Saturday, September 22, 2012

Iman oh Iman

Assalamualaikum...selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua kawan-kawan. Hehe, ada cerita skit nak share ni. Ada satu kisah, budak kat rumah ni dah tiga tahun pun masih menyusu badan. Walaupun bukan fully breastfeed dah sekarang, tapi bila malam mesti nak ngempeng. Buat pelali nak tido kononnya. Memang maknya tak berhajat pun nak pisahkan susu masa dia dua tahun dulu, tapi ni bila maknya dah pregnant, baru la mencari-cari idea nak bercerai susu. Semalam, bila nak tido dia mintak nak menyusu. Cara mintak tu aduhai...meruntun kalbu! Lembut dan berhemah je. "Ummi, nak tek boleh?" Aduhai, tak sampai hati pulak dibuatnya. Tapi maknya saja je melawak cakap kat budak ni "Adui Iman, tek Ummi sakit la, darah! Cockroach gigit! Adui, sakitnya! Huhuhu." Sambil buat-buat nangis. Hehe, menjadi beb! Budak ni tak mintak pun sebaliknya dia picit-picit dan cium maknya tanda simpati. Semalam sebelum tidur minum air masak! Bangun tidur pun minum air masak. Hehehe. Tengahari tadi budak bertanya khabar tek dia, masih berdarah lagi ke tak. Mestila maknya cakap masih berdarah dan sakit. Apa pun, Ummi harap Iman jadi anak yang soleh dan beriman, yang cerdik, pintar dan pandai dan segala yang baik-baik berkat minum susu Ummi dari lahir sampai ke usia tiga tahun sebulan! 

Sehari - 3.04 kg 

Sebulan - 4.43 kg 

 2 bulan - 5.97 kg

5 bulan - 8.4 kg 



- Aidilfitri 2012 -

Monday, September 17, 2012

Kitchen Cabinet

Pernah dengar nama KUBIQ? Ape bende pulak Kubiq ni eh? Its all about kitchen, wardrobe, appliances and accessories. Kesahnya masa pergi Renovation & Mother Baby Kid Expo kat PWTC bulan Jun aritu, kami menyinggah kat Kubiq ni tengok kitchen cabinet (KC). Dah 8 tahun duk umah tu, takde KC pun. Yang ada kabinet biasa-biasa je beli kat kedai perabot tu. Hehehe. Tengok pada harga, ianya mampu milik. Korang boleh wujudkan KC dengan budget yang korang ada. Yang bestnya, miniature KC akan terbina depan mata you all sendiri.


Nak bina model kabinet ni, korang kena tahula brapa kaki KC yang you all nak tu nanti. Nak yang L shaped ke, I shape ke, U shaped ke..nanti depa akan buat model KC berdasarkan kehendak kita. On the spot boleh tahu berapa harga kabinet tu. Memang best. Pernah jugak pergi kat kedai kabinet lain sebelum ni, tapi depa main lukis-lukis je atas kertas A4, lepas tu bagi harga puluhan ribu hengget. Demam kejap! Masa kat sini, we all decide nak yang 10' L shaped KC. Banyak design-design lain dan harganya sangat berpatutan.


 I-Shape Kitchen
Code : I10B
Size : 10' 
Base Unit 10'   Wall Unit 7'
RM1,785*
L-Shape Kitchen
Code : L5-9B
Size : 5'  x 8.5'
Base Unit 11.5'   Wall Unit 6'
RM1,903*

Sebelum masuk bulan puasa, aku ngan Peja terjah la ke kilang dia kat Kota Damansara, nak buat confirmation and payment harga cabinet yang kami berkenan masa kat expo aritu. Nak dijadikan cerita, kat kilang dia tengah buat 50% discount on KC display set and 30% on appliance! Wow, langkah kanan! Masuk-masuk aje kat tempat display tu, terus berkenan ngan 10' I shaped KC with acrylic door and solid surface. Harga before less (KC and appliance) RM 6832.80. Lepas tu mata aku terskodeng hob and hood. Maklumla, ada 30% discount kan. Harusla cuci mata gitu. Lepas tu tertengok pulak oven. Suruh Cik Ita (orang Kubiq tu) kirakan total cabinet and appliance. Suam sejuk badan dibuatnya. Maklumla, bajet kami tak berapa besar. Duk bermesyuarat ngan Peja jap. So, the final decision, kami panjangkan lagi cabinet tu jadi 15' dengan tambah tall unit with basket, amik sink, hob and hood.

 Total price: RM5958.60! (KC and appliance) Yeaah!!
Opps, dapur tak siap lagi, tapi KC dah pasang dulu. Huhu

 Ni la tall unit nyer, siap skali ngan basket

Kalau amik KC sahaja (10') after 50% discount hanya RM 2538.40!! Wow!

Hehehe, apa lagi. Kalau nak dapatkan best promotion bolehla terjah next year punya expo ye. Jumpa anda di sana!!

Sunday, September 16, 2012

Khao Niaow Ma Muang (Pulut Mangga)

- Our Mango Sticky Rice at Rak Thai -

Assalam semua. Selamat sejahtera. Petang tadi lepas terjah renovation expo tu, perut lapor la pulak. Nak makan nasik ayam kat Chicken Rice Shop, beratur nak amik order punyalah panjang! For surela berjam nunggu nak dapat meja kosong. So, we decide makan kat Rak Thai jela. Kebetulan pulak tekak ni terasa-rasa sangat nak makan pulut mangga, buat pengubat rindu nak ke Hat Yai and Bangkok. Huhu...rindu betul nak gi sana. Rindu nak mentekedarah! Muahehe. Rindu ngan pulut mangga, pulut ayam, teh ais yang super duper marvelous! Hishh..Tak sabar nak skodeng tiket AA 18 September ni. Ada tiket free beb! Sampai je rumah, aku search cemana cara nak buat pulut mangga ni. Next time boleh buat sendiri, itupun kalau rajin! (sekarang ni, memang M A L A S manjang.) Moh layan mende bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan (3-4 orang makan)
  • 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Mangga yang masak ranum secukupnya

Cara-cara
  1. Panaskan pengukus terebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam. Letak daun pandan sekali dan kukus pulut hingga masak.
  2. Untuk kuahnya: Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan dan gula pasir. Bila agak mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Bila agak pekat, tutup api. 
  3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
Selamat mencuba you alls!

Renovation Expo

12th Edition Super Home Ideas Renovation Expo 2012
5 Sep 2012 (Sat) - 17 Sep 2012 (Mon)

Jom kengkawan, kita pakat terjah ke 12th Edition Super Home Ideas Renovation Expo 2012. Lokasi kejadian di Mid Valley Exhibition Centre, Hall 1, 2 dan 3. Masa, dari jam 11 pagi hingga jam 9 malam. Sempat lagi ni sampai esok beb! Sejak pertama kali menggatalkan diri singgah di Renovation Expo kat PWTC bulan Jun aritu, kali ni rasa cam nak pergi lagi. Saje je jalan-jalan cuci mata. Belum tentu nak membeli pun kan? Nak-nak dah ujung bulan ni. Seksa rasanya nak menanti gaji. Huhu. Apa pun yang pasti, banyak deal-deal menarik menanti anda. Biasanya, time expo macam ni kita akan dapat special promotion. Beli ini, percuma itu dan ini. Beli ini, dapat warranty sampai 5 6 tahun. Wah, sape yang tak nak kalo FREE kan? Muahehe. Masa expo bulan Jun aritu kami sibuk dok skodeng kitchen cabinet (KC), kali ni nak skodeng pintu pagor letrek lak. Muahehe. Saje je menggatal. Next entry daku citer pasal KC yang sudah menjadi idaman qolbu, hasil skodengan di Renovation Expo June 2012. Adios! Nak gi Mid Valley ni. 

Friday, September 14, 2012

Pasport

Ramai kengkawan aku tertukar, aku keje Imigresen or Kastam, sebabnya ramai jugak yang call tanya, "D, nak buat pasport nak dokumen apa ek?" Alahai...korang pun, internet ada, search jela. Tapi takpe, sebab aku kawan yang baik, aku tolong searchkan untuk korang semua. Muahehe. Seingat aku, bawak IC and gambor ngan duit RM100 untuk 2 tahun. Pastu ada plak orang tanya, "Eh, surat beranak tak payah ke?" Pulak dah... Oleh sebab dah timbul kekeliruan macam tu, jom kita terjah laman web Jabatan Imigresen Malaysia, skodeng mende sebenarnya dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.

Cara Memohon Pasport Kali Pertama:
a. Pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen
b. Lengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97). Borang boleh didapati di kaunter pejabat pasport ATAU  dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara PERCUMA. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).

Bagi pemohon 18 tahun ke atas, perlu bawa:
1. SATU salinan MyKad. (Satu je cukup. Kalau korang nak fotostat banyak-banyak pun takpe)
2. Kalau MyKad takde, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) diperlukan
3. Gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm) - 2 keping

Bagi pemohon 18 tahun ke bawah, perlu bawa:
1. SATU salinan MyKad
2. Sijil lahir
3. MyKad bapa / ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
4. Gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 sm) - 2 keping

Cara Permohonan Gantian:
Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan dan perlu membawa bersama Pasport terakhir yang digunakan

Bayaran Pasport:
a. RM 100.00 untuk 2 tahun
b. RM 300.00 untuk 5 tahun
c. RM 150.00 untuk 5 tahun (KANAK-KANAK kurang dari 12 tahun semasa mengemukakan permohonan dan REMAJA kurang dari 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan

Kalau korang stay kat area berdekatan ngan Putrajaya, tempat buat pasport bukan kat Presint 2 tu tau. Itu utuk urusan visa, maid, pekerja asing dan lain-lain. Kalau untuk buat pasport, sila ke Presint 15 Diplomatik yang dekat ngan Mydin, Bank Rakyat tu ye. Kalau boleh, korang isi siap-siap borang pasport tu, and pastikan semua dokumen yang perlu telah mencukupi. Kalau boleh lagi, datanglah awal, takdelah lama korang menunggu. InsyaAllah urusan korang akan dipermudahkan dan memang dalam masa sejam lebih je korang akan dapat pasport korang! Yeaayy! Lepas ni, kalau orang tanya perlu bawa surat beranak tak untuk buat pasport, korang tanya umur dia berapa ye. Hehehe

* Kalau kata korang terlupa nak fotostat or amik gambor, biasanya kat pejabat pasport tu dah ada bisnes fotostat ngan gambar pasport. Sediakan duit je. :-)

Sunday, September 9, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Sokmo aku terlambat bab-bab nak wish on time ni. Tapi kira oklayla sebab still dalam bulan Syawal kan? Hehe. Macam mana puasa korang? Untuk julung-julung kalinya, lepas dah akil baligh ni, daku dapat puasa penuh weh sebulan. Jeng jeng jeng...

Tu je nak bagi taw. Muahehe. K, bai!

Kelas roti & pizza

**Entri lama dalam draf. Dah naik berkulat!!**

Salam korang semua. Harap semuanya sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. Nak story morry skit ni. Tetiba je kan, dua tiga hari lepaskan macam teringin je nak buat roti. Tapi kan, aku tak reti! Huhu. Sedih. Nak buat la roti pizza, lepas tu roti yang ada gulung hotdog tu. Naim suka makan. At least kalau kita sendiri yang masak lagi afdhal. Kebersihan semuanya terjamin. Ni slalu je la beli kat kedai. Kadang tu orang cha ya nun alip yang ramai buat. Takutla jugak kan, buat ye baru melepas tak basuh tangan, baik punya uli tepung. Hohoho. Skodeng-skodeng dalam FB terjumpalah satu akaun ni, milik ZaNora D'Shop. Nora ni ada buat kelas. Macam-macam kelas ada Jah! Ko nak blaja deco kek ada, nak blaja buat cream puff ada, buat tart ada, even nak blaja deco hamper pun ada! Aku masuk kelas roti & pizza. Hoyeh! Hoyeh! Walawei!! Masuk kelas beb! Tak pernah-pernah aku join, akhirnya...menjebakkan diri! Hari tu kita orang belajar 7 jenis roti & pizza. Puas hati!!

1) Pizza Bun
2) Sausage Bun
3) Split Bun
4) Mexican Bun
5) Kacang Bun
6) Boat Bun
7) Mini Pizza

Nora akan ajar jugak macam mana nak uli tepung, nak gentel-gentel tepung tu. Haha, uli pun tak pandai. Silap uli penyek roti ko. Nampak macam senang, rupanya mencabar juga. Uhuhu. Apapun memang best join this class. Baru tahu macam mana nak buat roti pizza. Lepas ni tak yah dah beli kat kedai. Boleh buat sendiri! Hoyeh! Sape-sape nak menjebakkan diri macam daku, boleh contact Kak Nora dalam pesbuk: Zanora D'Shop.




* Next target: Nak masuk kelas tart pulak!

The Extend Day at Kota Kinabalu

Muahehehe. Punyala projek baik ngan Ijan. Maklumla, kursus kami abih pun pukul 5 petang. Nak kemas beg bagai, tak sempat kalo nak gi airport terus. Last flight pukul 6.30 petang kut kalo tak silap. For sure tak sempat. Sebab tula kami stay 1 hari lagi kat Sabah ni, bukan suka suki je taw! (ye ke?). Habis je kursus terus berkejaran ke bilik kemas beg bagai, kami pun tumpang rakan sekelas kami yang stay kat Kota Kinabalu. Jimat skit duit teksi. Thank you geng! Sal tak boleh nak amik sebab dia kerja petang. Janji jumpa malam kang bila dia dah abes keje. Persinggahan kami ialah di Seri Borneo Hotel. Lokasi memang superb! Betul-betul berhadapan dengan Pasar Kraf. Takdela betul-betul sangat sebab hotel ni di area belakang skit.

 Mintak mahaple dik non, excited punya pasal lupa nak amik gambor hotel and bilik. 
Ni pinjam gambor AsiaRoom.

Okla bilik dia. Sesuai ngan harga, RM80...kiranya budget hotella. So, don't expect more

Lepas settle bilik semua, kami pun menapak kat hot spot, amik angin. Yela sangat, padahal nak cuci mata and terkam mana yang boleh! Muahehe. Cuaca sangat bagus untuk bergambar. Apa lagi, posing sakanla...ngalahkan retis!





Jalan punya jalan, tetiba kaki kami terberhenti kat Pasar Ikan Masin dan tersinggah kat kedai Sabira Enterprise neh. Membeli la kami kat sini bagai nak rak. Udang keringnya, ikan bilisnya, sotong keringnya, kopinya. Kopak gak abes kat sini. Balik hotel senyum bawak barang sekotak sorang. Letak kotak kat kaunter lobi, pastu sambung lagi tawaf! 



Next, kami singgah kat belakang Pasar Kraf tu. Ada port makan seafood. Pilihla mana yang berkenan. Jangan lupa tawar harga, macam yang pernah aku pesan dalam entry dulu. 



Lepas makan, kami menapak balik hotel dengan perut yang kekenyangan. Kaki dah lenguh tapi mata ligat lagi pandang kiri kanan. Masuk dalam pasar kraf takde bende yang berkenan. Sekadar pusing-pusing cuci mata je dan meneruskan perjalanan balik ke Seri Borneo Hotel. Tu dia!!! Depan hotel dah bertukar wajah! Dah jadi pasar malam pulak dah! Apa lagi, jelajah pasar malam pulak. Banyak barangan mutiara jual kat sini. Keronsang, butang baju melayu, rantai, gelang...macam-macam lagi la. Tapi satu pun tak beli. Ronda-ronda cuci mata je. Otak dah takleh terima dah. PENAT! Naik bilik dulu tido and rest kejap. Sambung jenjalan malam pulak. 

Malam tu Sal datang hotel, bawak kami pi makan lagi. Konon cakap cam kenyang sebab petang tu dah balun makan ngan Ijan, tapi habis gak sepinggan nasik! Hahaha. Habis makan kami ronda pasar malam depan hotel tu sekali lagi. Kali ni lepas rest baru otak segar, maka kami berjaya merembat barangan di pasar malam dengan jayanya! Hehehe. Sampai tengah malam jugakla kami kat sini. Kesian Sal, dah la baru abis keje, teman kami soping lagi. Thank you kawan! Balik bilik start kemas barang skit-skit. 

Esoknya, pagi-pagi lagi kami pegi SAFMA (Sabah Fish Marketing) ngan Sal, cari barangan basah pulak. Flight kami tengahari kang, so pagi ni topup mana yang tak cukup lagi. Kat Safma ni beb, harga ikan...Ya Rabbi, murah-murah! Ikan kembung rega RM2! Berpinau mata pilih. Tapi hati-hati, kena tengok jugak ikannya. Takut nanti belah atas dia letak ikan elok, yang bahagian bawah depa taruk ikan busuk. Beli mana yang berkenan, lepas tu bawak gi packing kat kedai ni:





Kami tinggalkan barangan pasar basah kami kat kedai packing ni, janji tengahari kang amik. Sementara tu, kami meronda pulak kat Pasar Besar Kota Kinabalu. Pergh, nasib baik duit dah menipis, kalo tak for sure memborong lagi kat sini. 1 tip kengkawan: JANGAN beli kat Pasar Ikan Masin tu, harganya mahal dari Pasar Besar ni. Contoh: Kopi Tenom (kalo nak beli kopi tenom, sila beli yang cap cincin, dijamin sedap!) kat Pasar Ikan Masin harga RM5, kat Pasar Besar RM3 sahaja! Semua barang yang kami beli kat kedai Sabiha tu, semuanya murah lagi kat Pasar Besar ni. Argghh..takpe, takpe. Kata pelancong, harusla terkena sikit kan (ayat sedapkan hati konon).


Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai kat Kota Kinabalu Airport. Thank you Sal. Awak memang kawan yang baik. Sal tolong semua urusan kat airport. Alhamdulillah syukur, barangan takde terlebih kilo. Ngam-ngam ngan syarat MAS. Hehehe. Kalau Air Asia ni kompem dah kena bayau. 



Bye-bye SABAH. Ada jodoh, kita jumpa lagi!