru gi jengah Ayah kat Hospital Selayang. Terhibur muka Tok Yah bila cucu-cucu duk gegak gempitakan bilik dia. Hehe. Tok Ma pun sama. Maklumla, time tu Diva Putrajaya pun ada skali. Tu yang happening!!





Sedap lepak-lepak bilik Tok Yah ni. Besau! Dah buat macam umah sendiri dah.





Sukala Iman tuh kena ulit ngan dayang-dayang Diva Putrajaya. 


Kemain ko ye Iman. Buat main gelongsor lak


Kiutkan pesakit muda ni! Katil je besor. 
Tok Ma: Iman sakit apa..??
Iman: Yut...(sambil selak baju tunjuk perut muncit!)


Harap Ayah cepat sembuh. Tak lama lagi nak raya. Get well soon Ayah. Love you!




p/s: Operation Ayah ditunda. Ayah mintak balik sebab tak lama lagi nak raya. Nanti 28 November masuk wad balik. Tiga kali operation tertangguh. Sekali tu air kencing Ayah kotor. Kali kedua & ketiga tak sempat bilik OT. Patient ramai, doctor ciput. Sian Ayah. Harap ujung bulan November tu Ayah dapat jadi patient yang pertama masuk bilik OT.

Wednesday, October 19, 2011

Pangkor Trip - Part 2

Untuk second day, aktiviti bebas! Pepagi lepas bekpes terus sambung terjun laut. Sesi berendam n sun bathing lagi!! Paling syiok mestila si Master Yoda Iman. Main air tak ingat donia. Naim macam biasala. Setakat rendam kaki je. Checkout pukul 12 tengahari. Memandangkan masih banyak masa lagi, so we decide to ronda-ronda sekitar pulau. Kami amik 1 speed boat kecik dengan harga RM30 untuk ronda-ronda the island for about 15 minutes. Bolehla. Tekong tu tunjukkan few spots yang ada batu bentuk ikan paus, bentuk penyu ngan bentuk boya. Sorry ye guys, tak sempat snap gambor sebab gemuruh ngarung laut ngan speedboat kecit! Cuak aku walaupun pakai life jacket bagai. Lepas ronda tu sedang elok pukul 11 pagi. Terus balik bilik, siap-siap untuk checkout. 

 Cantikkan..tenang jer



Skodeng port sket




Sebelum tu, we olls ronda-ronda sket sepanjang jalan. Window shopping sajo


 Iman: "This is last warning okay..no more mamarazi here!!"

Layan berjemur anak aku...ngalahkan omputeh!!


Ko ada nak sun bathing macam ni?? 


Yuk, ronda pulau! 


Jom, terjun laut!!!


Stakat gigi air je boleh arr belagak!


Settle semua urusan chekout, kami naik bot dari Pulau Pangkor jam 1.00 petang. Sampai Lumut pekena Char Kuay Tiaw buat santapan di waktu tengahari. Minum pulak aku amik cendol. Pergghhh..terasa santan dia. Memang lemak manis abih la. Gedebuk gedebak pukul 3.00 petang gerak dari Lumut. Dalam kereta ape lagi, aku and anak-anak berjemaah la tido. Sian Peja drive sorang-sorang. Sorry ye laling. Letih main laut katanya! Huhu. Bye-bye Pangkor. Ada rezeki jumpa lagi.

Monday, October 17, 2011

Pangkor Trip - Part 1

PULAU PANGKOR

 

Ni la first time dalam seumur hidup menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Dah besor panjang ni baru nak sampai sini wei. Rupanya ada lagi tanah-tanah Malaysia yang tak abis aku jejak lagi. Ke Pangkor ni sebab opis Peja ada buat family day. Kira sporting abesla geng-geng opis dia sanggup meronggeng gi Pangkor. 3 jam jugak kalo drive dari KL. Kalu sek sek opis aku tu mau berperang bagai dulu. Dari tahun 2008 aku masuk HQ ni (masa tu tengah ngandungkan Iman 2 bulan) dah dengar ura-ura nak buat family day...sampai la anak aku dah omo 2 tahun 1 bulan, ntah kemananya family day depa tuh! Gerak-gerak khas dari rumah pukul 9.00 pagi. 2 kali jugak brenti. Biasala kalo berjalan bawak budak-budak ni memang renyah. Kang yang nak beraknye, yang nak kencingnya. Sakanla kami melangut dalam kreta anak beranak. 3 jam wei redah highway. Sampai Lumut pukul 12 tengahari. Menggelupur cari makan tengahari. Pagi tadi santap roti je buat alas perut. Kalo dah perut Melayu tu, nak kena telan nasik jugak. Selesai lunch kami menuju ke Terminal Jeti di Lumut sebab pukul 1.45 petang nak naik feri menuju ke Pulau Pangkor! Huhu...akhirnya!!!


 Peja kata ni Estima ngan Alphard. Jangan segan-segan, silalah naik.

Lebih kurang dalam 30 minit menyeberang laut, sampaila kami kat Jeti Pulau Pangkor. Bila keluar je terminal tu ko akan nampak bersusun teksi pink panther ni tunggu ko. Petik jari je...zasss sampai! Apa lagi, terus naik teksi pink panther ni ke tempat berteduh kami yang dah di booked. Iman boleh lena pulak dalam teksi pink panther ni. Syiok agaknya terlambung-lambung oleh keempukkan kerusi teksi kut.  Resort kami ni terletak di Teluk Nipah. Jauh jugakla kut dari jeti sebab masa naik van teksi tu rasa cam lama je. Jeng jeng jeng, akhirmya sampai jugak. Cekidaut...Palma Beach Resort. Okla chalet ni. Cantik, view cantik. Yang best tempat ni happening! Jalan depan sikit dah jumpe laut. Pastu kiri kanan jalan penuh ngan kedai yang jual macam-macam...T-shirt, keychain, fridge magnet. Happening sampai ke malam! Tak mati keringla kalau korang bermalam kat sini.


Tapi yang letih sikitnya, chalet ni ada 2 tingkat. Kalau kene belah bawah syiok arr. Macam aku kene umah atas wei. Ketar jugak la pale lutut ni nak turun naik tangga. Sampai kat resort ni dalam pukul 3 petang. Of coursela tido dulu seround dua. Lepas Asar tu enjoy minum petang yang disediakan oleh pihak resort. Next activity mestila terjun laut!!! Best wei. Pantai dia takde batu. Syiok je mandi sambil kaki main-main ngan pasir gebu. Yang hantu airnya sah-sah la Master Yoda Iman. Si Naim pulak tergedik-gedik kat gigi air. Penakut! Bila ajak mandi jerit-jerit taknak join. Adeh. Gasak ko la nak. Mak ngan adik ko nak berendam.

 Jom terjun laut!!

 Sesi berendam mak ngan anak


 Yang gebu sorang ni takat gigi air je dia berani. 


 Penat wei aku ngayat dia, Last2 mau jugak turun. Tapi kene berjemput le. Takde maknanya nak turun sendiri. Pegang tangan aku kemain kejap!


Duk main ombak tepi pantai pun nak berdakap lagi. Dia kata nanti Naim masuk laut!!



Selain sesi berendam, petang tu pun ada games untuk budak-budak ngan mak pak budak-budak. Naim join few games. Amik bahagian jugakla. Aku ngan Iman berendam sampai kecut tangan-tangan. Peja petang tu eksen, tak nak join. Anak-anak memang enjoy abisla, dengan main pasirnya...dengan berendamnya. Malam tu ada makan-makan. Pastu aktiviti bebas. Kitaorang tawafla jalan-jalan yang berdekatan dengan resort. Sempatla jugak beli fridge magnet, keychain and 2 3 lai baju t-shirt. Pastu balik bilik, tido! Huhu. 






 Ni pun main game gak..game sodok pasir