Sunday, April 22, 2012

Trip Hatyai

Pending dulu ye..Encik Mood tak mari lagi..Hattoii!!!!

Wednesday, April 18, 2012

STUDY!! STUDY!!

Please la encik Mood! Kenapa anda datang begitu lewat sekali. Bila Encik Mood dah datang, baru saya tahu banyaknye lagi yang saya belum tahu! Semput napas nak study nih. Study group pulak sampai tiga empai jam sehari. Sampai naik juling mata mengadap PC and lappy. Kecut perut. Tarikh exam makin dekat. Hatoii! Saya akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi kawan-kawan. Doakan saya berjaya!



 
...Review skit subject exam saya...


Jakarta terbahagi kepada lima wilayah. Iaitu Jakarta Pusat, Jakarta Utara, Jakarta Selatan, Jakarta Timur dan Jakarta Barat. Hot spot adalah di Jakarta Pusat. Begitu juga dengan Jakarta Selatan yang terletaknya banyak bangunan pencakar lagit dan moden, manakala Jakarta Barat terletaknya Kota Tua yang banyak binaan bangunan-bangunan lama. (errkk...paper apa nak amik ni? Sejarah ke?) Berikut adalah perincian mengenai subjek peperiksaan saya.



Date : 28 - 31 Mei 2011
Time : 8am till 11pm
Subject : Shopping
Examination hall : JAKARTA and BANDUNG

 Hehehehe

Pesta Buku 2012

 

Jom ramai-ramai terjah Pesta Buku! Masuk percuma ko! Takde bayor-bayor. Sposen pun tak kena. Syok juga ni kalau bawa anak-anak ke sini. Boleh kita bagi pendedahan dan tanamkan minat pada buku kat anak-anak. Mesti Naim suka. Maklumla, time tu buku-buku melambak depan mata. Harga pun murah-murah. Boleh la beli sedozen dua buku cerita dan latih tubi untuk Naim. Naim dah pandai membaca. Tapi bacanya tak ada nokhtah! Senada je bunyinya. Huhuh. Takpa, takpa. Kata orang putih, "practice make perfect!" Untuk Iman, boleh cari buku-buku yang warna warni sikit. Sesuai ngan umur dan minda yang tengah nak berkembang. Untuk mak pak depa plak, nak cari buku-buku motivasi (wahh!!!), buku-buku agama, buku-buku mengeratkan rumahtangga. Nanti lepas abih kursus nak pergilah kat sini. Tinjau sendiri buku apa yang sesuai. Anda diluar sana pun jom serbu!! Jangan lepaskan peluang.


 





Kata hati: Macam tak terpandang iklan Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIK SINI!!!) ni kat mana-mana media massa. Ke aku yang tak terpandang? Hmmm...

Kursus oh kursus

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Pepagi cam gini update blog bagus gak. Line tengah laju. Muahehe. Ujung minggu ni nak kena gi kursus la pulok. Nun ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman, Terengganu. Nok kata balik kampung dok jugok. Sebabnye Besut ngan Kemaman tu dalam 4 jam lebih perjalanan, bersamaan lebih kurang 232 kilometer!!! Satu peta Terengganu tu round! Huhuhu. First time nak berkursus di INTIM ni. Selalunya kalau kursus ngan INTAN apply dekat-dekat je. Makanya tak pulangla ke Kampung Raja tercinta! Uhuk uhuk. Tapi kebetulan jugak, memang tak dapat balik kampung sebabnya Mak Incik ngan Pak Incik turun KL time aku berkursus tu. Biasala, checkup Pak Incik kat Hospital Selayang.

 Bagi mereka-mereka yang kurang arif tentang subjek Geografi. Tengok tu. Kan aku kata tadi, satu peta Terengganu tu lalu dari Besut nak ke Kemaman. Tapi view bestla. Tengok pantai je.

Bercerita pasal kursus ni, dulu (2007) dapat kursus Bahasa Mandarin tiga minggu kat INTAN Jln. Elmu, PJ. Merdeka tak yah masuk opis dekat sebulan! Yang bestnya Peja pun dapat kursus tu sama. Tapi we all tak bagi tau sape-sape pun yang we all ni husband and wife. Semua geng kursus tu macam cakap sok sek sok sek jugakla sebabnya masa hari pertama time sesi perkenalan, masing-masing cakap dah berumahtangga. So, geng kursus ni duk ngumpatla konon laki orang ngorat ngan bini orang. Nak tergelak aku! Tak sangka jadi bahan umpatan. Tapi aku buat dek je. Memang dah pakat ngan Peja, last day baru nak bagi tau semua. Tapi rahsia tu dapat disembunyikan selama dua minggu sahaja. Kebetulan pulak aku kena demam panas. Gi HKL dapat MC lima hari (tapi aku cuti dari berkursus dua hari je. Sayang wei, keciciran kelas nanti.) Lepas tu Peja bagila MC tu kat our lecturer. Lecturer tu tanya la macam mana Peja pulak yang dapat MC tu. (Rupanya lecturer kita orang pun duk syak wasangka juga!) Last-last Peja bagi tau yang we all ni husband and wife. Riuh kelas tu stengah jam. Masing-masing cakap.."Ooo, patutla berdua je! Kita orang ingatkan ada skandal!" Hatoii!!! Bila aku masuk kelas balik masing-masing pakat duk cubit aku. Wakaka. Orang hebat memang pandai simpan rahsia!

Sunday, April 8, 2012

Triffle

Selamat hujung minggu semua. Ke mana korang cuti-cuti ni? Aku tak ke mana pun. Melepak je kat rumah. Ada misi penting yang perlu dilaksanakan. Misi tersebut ialah...mengerjakan berkontena baju yang tak basuh lagi. Huhu. Time hujung minggu la nak settle semua. Nak ngejorkan panas matahari lagi, berpulun bergasakla. Nasib ko la mesen basuh. Time petang pulak boring-boring kat rumah, skodeng dapur semua bahan ada, so apa lagi...boleh buat triffle! Senang je nak buat ni. Tak sampai 5 minit penyediaannya. 




Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan koktail
4 sudu besar tepung kastard
1/2 tin air buah-buahan
1 kotak jelly
Kek - apa2 jenis pun boley, nak roll ke, taknak ke..suka hati!

Cara2:
1. Potong kek sama tebal dan susun dalam bekas
2. Satukan susu cair + kastard + air buah-buahan. Kacau sebati kemudian panaskan. Kacau perlahan sehingga menjadi pekat dan berkilat. Kemudian tuang kedalam bekas yang disusun kek tadi.
3. Susun suka hati buah-buahan kotail di atas kastard tadi.
4. Masak jelly ikut arahan pada kotak. kemudian, agak2 suam, tuang untuk lapisan atas skali...sejukkan dalam peti es, siap!!

Huhuhu..senang je kan? Memang resepi masuk peti sejuk ni aku suka sangat. Tak banyak kerenah. Haha, suka sangat ye? Ke nak buat yang lain-lain tak reti? Kuikuikui. Lebih kurang la. Selamat berhujung minggu semua! Layanzzz...

Wednesday, April 4, 2012

Iman kena HFMD

Owh kesian anak Ummi. Tetiba plak boleh terkena HFMD. Lagu mana buleh kena, kat mana kena kena pun tok tahu kawe nok jawak. Yang perasannya petang smalam lagi. Nampak dah naik merah-merah kat kaki dia. Tapi tak banyak. Kebetulan pulak smalam Ijan tanya pasal HFMD ni macam mana rupanya. Aku pun google la. Alih-alih, arini Iman lak yang kena. Adushh.

Ni gambar yang digoogle smalam

Pagi tadi bangun nampak dah ada bintik-bintik kat tangan and bawah bibir dia. Zaazzzz..hati aku kata ni macam dalam gambar yang aku google smalam. Pagi tu jugak bawak Iman gi KKPJ Presint 9. Doktor Zaidi check kat semua spot; tangan, siku, lutut, kaki and mulut. Memang kompem kat semua tempat tu ada biji-biji merah. Luckily Iman tak demam kuat and takde banyak biji sangat naik kat dalam mulut dia. So dia makan berselera macam biasa. Takde ubat khusus untuk merawat sakit ni. Just sapu calomine lotion setiap kali lepas mandi should be fine. Hari ni dah 4 hari kena so far biji-biji merah tu macam nak surut dah. Hopefully Iman cepat recover, Isnin ni boleh gi hantar kat nursery macam biasa. Amin!! Cepat sembuh ya sayang!!!


 Bebiji merah kat kaki dia. Ni nampak dah nak surut ni...

 Kat tangan ada sikit

Steady...siap silang panggung lagi! Kuikuikui

Kalau nak info pasal HFMD ni, sila  berkunjung ke blog DrAzwan. Kata Dr. Azwan, yang penting:

ELAKKAN JANGKITAN
* basuh tangan dengan sabun setiap kali lepas tukar lampin anak
* boleh guna air sabun untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yangterkena najis atau air liur mereka
* jangan bawa anak-anak ke tempat terbuka seperti kolam renang atau shopping complex. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

JANGAN PANIK!
Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyakan HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak anda tidak demam, selera makan macam biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.