Thursday, January 24, 2013

Inside the womb

Salam Maulidur Rasul semua. Setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW. Cuti-cuti macam ni sure ada je aktiviti kan? Ada yang gi jalan-jalan, tak kurang pula ada yang duk kat rumah je. Kat sini hujan dan mendung je dari semalam lagi.  Pagi tadi kami keluar gi Poliklinik An-Nisa'. Hehehe, nak skodeng baby. Hopefully baby bagi kerjasama yang sangat baik. Kasi tunjuk muka and gender. Ummi nak beli barang pun tak syiok sebab tak tahu gender (Aritu konon tak nak tau. Takpe kalau tak tahu pun. Ni ngada-ngada pulak nak tahu! Memang dasat takleh tahan napsu! Hahaha). Booking online kat 3D 4D Scan Malaysia siap-siap. Oh, ya! Charges akan naik selepas Chinese New Year ni ye. Dari RM100 menjadi RM120. Naik RM20 je pun. Adala upgrade skit. Dari gambar print hitam putih, akan dapat 1 gambar print saiz 4R, colur punya! Tapi saya rasa masih berbaloi kut dengan servis yang di berikan. Superb. The Sonographer sangat baik, ramah dan detail. Thank you Miss Jezzlyn kerana tak jemu-jemu godek perut saya ni sebab baby saya ni sangatlah pemalu. Sorok muka habis. Tak cukup tangan, ngan kaki sekali dia cover muka. 

Lokasi Poliklinik An-Nisa' ni opposite Giant Seri Kembangan dan sebelum Jusco Taman Equine. Kalau kawan-kawan dari Puchong/Putrajaya, lokasi klinik terletak di sebelah kiri anda. Kalau dari Serdang/Seri kembangan, klinik akan berada di sebelah kanan.  Sampai klinik, terus cakap kat orang kaunter tu, ada appointment 4D dengan Miss Jezzlyn. Tak lama pun tunggu, terus nama daku di panggil. Huhu, berdebar-debarla pulak nak ngintai orang dalam ni. Bismillahirahmanirrahim...

*

*

*

*

Ala.....sekali baby tak mo tunjuk sangat muka dia...

 Tengok tu, tutup pulak muka dia. Sedap tidur la tu

*

*

*

*

Godek-godek sikit, kaki pulak naik


*

*

*

*

Godek lagi...sekali dia kasi silang pangkah daa!!


*

*

*

*

Miss Jezzlyn godek lagi. Pujuk-pujuk baby. Sekali dia bagi penumbuk ngan tapak kaki!! Tu dia! Amek kaw! Marah betul orang kacau dia tengah tidur.


*

*

*

*

Giliran Ummi pulak pujuk, gosok-gosok perut skit, akhirmya dia turunkan kaki dia tu. Tapi tangan still kat muka.



*

*

*

*

At last, dia kasik jugak tunjuk muka dia...

Muka sebijik macam muka Abang Iman. Hidung kembang! Hahaha..ikut hidung daku la ni. Baby agak tembam. Miss Jezzlyn pun cakap.."waa, your baby chubby la!!"

Gender..? Hehehe, tunggu bulan April nanti eh..? Biarlah rahsia. Ececece, fefiling Dato' Siti Nurhaliza la pulek nak berahsia. Kikiki. Okay kawan-kawan, kepada yang bekerja esok, selamat bekerja ye. Jaga opis elok-elok. Daku cuti! Bawak anak jalan-jalan. Nanti update okay? Take care, wassalam.


Monday, January 21, 2013

I am SHAKLEE Independent Distributor



Diyana Atan
ID: 891121

Muahehehe. Akhirnya! Setelah sekian lama (takde la lama sangat, baru je pun) menggunakan produk Shaklee, akhirnya daku sah dan confirmed manjadi Shaklee Independent Distributor. Nasib la korang lepas ni, baca blog saya banyak akan diupdate pasal produk Shaklee. Hehehe. Sharing is caring kan? Macam mana boleh tergerak hati nak join Shaklee ni? Sebab, saya dah rasa sendiri khasiat dan kebaikannya. Dari pengalaman sendiri, maka saya confident untuk introduce produk ni kepada kawan-kawan.

Bermula dengan memberikan Meal Shakes pada Iman terutamanya, saya mula jatuh chenta dengan Shaklee. Bagi Iman Meal Shakes bukan sebab nak suruh dia makan banyak sebab alhamdulillah, Iman bukan picky eater. Tapi saya bagi Iman Meal Shakes sebab antibody dia tak kuat sangat walaupun Iman menyusu badan 100%. Mungkin sebab dia duk kat nursery kot, makan sama-sama, tidur sama-sama, main sama-sama dengan kawan-kawan yang mungkin tengah selsema or demam, jadi dia pun mudah dijangkiti. Alhamdulillah, lepas consume Meal Shakes, demam dan selsema or batuk SANGAT JARANG hinggap kat Iman. 


Sebab untuk anda jatuh chenta sama Meal Shakes

Kemudian, produk kedua yang saya amik ialah Energy Soy Protein (ESP). Ambil ESP sebab masa tu baru tau pregnant dan saya mengalami loya-loya dan mual. Tak muntah, cuma mual dan loya tu buat saya tak selesa. Alhamdulillah, bila consume ESP tu mual dan loya sangat berkurangan. Ni pengalaman saya sendirila. Lain orang, lain ceritanya kan? Yang lagi best, bila ESP + Vitamin C memang sangat perasan kulit muka jadi makin glowing dan gebus!  Tapi sekarang berasa sangat sedih sebab stok Vitamin C dah nyawa-nyawa ikan. Stock kat HQ bulan 4 nanti baru ada balik. Memang laku sesangat Vitamin C ni. Kali ni kalo ada stock kat HQ harus rembat lebih dari 2 botol! Lagi, bila minum ESP perut rasa kenyang. Sesuai sangatla kalau kawan-kawan nak diet. Lagi, parut-parut jerawat makin berkurang. Lagi, parut stretch marks pun makin pudar. Lagi, celah-celah peha makin memutih.Lagi..banyak lagi la!! Yang saya nyatakan tu antara kesan positif yang terjadi pada saya! Muahaha


ESP merupakan produk HOT SELLER Shaklee tau! Memang hot sangat sebab khasiat dia pun memang dabomb!! 

Bagi kawan-kawan yang nak turut serta merasai kebaikan dan kehebatan produk SHAKLEE ni, jangan segan jangan silu, boleh leave a comment, terjah FB saya or boleh WhatsApp di talian 017 645 3868 atau BBM je di 21FD01FF. Ok, wassalam and take care. Next entry kita cerita lagi ye. Muahehehe.



Friday, January 18, 2013

Penginapan Kota Putera

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan untuk semua. Haa, kali ni nak promote kampung halaman sendiri skit. Kepada sesiapa yang nak berkunjung ke Besut, Terengganu terutamanya ke Kampung Raja atau mungkin nak menuju ke Pulau Perhentian dan tercari-cari tempat penginapan yang sesuai, saya cadangkan anda untuk cuba menginap di Penginapan Kota Putera. Almaklumlah, cuti umum banyak bulan ni. Mungkin ada dikalangan kawan-kawan yang bercadang nak ke Pantai Timur jalan-jalan makan angin. Lokasinya sangat mudah dicari memandangkan ianya terletak ditepi jalan besar menuju ke Kuala Besut, tempat tersohor untuk ke Pulau Perhentian. Hotel ini menyediakan dua jenis bilik iaitu Standard Room dan Deluxe Room. Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Untuk keterangan lanjut dan juga sebarang tempahan, boleh hubungi: 




View dari luar

View dari dalam

Standard Room (2 single bed)

Standard Room (1 double bed)

Deluxe Room (1 double and 1 single bed)

Sumber foto dari FB Penginapan Kota Putera


Friday, January 11, 2013

Kos amah meningkat

Hampir mencecah RM 7K! Sebelum ni RM 4.5K. Perghh! Kalau buat gelang tangan ni dah dapat yang 40 gram kut. Pelaburan! Untung! Ni nak melabur duit sebanyak RM6,700 kat orang yang belum tentu lagi dijamin 100% superb hebat berkualiti perkhidmatannya, rasa macam satu ‘pelaburan’ yang tak terjamin! Dah berhabis bergolok gadai ribu-ribu ringgit, sekali dapat amah yang pengotor, lembab, dungu dan seangkatan dengannya. Tu belum masuk lagi katogeri amah yang nak menggatal merenyam, pemalas dan juga yang jenis panjang tangan! Ada macam-macam katogeri. Tak berbaloi habis ribu-ribu dapat amah jenis ni. Saya rasa dalam 15% je kot yang bertuah dapat amah yang baik hati, kerja cekap, rajin, bersopan santun, amanah dan semua yang baik-baik tu. Lagi 85% tu yang tak boleh di harap.

Hak lagi sakit hati, dalam berita asyik geng dia jela yang kena dera. Yang majikan ni pun ada juga kena dera ngan amah tau. Dera cara halus! Abih, kalau dapat amah pemalas, last-last majikan juga yang kena buat keja. Yang jenis panjang tangan, majikan juga yang naya. Yang jenis gatal merenyam, gayut kat telepon tinggal anak majikan sendirian, tu pun masuk jugak dalam katogeri mendera majikan sebenarnya. Cuba bayangkan, kita tinggal anak-anak kita dan urusan rumah tangga yang lain pada amah dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Kawan-kawan rasa betul bendul ke dia orang nak pulun bekerja dalam tempoh 12 jam tu? Takda maknanya! 3 4 jam je yang betul, yang lain semua ke laut. Sebelum pukul 7 pagi memang dia orang dah bangun, buat-buat sibuk klentung kelentang kat dapur. Elok kita keluar rumah, dia pun terbongkang sambung tidur! Lepas tu melantak, tengok sinetron. Anak-anak kita pun bukan dia urus betul. Dah dekat kita nak balik kang, barulah berseri, wangi dengan bedak bertampal penuh satu pipi. Malam masuk tidur awal. Alasan, "esok mau bangun awal pagi buk."

Ni semua antara pengalaman yang dikongsi oleh saudara mara juga sahabat handai. Saya setakat ni masih belum menggunakan perkhidmatan amah. Masih mampu lagi menguruskannya sendiri walaupun tidaklah sesempurna mana. Padahal tak mampu nak bayor kat agensi. Balik rumah kadang dah penat, tak larat nak kemas-kemas. Mainan anak berselerak sana sini. Baju kotor takdenya hari-hari nak masuk mesin. Baju bersih bergantung kat ampaian dua hari baru angkat. Yang nak melipat lagi. Fuh! Kalau difikir-fikir rasa macam nak berhenti kerja je jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi apakan daya, nak hidup zaman sekarang ni, lebih-lebih lagi di kotaraya, kos sara hidup memang mahal. Terpaksalah daku bekerja sama untuk menambah pendapatan keluarga. Tapi apa pun, saya akan terus mencuba untuk menjadi Super Mom yang serba boleh dan cekap. 

Nak serba boleh macam mana, menjahit memang fail awal-awal lagi! :-p


Wednesday, January 9, 2013

Scan 3D

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Sihat? Anak-anak sihat? Iman sampai ke hari still lagi cherry the berry. Dah masuk hari ke tiga. Dinner malam tadi baru nak start makan. Tapi menu memilih. Nak telur je, tak nak nasi. Mommy-mommy ada resepi ke untuk anak yang cherry berry ni? Oh, cepatlah baik anak.

Berbalik pada tajuk entri, pasal scan 3D. Kalau dulu kita scan yang 2D je. Nampak bentuk baby hitam putih macam tengkorak. Hehehe. Sekarang upgrade sikit dengan munculnya scan 3D and 4D. Boleh tengok raut wajah baby dengan jelas, nampak pergerakan baby. Soon, akan munculnya 4D HD scan, yang mana image 3D baby lagi real sebab nampak macam kita taruk scope dalam rahim. Yang macam dalam National Geographic pasal "Inside the Womb" tu la kot. 

Ini BUKAN wajah baby daku. Cuma diambil dari Acik Gugel nak buat contoh 4D HD      waaa..bila nak diperluaskan di Malaysia ni? Clean and clear bangat!! Huhuhu



Dalam hati ni duk tertanya-tanya lagi, nak buat scan 3D tak untuk baby baru. Masa Naim dulu tak merasa scan 3D ni semua. Tak tau sangat pasal benda-benda canggih ni. Pasal menyusu pun takda ilmu. Owh, sungguh sedih! Maklumlah, masa tu budak lagi dah jadi mak! Orang lain lepas diploma sambung degree. Saya, lepas diploma terus kawin. Setahun kemudian dapat Naim! Ngeeeee :-p

Masa Iman pulak, baru celik sikit. Pregnantkan Iman 24 minggu, try survey pasal scan 3D kat satu forum ni. Mengandung.com kalau tak silapnya. Masa tu tak banyak sangat klinik yang buat perkhidmatan 3D. Kalau ada pun harga boleh tahan mahalnya. Survey punya survey, saya try call kat Vision College di Kelana Jaya. Berdekatan dengan Giant dan juga sebelah pejabat pos. Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM80 sahaja, siap dapat CD! Terus call and set appointment. Tapi dua tiga hari sebelum hari appointment, pihak Vision College call, tanya sama ada saya sudi tak jadi 'model' untuk doktor pelatih belajar cara-cara buat ultrasound. Yang menariknya, perkhidmatan ultrasound 3D yang akan dibuat ke atas saya di beri secara PERCUMA + dapat extra RM30 sebagai duit minyak! Apa lagi, terus angguk kepala laju-laju! Heheheh, rezeki Iman.

And now, turn baby baru. Minggu ni dah masuk 26 minggu. The best time untuk buat scan 3D ni is around 18 to 26 weeks. Tapi kalau nak dapatkan nice image of 4D, masa yang sesuai ialah sekitar 25 hingga 30 minggu as the baby dah ada tisu lemak dan nampak chubby serta chomel! Sekarang pun dah banyak klinik-klinik biasa yang buat perkhidmatan ni. Tak sesusah dulu nak mencarinya. Klinik kat area rumah ni kebanyakkannya pun dah ada. Antara klinik yang saya call bertanyakan pasal scan 3D ni ialah:

Klinik Jameaton : 03-8944 2270
Hari Sabtu: 6pm - 9 pm
Hari Ahad: 10am - 4pm
Charges: RM100, gambar n CD
Boleh walk-in je, tapi keutamaan diberi kepada mereka yang buat appointment.

Klinik Qistina : 03-8943 4487
Hari JUMAAT sahaja, dari jam 8pm-10pm. 
Charges: RM100 dapat gambar saje, RM105 gambar n CD. 
Deposit RM20
Strictly by appointment only. 

Klinik Perdana: 03-8944 0539
Hari Selasa-Jumaat: 11am - 3pm & 5pm-7pm
Hari Sabtu: 9am - 2pm
Charges: RM100 gambar saje, RM130 gambar n CD
Kena buat appointment dulu.

Kajang Plaza Medical Centre (KPMC):  03-8739 7077
Hari-hari ada. Tapi doktor lain-lain.
Masa: 9am - 10pm
Charges: Dalam RM45 (scan 3D sahaja & dapat printout 2D)
Call dulu untuk appointment. Kalau tak frust nonggeng.

Saya juga LIKE page 3D 4D Scan Malaysia di facebook. Mereka bukanlah doktor, tetapi sonographers yang sememangnya pakar dalam bidang ultrasound. Mereka akan memberi perkhidmatan di beberapa klinik yang telah ditetapkan iaitu di Klinik Umra, Seksyen 13 Shah Alam, Poliklinik An-Nisa', Seri Kembangan dan Klinik Fauziah, di Desa Ampang. Poliklinik An-Nisa' tu pun kira dekat juga ngan rumah. Harga sama dengan klinik yang lain, RM100 siap skali ngan CD.

Ingatkan kat tempat kawan saya scan tu dah murah dah. Rupanya ada lagi yang lebih murah. Hehehe. Kawan saya buat scan 3D kat satu klinik di Jerteh, Besut, Terengganu. Charge yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja. Tapi tak dapat CD lah, cuma dapat print out yang scan 2D.  Sama macam kat KPMC tula. Nak tunggu balik kampung lambat lagi. Cuti raya cina nun kot baru balik (hehehe, macam la lama sangat). Masa tu dah masuk 31 minggu. Tapi, kalau sesaja nak gelenya boleh sajo kan?! Muahehehe. 


Sunday, January 6, 2013

Iman cherry-berry mun

Uhuhuhu, hari minggu yang tak best untuk permulaan tahun 2013. Iman kena cirit-birit dan muntah-muntah. Untuk glamer, tajuk entry bunyi macam best je kan? Cherry-berry gittu. Hehehe. Alkisah kejadian berlaku pada hari Sabtu. Bangun dari tidur pagi tu, Iman dah bagi tau nak muntah. Biasanya muntah tu maksudnya nak buang kahak. Ok, layankan aje. Masuk toilet dia bongkok uwek-uwek sikit, keluarla kahak. Ok, settle. Dalam pukul 10 pagi, siap-siap nak sarap kat mamak. Tengah tunggu order, dia cakap lagi nak muntah. Saya suruh dia ke tepi tangga nun. Sekali dia duduk mencangkung, terus keluar muntah membuak-buak. Alahai anak. Bikin hati ummi gusar! Lepas muntah, takde selera nak makan. Minum air pun tak habis. Kalau tak, gelas orang lain pun dia sedut! Hehe. Balik rumah muntah lagi 2 3 kali. Last sekali lepas Maghrib. Kebetulan, mama ngan ayah datang dari Besut and stay kat rumah Miz Elle di Putrajaya. Lepas solat and settlekan Iman, kami terus ke Putrajaya.  Kat rumah Miz Elle, Iman buat projek berak-berak lak. Berak cair. Aduhai...anak Ummi. Suap makan tak mau. Tapi still lagi aktif, nak main dengan sepupu-sepupu dia. 

Mama sibuk suruh bawak pergi emergency kat Hospital Putrajaya memandangkan waktu tu dah dekat pukul  10 malam. Kalau pergi hospital, nak nunggu satu hal. Dari pukul 10 malam ntah-ntah menunggu sampai pukul 2 pagi pun belum tentu. Saya BBM kawna-kawan tanya area mana klinik yang bangus kat Putrajaya ni. Most of them suggest untuk ke Klinik Lita Alis. Selalu juga dengar nama klinik ni, tapi tak pernah pun sampai. 

Muka tak bermaya. paksa juga makan, tapi tak habis.

 Lepas tanya kawan-kawan, akhirnya malam tu sampai juga di Klinik Lita Alis, Presint 9

Iman sampai je kat klinik terus terkam kuda-kuda yang cumil ni. Kreatif sungguh. Memang menggoda kanak-kanak. Biasanya klinik akan sediakan ruang bermain kat bahagian belakang klinik. Ini dia lambakkan kuda-kuda kat depan tu je. Saya suka konsep macam ni. Anak-anak boleh main, and parents boleh perhatikan dari kerusi menunggu tu je. Tak payah nak gi mari. 



Mak jugak tetap nak posing. Anak ke laut mana ntah. Takde mood.

Dapat ubat angin, tahan muntah, cirit-birit and air garam. Semua sekali total RM38. 
Harap-harap serasi la Iman dengan ubat ni ye nak.

Dari klinik, terus je balik rumah. Makan ubat, terus zzzzzz. Penat tu, takde tenaga. Muntah and berak je. Makan tak mau. Hari ni, asyik berak sampai kluar air je. Takde mende dah nak kluar. Muntah dah stop. Malam sebelum kejadian, Iman makan fries kat rumah. Lepas tu tak makan apa-apa. Sebab fries kah? Atau dari nursery? Hmm...musykil. Ummi doakan anak-anak Ummi sihat semuanya. Huhu, risau hati tengok anak sakit-sakit macam ni. Cepat baik ye Iman...


Friday, January 4, 2013

Save the date!


Kepada penggemar expo dan juga sales clearance, watch out! Banyak event akan menemui anda pada tahun 2013 ni. Sayalah salah seorang darinya. Saya suka menjebakkan diri kat expo-expo macam ni sebab time expo ni banyak special offer yang kita akan dapat. Contohnya, macam kalau beli something, kita akan dapat free gift itu, ini dan ini. Kalau time biasa kita beli kat shopping complex tu tak akan dapat extra offer ni. Dan sudah tentu harganya akan murah sedikit dari biasa. So, tarikh yang terdekat bakal menemui anda ialah di:


Venue: No.1, Jalan Industri PBP 13, Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Warehouse Clearance macam ni saya tak pernah join, maybe best jugak kot. Dekat Puchong je tu. Boleh la kalau nak menggatal kan? Kikiki

NEXT:
Event: Mother, Baby & Kids Expo (MBK)
Date: 18th - 20th January 2013
Venue: Hall 4, PWTC, KL
Admission: FREE


Bulan November aritu rasa sangatlah sedih sebab tak dapat terjah dua expo yang dah ditarget, iaitu MBK Expo dan juga 4th Maternity & Children Expo. Tarikh kedua-dua expo ni dekat-dekat. Time tu pulak saya balik kampung. Tapi rupa-rupanya dia datang lagi. Senyum lebor bila dapat tau! At that time dah masuk 28 weeks, rasanya dah boleh dah shopping barang baby sikit-sikit. Buat hilang gian konon. Hihi. Nak beli banyak pun, barang abang-abang dia masih elok lagi (sehingga ke entri ini ditulis, gender baby masih lagi misteri). Maybe shopping baju skit, lain-lain tu more to skodeng baby gear kot. So, untuk MBK bulan Januari ni boleh la dikatakan sebagai pra shopping sebabnya....


Tadaaa....ada 1 lagi ekspo yang akan diadakan pada bulan Mac! Huhuhu!
Event: Motherhood Expo 2013
Date: 1st - 3rd March 2013
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre
Time: 10.30am - 9.00pm
Admisison: FREE

Haa..Motherhood expo ni tak pernah pun join. Jom tengok exhibitor portfolio:
  • Maternity & Children's Clothing and Accessories 
  • Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
  • Natural Nutrition Food for Weaning Babies
  • Organic Toddler Formula Products
  • Diaper, Furniture & Toy Retailers 
  • Infant & Toddlers Safety Products  
  • Breastfeeding & Mommy's Groups 
  • Early Education Products
  • Financial & Insurance Institutions

NEXT:

Maternity & Children Expo is the event for your pregnancy, baby and toddler. Happening on 5th-7th April 2013 at the Mid Valley Exhibition Centre Hall 1,2,3 and Atrium, this is the 'must attend' event for expectant parents and new parents. You will find Malaysia's leading experts on pregnancy, baby and toddler, as well as amazing shopping and fantastic live entertainment for the little ones. Plus fantastic features, such as Baby Feeding and Nursing Room, ton of exciting stage activities with prizes galore and expert seminars make this an unforgettable outing

Aduhai...ayat dia sungguh menggoda daku! Pandai sungguh yang tukang karang ayat ni. Betul-betul terpikat. Hihi. Tapi bulan April la pulok. Bulan due tu! Tarikh saya dijangka bersalin adalah pada 13 April 2013. Tengah tunggu hari sangat-sangat dah masa tu. Tapi kan, exhibitor portfolio dia macam lagi best je (padahal sama je kot). 

  • Maternity Clothing and Accessories 
  • Slimming, Beauty and health Care Products
  • Breastfeeding & Mommy's Groups 
  • Baby & Children Garments and Accessories
  • Baby & Children Bedding and Furniture
  • Toys, Playing and Learning Products 
  • Early Education, Training, Courses
  • Programmes and Products
  • Food, Feeding and Nutrition
  • Medical Biotechnology & Stem Cells Services
  • Insurance & Financial Institutions
  • Photographer Services for Children & Parents 
  • Stroller & Gear, Travel Products
  • Baby & Children cares & Daily Used Products 

Uhuhu...kalau tak rasa sakit-sakit lagi bolehla menjoinkan diri. Kut time tu tengah duk meneran dalam labour room! Ahahaha. Ada few lagi exhibition baby and children expo yang akan diadakan sepanjang tahun 2013 ni, tapi biarla saya publish yang ni dulu. Yang kemudian tu coming soon. Kang taruk semua sekali gus takut kawan-kawan lupa. Ececece. Ok, take care semua, adios and have a good day. 

Wassalam. ;-)


Thursday, January 3, 2013

Persiapan Menyambut Kehadiran Bayi

Assalamualaikum semua...Salam 1 Malaysia

Tadi tengah duk ralit belek facebook, ada la satu page ni keluarkan post pasal persiapan menyambut kehadiran bayi. Bila tengok tajuk tu, dalam kepala duk fikir...ala, ni mesti pasal barang-barang nak sambut baby baru, contohnya macam tilam, baju, diapers and such things. Tapi, bila tengok balik senarai yang dibagi, hmm...terkedu juga dibuatnya sebab benda yang kecik-kecik tu yang kita tak perasan sebenarnya. Jom share info yang saya dapat ni.

TEMUJANJI BULANAN
Klinik Kerajaan : Percuma
Klinik Swasta : RM50, RM200 bergantung kepada khidmat yang diberikan

PERSEDIAAN UNTUK WANITA / ISTERI

1. Bayaran Bersalin

  • Hospital Kerajaan : Bayaran pendaftaran dan bersalin bawah RM50
  • Hospital Swasta Berbintang (Pantai Medical Centre, Damansara Specialist Hospital, SJMC dan seangkatan dengannya) - Normal : RM5K ke atas, Pembedahan: RM7K ke atas
  • Hospital Swasta Tak Berbintang- Normal : RM1,300 ke atas, Pembedahan: RM 2,500 k atas

* Jika bekerja dengan syarikat swasta, sila semak dengan majikan anda kerana kebanyakan syarikat ada menyediakan employee benefits berkaitan hal ini.

2. Pakaian Untuk Wanita Mengandung

  • Baju mengandung
  • Pakaian dalam khas untuk ibu mengandung
  • Kasut tumit rendah - harga bergantung kepada tempat dan jenama yang dibeli. Kalau yang berjenama boleh mencecah hingga RM200. Beli yang berkualiti tak apa, asal selesa dan tahan lama. 
  • Diet khas - Semasa mengandung, bakal ibu dinasihatkan mengambil makanan yang berkhasiat. Jangan lupa juga diet lepas bersalin nanti
  • Ubat / Supplement semasa dan selepas hamil. Harga ikut jenama. Anggaran dalam RM10 (akar kayu, ubat tepi jalan, dll) sehingga RM500 (set lepas bersalin macam Amway, Nona Roguy, Sendayu Tingga dll)
  • Bayaran bidan atau tukang urut lepas pantang - Kalau kat kampung RM30 (3 kali urut). Kat KL RM50 (minima - sekali urut). Ada bidan yang buat khidmat urut, lulur, masak makanan pantang, jagalan anak semasa pantang. Kos dalam RM300 ke atas bergantung kepada jenis perkhidmatan dan bilangan hari

3. Persediaan Untuk Anak
  • Pakaian - Beli yang besat sikit pun boleh. Beli yang 100% kain kapas. Harga bergantung kepada jenama
  • Tempat tidur anak :
    •  Buai (RM50 ke atas untuk 1 set). Kalau nak jimat beli set spring sajo, ikat tali and gantung kat alang rumah. Pakai kain batik or kain pelekat pun memadai.
    •  baby cot (RM100) 1 set lengkap dengan tilam, bantal, kelambu. Nak jimat beli yang terpakai. Kena rajin survey. Kadang orang jual sebab pakai tak lama. 
    • Tidur kat bawah sajo dengan tilam dan bantal. Jangan lupa beli cadar and sarung bantal lebih skit sebab baby mungkin muntah or kencing bocor. 
  • Makanan anak:
    • Susu ibu - PRICELESS
    • Susu tin - RM40 ke atas, ikut jenama. Botol susu and berus botol kena beli juga
  • Suntikan Imunisasi dan ubat-ubatan. Kos ikut jenis suntikan. Anggaran RM50-RM150 sekali cucuk. Kalau kat klinik kerajaan PERCUMA
  • Risiko anak sakit. Demam kuning, lahir tak cukup bulan. 
  • Barangan peribadi anak - bedak, mandian, losyen, minyak, besen mandi, wet tissue dll.
  • Lampin. Lampin kain (kena rajin membasuh) atau lampin pakai buang. Kos RM20-50 bergantung pada jenama.
KOS LAIN:
  • Duit minyak dan duit poket untuk urusan ulang alik hospital dan kampung jika isteri berpantang di kampung.
  • Anak siapa jaga? Isteri yang tak bekerja jaga: PRICELESS, Mak or Mak Mertua jaga: Bayarlah ikut kemampuan, jangan asyik nak free saja. Nursery: RM250-350. Maid: Kalau nak ambil baru mahal riban-riban
  • Kenduri kesyukuran / akikah - duit kambing, duit majlis
  • Barangan lain (stroller, walker, car seat - kos: ratus-ratus jugak tu)

Kesimpulannya, nak menimang cahaya mata ni kena ready semuanya, lahiriah dan batiniah, fizikal dan mental. Barulah anak yang dilahirkan itu nanti berkualiti. Jangan kita pentingkan kuantiti sahaja tanpa memikirkan kualiti aset dunia akhirat kita itu. Rancanglah perbelanjaan dengan bijak dan buat pilihan ikut belanjawan kita, bukannya ikut trend orang ramai. Tengok orang pakai brand ni nak jugak, tengok orang pakai itu nak jugak. Padahal benda tu tak penting bagi kita. Sudahnya kita sendiri yang tertiarap.  Apapun, selamat menyambut orang baru, komitmen baru dan harta baru.  Wassalam.




Wednesday, January 2, 2013

Suka Suki BBQ


Rumah kami ni memang suka buat makan-makan. Acara makan-makan yang kerap sangat dibuat ialah BBQ. Ringkas dan mudah. Biasanya projek makan ni akan dibuat bila ramai orang kat rumah. Macam hujung minggu baru-baru ni, adik Peja satu family tidur kat rumah kami ni. So, meriahlah sikit kalau nak buat BBQ. Geng hawa akan meguruskan hal perap-memerap. Geng Adam pula tugasnya beli bahan basah, sediakan dapur pembakar dan hidupkan bara api. Tugas kipas mengipas dan bermain asap tu juga kita serahkan pada geng Adam! Muahehehe.

Idea makan-makan ni pun last minute sebenarnya. Intan (adik Peja) tidur kat rumah kami pun sebab Peja mintak tolong Bani (suami Intan) cat bahagian dapur. Lepas kerja-kerja mengecat, Peja ajak buat BBQ pulak. Semua tiada bantahan, so menjadilah projek makan-makan segera ni.  Intan ni pandai dalam bab masak-memasak. Masa belajar dulu dia amik course culinary. Selalunya dia yang akan prepare barang. Saya jadi penonton setia saja. Tapi hari tu, anak dia pulak meragam nak tidur. So, saya la yang kena siapkan. Menggelabah juga sebab memang tak tahu! Alamak, terbocor rahsia. Hehe. Rupa-rupanya senang je nak sediakan bahap perap ni. Bahan perap adalah bergantung kepada kuantiti bahan basah. Agak-agakla ye. Hehe

Bawang merah – banyak pun takpe, makin sedap
Bawang putih – sikit sajo, kalau banyak nanti hangit
Halia – sama prinsip macam bawang merah
Serai – sama prinsip macam bawang merah
Kunyit , jintan manis, jintan putih – saya guna yang serbuk je
Lada hitam
Garam
Gula

Kesemua bahan-bahan tadi di blend. Perghh….semerbak bau!! Lumur pada bahan basah. Perap sekurang-kurangnya sejam. Kalau dapat perap lama, lagi sedap. Ok kawan-kawan, selamat mencuba.



Ini la Intan. Master Chef keluarga kami. Hehehe

Cerah cuaca malam tu. Bulan terang! 

Yang gegirl sebelah tu ialah Insyirah, anak Intan.